Part 39

6.1K 163 1
                                    

Tap!

Aku meliarkan pandanganku ke sekeliling rumah. Mana dia? Balik-balik je aku tengok keadaan dalam rumah gelap. Takkan dia tak buka lampu? Ada dalam bilik ke? Dengan perasaan tanda tanya aku masuk ke dalam bilik.

Bila aku buka pintu bilik, turut gelap. Aku meraba-raba cari suis untuk buka lampu. Tapi aku terasa meremang bulu roma tiba-tiba. Rasa macam diperhati. Aku terteguk air liur. Ya Allah. Siapa tu? Menggigil terus tangan aku sambil meraba-raba suis yang berada tepi pintu.

Aku pejam mata dan bila tangan aku dah berjaya buka lampu. Barulah aku menghembus nafas lega dan membuka mata. Tapi aku hampir terjerit bila Usyair tiba-tiba ada depan mata aku. Turun naik nafas aku melihat dia ketika ini. Hampir terebah aku. Mujur dia sempat paut bahuku.

" Abang! Terkejut Fia!"

Aku tepis tangan dia yang menyentuh bahuku. Lemah jantung aku kejap tadi. Dah lah takut satu hal. Rasa diperhati satu hal. Huh!

" Sorry. Abang tak sengaja. Abang just nak surprise sayang je."

Baru nampak wajah cemas dan serba salah dia tu. Aku tak hiraukan dia. Aku dengan risau balik sebab fikirkan dia yang tak sihat tu. Tapi ini yang aku dapat? Bara juga la hati aku ni.

" Tepi."

Aku tolak tubuh dia ke tepi. Aku mula buka tudung. Mujur dah bersihkan diri dan solat mahgrib siap-siap dekat rumah mama tadi. Tak la kelam kabut sangat. Aku baru nak melangkah ke bilik air. Tapi lenganku ditarik terlebih dahulu.

Aku kaku. Tidak berganjak langsung. Biarkan dia berdiri depan mata aku. Aku tak tengok dia langsung. Tak ada mood.

" Sayang. Marah abang lagi ke?"

Aku diam. Kalau aku jawab nanti dua-dua bara. Susah.

" I'm really sorry. Sorry fasal semuanya. Abang tahu abang dah buat sayang terasa. Please forgive me?"

Aku buang keluhan kecil. Aku tarik senyuman pahit.

" Abang. Fia tak berhak nak marah abang. Fia juga rasa Fia tak berhak nak ungkit fasal semua ni dan naikkan kemarahan abang. Tapi Fia letih. Fia dah penat fikir semua ni. Kenapa? Bagaimana? Apa jadi? Sampai Fia rasa Fia ni bodoh sebab fikir semua tu sedangkan suami langsung tak beritahu keseluruhan cerita."

Dia mencapai kedua-dua tanganku. Aku menoleh ke arahnya dengan rasa hampa.

" Abang tahu tak apa Fia rasa sekarang?"

Dia Cuma menggelengkan kepalanya.

" Rasa kecewa dengan diri Fia sebab tak boleh nak terima hakikat even benda tu dah berlalu. Fia juga dah lama maafkan abang. Tak ambil hati sikit pun. Cuma Fia hampa sebab abang marah tak tentu fasal hanya kerana Fia sebut nama si Yusri tu. Then tadi, Fia balik dengan cemas takut abang teruk ke tak ke? Tapi apa yang Fia dapat? Fia kena tipu?"

Dia menggelengkan kepalanya lagi. Makin erat dia menggenggam tanganku. Aku senyum hampa.

" Fia minta maaf. Fia tahu Fia dah banyak menyusahkan hidup abang. Fia dah banyak korbankan masa abang. Sampai abang terpaksa terima Fia."

" Fia! Apa yang Fia merepek ni?! Abang terima Fia bukan sebab terpaksa tapi sebab abang memang cintakan Fia!"

Dia bertegas. Wajahnya dah tegang. Aku senyum hambar.

" Maaf. Maybe Fia terlalu emosi."

Aku tarik semula tanganku.

" Abang. Sekali lagi Fia nak tanya."

Dendam CintaWhere stories live. Discover now