" Cikgu tak nak cakap banyak. Just satu je pesanan cikgu. Buat yang terbaik. Kamu dah cuba sedaya upaya. Seterusnya tawakal pada Allah. Jangan pernah berputus asa. Okay guys? Do your best!"
" Baik cikgu!"
Satu kelas telah beratur. Yang lelaki dulu datang padaku dan ucapkan terima kasih. Aku jawab sama-sama dan buat yang terbaik. Bila tiba giliran perempuan, mereka salam tangan aku dan aku peluk mereka dan berharap mereka boleh buat yang terbaik.
Alhamdulillah. Sedar tak sedar esok mereka akan menghadapi UPSR yang sebenar. Aku bersyukur sebab masing-masing berpuas hati dengan keputusan trial. Mereka cemerlang. Aku yakin mereka mampu buat lebih baik daripada trial.
Selepas mereka balik, aku pun berlalu ke bilik guru. Aku capai phone dan tengok notification. Mulai esok sampai Ahad aku akan bercuti. Seminggu aku cuti kali ni. Sebab nak rest. Memandangkan aku tak kena jadi pengawas jaga budak exam. Rasa letih lately ni.
Aku baru nak lelapkan mata sekejap, tapi telefonku pula berbunyi. Tengok nama dekat skrin terus membuatkan aku tersenyum lebar. Tanpa berlengah aku menjawab panggilan tersebut.
" Assalamualaikum sayang."
" Waalaikumussalam abang. Dah sampai ke?"
" Dah. Abang tunggu tempat biasa."
" Okay."
Aku cepat-cepat kemas meja dan ambil beg tanganku. Aku keluar daripada situ dan bergegas menuju ke kereta Usyair. Kelihatan dia sudah berdiri segak belakang bonet kereta. Dia kelihatan santai dengan tshirt dan jeans. Aku Cuma tersenyum.
" Abang."
Aku tunduk salam tangannya dan tersenyum lebar.
" Jom."
Aku masuk ke dalam kereta dan tersandar lesu dekat kusyen. Aku pejamkan mata. Ingin menghilangkan lelah. Rasa penat sangat.
" Letih sangat ke sayang?"
Aku buka mata dan kerling Usyair yang sudah memandu keluar daripada kawasan sekolah.
" Sikit la. Sebulan berhempas pulas demi budak-budak tu. Esok dorang dah UPSR. Tapi esok Fia pula tak ada. Ambil cuti. Rehat. Tapi Fia yakin dorang boleh buat yang terbaik."
" InsyaAllah."
Aku toleh ke arah tingkap semula. Diam sambil menghayati lagu dekat radio. Jiwang sangat. Haha. Balik aku nak tidur. Letih.
" Cuti ni sayang tak nak pergi mana-mana ke?"
Aku Cuma jongketkan bahu. Tak terasa nak ke mana. Lagipun mana best pergi mana-mana sorang diri. Dia dah la kerja. Kalau dia cuti okay juga.
" Duduk rumah je la."
" Tak nak pergi bercuti?"
Aku terdiam.
" Bercuti ke mana? Kalau abang teman okay juga. Abang kerja. So, duduk je la rumah. Rehat lama sikit."
" Abang akan teman."
Aku terlopong. Terus aku tengok dia dengan riak muka tak percaya. Dia masih tenang seperti tadi.
" Abang jangan nak bergurau boleh? Abang tengah kerja kan? Ish! Tak payahlah ambil cuti semata-mata demi Fia. Tak boleh." Tegasku.
Ada pula macam tu. Dah la dia polis. Kalau kerja biasa je tak apa juga. Hish. Tiba-tiba terdengar dia gelak. Aku Cuma diam.
" Betul sayang. Tapi abang cuti dua hari je la. Dah lama kita tak pergi honeymoon kan sayang?"
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...