Sebulan kemudian
" Ya Allah. Letihnya."
Aku duduk di atas kerusi kosong selepas berjalan hampir 1km. Jauh gila aku berjalan hari ni. Gara-gara bosan duduk dalam rumah. Dan sebab aku seorang diri. So, jalan-jalan la. Aku dongak ke langit. Cuaca amat cerah hari ni. Aku tersenyum senang.
" Hey! Don't do that."
Tersentak aku dengar suara jeritan itu. Aku pun toleh ke belakang. Rupanya seorang ibu memarahi anaknya. Aku tersenyum tipis. Aku tunduk usap perutku. Dah masuk tiga bulan kandungan ni. Alhamdulillah. Tak sabar ibu nak tunggu kamu keluar sayang.
Sedang aku seronok layan perasaan, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku cepat-cepat keluarkan phone dari kocek seluar dan tengok nama di skrin. Mataku terus bersinar saat nama Luthfi terpapar pada skrin telefon.
" Helo Fi!"
" Assalamualaikum kakakku yang tersayang."
Aku tersengih. Perli la tu.
" Waalaikumussalam wahai adik tersayang."
" Ada dekat mana sekarang ni?"
" Kat luar. Jalan-jalan."
" Aku dah ada depan rumah kau ni. Baliklah cepat. Penat aku berdiri lama depan rumah kau ni."
Terus aku terbangun dan berjalan menuju ke arah rumahku.
" Jangan lari!"
Okay. Aku baru berniat nak lari. Tapi dah dapat amaran. Hampeh.
" Nanti lambatlah sampai." Bebelku sambil berjalan laju.
" Ingat sikit kau tu tengah mengandung. Jangan gatal nak lari."
Aku mencebik tapi rasa happy sebab dia dah ada dekat sini.
" Aku tunggu sini. Bye."
Tanpa berlengah aku lajukan langkah menuju ke tempat berteduh aku. Agak dalam 10 minit berjalan baru sampai. Nampak tak jauh gila aku berjalan hari ni. Haha.
" Luthfi!"
Luthfi yang tengah bermain phone terus mendongak dan saat ternampak aku dia menarik senyuman lebar. Aku pun apa lagi terus peluk dia. Rindu!
" Sudahlah tu. Naik lemas aku jadinya."
Aku leraikan pelukan dengan cebikan. Sengaja la tu.
" Kenapa tak cakap kau balik hari ni?"
" Saja bikin surprise."
Kami berdua masuk ke dalam rumah kecil aku. Rumah sewa je.
" Boleh tahan. Aku akan stay dengan kau mulai hari ini."
" Eh? Bukan kau kena stay dekat asrama ke?"
Dia ambil tempat dekat sofa dan menghembus nafas laju. Dia menoleh memandangku dengan kerutan di dahi.
" Kau ingat aku akan biarkan kau tinggal sini seorang diri? Sebulan lepas pun aku bukan main risau dekat Malaysia. No no."
Aku terdiam. Aku duduk di sebelah dia.
" Mama dan papa macam mana?" Soalku takut-takut.
Luthfi nampak serba salah nak cakap. Tapi dia mengeluh kecil.
" Mereka marah. Kecewa dengan kau kak. Tapi mereka faham. Mereka harap kau dapat balik secepat yang mungkin. Abang pun. Dia marah sangat dekat kau sebab buat Usyair macam tu."
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...