Part 21

6.3K 166 2
                                    

Sedar tak sedar dah sebulan berlalu. Sekarang pula dah masuk musim cuti sekolah. Ada la dalam dua minggu. Dan dalam dua minggu ni juga aku busy tolong mama dan abang. Yala. Hujung minggu ni abang kesayangan aku tu akan berkahwin. Finally! Aku pula yang terlebih excited. Kau tau? Haha.

Kurang dari dua hari je lagi majlis abang dengan akak Dahlia. Nampak lah muka happy abang tu. Yala. Dia dah lama tunggu saat ini. Abang seorang lelaki yang setia. Beruntung Kak Dahlia. Hehe.

" Sayang. Buat apa tu?"

Dan dua hari ni sampai Ahad ni semua orang yang kerja ambil cuti demi menyempurnakan majlis pernikahan abang. Termasuk suami aku ni. Dia turut bantu apa yang patut.

" Masukkan barang ke dalam beg untuk bagi pada tetamu." Ujarku ringkas.

Dia ambil tempat sebelah aku dan turut bantu. Hadiah buat tetamu boleh dikatakan hampir perfect. Siapa buat? Aku la. Haha. Aku make sure semua perfect. Aku dah buat semenjak start cuti sekolah tiga hari lepas lagi. Tak ada kerja la katakan.

" Sayang."

" Yes?"

" Tadi abang nampak Lokman macam ada masalah."

Jelas dahiku berkerut saat ini. Masalah?

" Maksud abang?"

Dia menjongketkan bahunya.

" Abang sempat tegur dia masa dia nak masuk bilik tadi. Tapi riak wajah dia nampak sedih. Senyum pun terpaksa je. Abang jadi pelik. Ada problem dengan Dahlia ke?"

Aku terdiam. Yeke? Pagi tadi okay je pun. Takkan gaduh pula. Aku jadi tak senang duduk.

" Abang sambunglah buat. Fia nak pergi tengok abang."

Aku letakkan barang ke tepi. Dia kembali sambung. Aku bangun dan mula menuju ke tingkat atas. Bilik abang selang sebilik dari bilik aku. Aku mendekati pintu bilik abang dan ketuk perlahan.

" Abang!"

Dua kali ketuk masih tiada sahutan. Jadi aku ambil keputusan untuk buka pintu bilik abang. Aku jengulkan kepala ke dalam bilik. Mencari kelibat abang. Nah! Ada dibalkoni bilik rupanya. Aku masuk dan menuju ke arah abang. Perlahan-lahan sampai aku dah berdiri sebelah dia.

" Abang."

Dia nampak terkejut tapi still buat biasa dan tengok ke hadapan semula.

" Buat apa dalam bilik abang ni?"

" Abang ada masalah ke?"

Dia diam. Lama juga sampai aku terdengar dia mengeluh.

" Entah. Abang sendiri tak tahu."

Wajahnya diraup perlahan. Nampak stress.

" Cuba cakap dekat Fia. Apa masalahnya?"

Dia tersenyum hambar dan memandang ke arahku.

" Abang ni teruk sangat ke? Salah ke abang terlalu sayangkan dia?"

Okay. Dah agak. Ada kaitan dengan kak Dahlia.

" Kenapa dengan kak Dahlia? Gaduh?"

" Dia merajuk dengan abang sebab abang macam terlalu kongkong dia lately ni."

Aku tersenyum kecil dan menepuk bahu abang perlahan. Patutlah.

" Abang. Orang perempuan ni tak suka dikongkong tau? Kalau dah sebelum kahwin kena kongkong apatah lagi selepas kahwin? Lagi dia tak suka. Dia tak minta lebih. Dia Cuma nak abang lindungi dia, cintai dia dan hormat dia. Bukan kongkong abang. Fia tahu abang terlalu cintakan dia tapi jangan melebih. Nanti kak rimas."

Dendam CintaWhere stories live. Discover now