Part 38

5.8K 154 1
                                    

Bunyi baby menangis menarik perhatian aku dan Usyair. Kami sama-sama tersenyum saat si Azlan dukung si kecil itu ke arah kami. Kemudian dia serahkan pada Usyair. Usyair sambut dengan terkial-kial. Risau baby tu tak selesa atau takut terjatuh. Tapi makin lama nampak makin selesa pula.

Aku tersenyum manis. Aku cuit pipi baby tu dengan lembut. Comelnya Ya Allah. Seronok tengok. Aku kucup pula dahi baby itu. Usyair pun turut lakukan benda yang sama.

" Apa nama baby ni Syikin?" Soalku ingin tahu.

Azlan dan Syikin sama-sama tersenyum sebelum memandang ke arah kami berdua.

" Amanina Humaira bt Muhammad Azlan Shah."

Aku pandang sekali lagi baby yang bernama Amanina Humaira ini dengan senyuman manis. Tak sabar pula rasanya nak dukung anak sendiri.

" Sedap nama dia."

Usyair serahkan kembali Amanina pada Azlan. Aku dan Usyair tersenyum bahagia melihat mereka.

" Lepas ni kau pula Fia. Tu. Lagi 4 bulan kan?"

Aku tersengih. Perutku diusap perlahan. Aku angguk dengan perlahan.

" InsyaAllah. Lagi 4 bulan. Aku harap dia keluar awal macam kau. Awal seminggu kan?"

Syikin tertawa kecil.

" Ayah dia la. Doa supaya keluar cepat sikit. tak sabar. Tengok jadi kenyataan."

Giliran kami pula tergelak. Azlan Cuma tersengih sambil mengusap anaknya itu.

" So, selamat berpantang Syikin. Aku harap kau dapat berpantang dengan baik sekali."

" InsyaAllah. Thanks tau korang sebab sudi datang lawat aku."

" No problem. Kau kawan aku kot."

Baby Amanina menangis lagi. Maybe lapar susu ibu dia.

" Oklah Syikin. Kami balik dulu la. Ada masa kami datang lagi."

" Ha okay. thanks tau."

Selepas salam dan peluk Syikin. Aku dan Usyair pun keluar daripada wad untuk ibu baru lepas bersalin itu. Kami sama-sama turun menggunakan lif. Aku tersenyum saja saat teringat wajah baby dan wajah happy Syikin dan Azlan.

" Oh sayang. Kenapa senyum seorang diri ni?"

Aku kerling Usyair yang naik pelik dengan aku. Aku sengih.

" Tak ada apa-apa la. Lepas ni nak ke mana bang?"

" Abang terpaksa ke office kejap. Ada hal. Sayang ikut abang boleh?"

Aku angguk. Tak kisah mana-mana yang penting aku berada di sisi Usyair. Cewah. Duk buat sweet pula kau. Haha.

Dalam 10 minit lepas tu, kami pun sampai dekat balai polis tempat kerja Usyair. Aku Cuma tunggu dalam kereta. Tiada hati nak ikut dia juga. Dengan perut ni sekali. Letih. Lagipun kejap je. Aku keluarkan phone dari beg tangan. Aku buka Instagram. Scroll sampai naik jemu.

Sebab dah jemu aku letakkan phone dalam beg semula. Aku mula merenung ke luar tingkap kereta. Sambil menongkat dagu. Sambil dengar lagu. Feel sangat kan? Lagu pula lagu jiwang. Sejarah mungkin berulang dari Newboyz. Ambik kau. Haha.

Tengah seronok layan perasaan, mataku tiba-tiba menangkap kelibat seseorang. Entah mengapa hati aku terdetik yang aku kenal insan yang sedang menuju ke dalam balai polis itu. Tapi takkan kot. Aku mula sangsi.

Tapi tak rasa nak keluar. Malas. Perasaan aku je tu. Aku kembali mengelamun. Sampai tak sedar Usyair dah ada dekat sebelah. Bila dia cuit bahuku baru aku sedar. Aku toleh tengok dia.

Dendam CintaWhere stories live. Discover now