" Okay class. You can start now."
Aku melangkah ke arah kerusi belakang dan duduk sambil mata memerhati anak-anak muridku menjawab soalan peperiksaan. Mereka dah masuk musim trial UPSR. Lagi sebulan mereka akan menghadapi peperiksaan sebenar. Doa aku agar mereka boleh jawab.
Aku kerling jam. Sejam masa diberikan. Sememangnya, best waktu pelajar exam. Tapi yang tak bestnya bila asyik duduk saja sambil tengok pelajar. Mengantuk kau tau? Haha. Kalau rasa nak buat kerja pun but mata still kena tengok pelajar.
Aku keluarkan phone dari beg. Aku buka whatsupp dan tengok chat yang masuk. Keningku bertaut saat nampak chat daripada Usyair.
Nanti kita lunch sama-sama?
Aku tersenyum tipis. Sebenarnya dah sebulan berlalu semenjak kes aku terjumpa Zia dekat balai polis masa tu. Dan tak banyak berubah pun hubungan aku dengan Usyair ni. Sebab baru minggu lepas dia balik dan stay dengan aku.
Sebelum ni dia pergi kursus dengan abang. So, aku duduk dengan mama dekat rumah. Kalau tidak dia berhajat aku untuk tinggal dekat rumahnya. But, aku tolak. Tunggu dia balik dulu baru kami akan tinggal bersama. Tapi sampai sekarang dia masih belum bawa. Katanya dia ada kejutan untuk aku dan kejutan tu belum siap. So, aku turutkan sahaja.
Sepanjang hampir sebulan dia pergi kursus tu. Kami jarang berhubung. Sebab dia pergi kursus dalam hutan. Mana la ada coverage. So, aku macam lonely dekat sini. Haha. But, aku mengaku aku rindu dia. Haha.
Aku Cuma baca chat dia. Tak ada tanda nak reply. Aku mengaku juga dia banyak beri aku semangat. Dan kini aku dah tak trauma dan teringat semula perkara silam. Terima kasih dekat dia.
Sayang?
Aku tersenyum kecil. Barulah aku reply chat dia bila dia dah online.
Okay. Boleh. Awak datang sini lah. Makan dekat kantin sekolah saya.
Aku mendongak melihat pelajar yang khusyuk menjawab soalan. Sunyi sepi kelas bila semua ambil exam. Pen jatuh pun boleh dengar. Haha.
Okay. Nanti saya sampai.
Aku kembali simpan phone ke dalam beg. Aku bangun dan melintasi setiap meja pelajar. Melihat jawapan mereka sepintas lalu. Alhamdulillah. Mereka faham dengan soalan yang diberikan. Tak sia-sia usaha aku selama ini mengajar mereka.
Sedar tak sedar, masa yang diberikan pun dah tamat. Aku berdiri di depan dan melihat mereka sebelum memberikan senyuman.
" Okay class. Time's up! Letakkan pensel dan pen ke atas meja. Ikat kedua-dua kertas tu dengan elok dan letak sebelah kanan meja. Orang paling belakang sekali bangun dan kutip kertas." Arahku lembut dan menuju ke meja.
Satu persatu kertas aku dapat sampai ke orang terakhir. Aku tersenyum menyambut kertas mereka. Mereka pun dah boleh keluar rehat. Aku kira dan letakkan ke dalam sampul. Lepas tu aku pun keluar daripada kelas.
Laju saja aku melangkah ke arah bilik guru. Nak letakkan sampul peperiksaan ini pada tempat yang disediakan. Bila dah selesai, aku pun kembali ke meja kerjaku.
" Hai Fia."
Aku kerling sebelah. Rupanya Kak Nas. Jiran sebelah.
" Hai kak."
" Letih nampak?"
" Biasalah kak. Banyak kena buat."
" Kan? Tak apa. Eh. Nanti time exam betul Fia kena jaga tak? Pergi ke sekolah lain? Tengok budak exam?"
Aku menggelengkan kepalaku perlahan.
" Tak kak. Bagus juga. Sebab saya nak ambil cuti awal. Saya nak berehat. Haha."
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...