Uhuk! Uhuk!
Aku tersedar bila terasa tekak kering. Aku buka mata dan memandang sekeliling. Masih tidak dapat mencerna di mana aku berada. Tapi sebaik sahaja memandang wajah yang berada tidak jauh daripada aku tu. Terus aku bangun duduk. Tapi aku rebah balik bila rasa sakit dekat kepala.
" Aduh!"
Aku picit kepalaku perlahan. Tak la rasa sakit macam sebelum ni. Rasa dah kurang Cuma letih ja. Aku ada dekat mana sebenarnya ni?
" Dah sedar?"
Aku kerling ke kanan. Di mana insan yang aku tak suka tu ada. Aku merengus geram. Tak pedulikan dia. Aku perhati sekeliling. Bau ubat. Aku tunduk tengok tangan aku. Okay. Sah. Aku ada dekat hospital.
Aku tengok ke arah dia semula. Tajam dia renung ke arah aku.
" Mana abang saya?" Soalku dingin. Ingat dia je boleh dingin?
" Keluar."
" Ke mana?"
" Entah."
Aku ketap bibir. Rasa nak baling je pasu bunga kat tepi ni ke arah dia. Huh! Sakit hati tengok reaksi dia.
" Abang!!!"
Lantak la apa nak jadi pun. Aku main jerit je panggil abang. Puas hati. Dia nampak terkejut tapi still bersahaja.
" Ha?! Ha! Apa? Kamu dah sedar?"
Kelam kabut aku tengok abang masuk dan belek tubuh aku. Sesudah itu dia menghembus nafas lega. Maybe lega tengok keadaan aku okay saja.
" Abang tolong halau dia. Fia tak suka tengok dia." Arahku tanpa melihat ke arah tuan badan.
Abang dah terdiam dan kerling ke arah dia. Abang tergaru keningnya yang tidak gatal. Kenapa? Tak sanggup?
" Erk. Fia."
" It's okay. Aku keluar."
See! Sedar pun yang kedatangan kau tak diperlukan langsung dekat sini! Huh! Abang tengok aku kembali. Dengan wajah yang tak puas hati.
" Kenapa nak kena halau dia?"
Aku tersenyum sinis. Sambil memeluk tubuh aku menjawab.
" Tak suka. Dia menyakitkan hati. Fia benci dia."
" Tapi dia yang bawa adik ke hospital tau tak?"
Aku tersentak. What? Aku tengok wajah abang inginkan penjelasan.
" Ye. Abang tak tipu. Lepas Fia pengsan tu dia terus bawa Fia ke hospital. On the way baru dia call abang. Cakap yang dia bawa Fia ke hospital. Suara dia bukan main cemas lagi tau tak?"
Kali ni aku rasa nak terjatuh daripada katil. What? Serius? Ya Allah. Malu pula aku rasa. Tapi aku still tak boleh tengok muka dia. Tengok dia je boleh buat aku sedih, sakit hati dan nak nangis. Tak tahu kenapa. Sebab dia boleh buatkan aku teringat juga dekat si Zia tu. Argh!
" Suka hati la! Malas nak fikir!"
Terus aku baring dan tarik selimut sehingga menutup kepala. Tak hiraukan langsung reaksi abang. Aku nak tidur!
" Fia..."
Diam. Tak terasa nak menyahut.
" Fia. Usyair..."
Kenapa nak sebut nama dia pula? Abang ni sengaja nak sakitkan hati aku ke apa?
" Tak apa la. Fia rehatlah. Abang keluar dulu."
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...