Hari-hari ku berjalan seperti biasa. Seperti yang sebelumnya. Tiada apa yang terjadi pun. Hampir seminggu juga aku langsung tidak menjejakkan kaki ke balai polis. Walau apa pun alasannya aku memang tak nak jejak kaki lagi ke situ.
Sampai aku berjaya elak daripada abang. Tiap kali dia nak cakap fasal kerja dia aku akan mengelak. Aku sedar dia pelik dan tertanya-tanya but ada aku kisah? Suruh aku jangan sibuk kan? So, memang takkan ambil tahu lagi fasal yang berkaitan dengan kerja papa dan abang.
Aku lebih tumpu pada kerjaku dan fokus dekat mama. Senang hati. Rasa aman. Tak ada orang nak kacau. Buat hati kering la katakan. Tapi ada je orang yang tak puas hati. Siapa lagi kalau bukan abang kesayangan. Mentang-mentang hari ni hari Ahad dan cuti. Asyik nak menempek je sebelah aku. Sampai naik rimas kau tau tak?
" Abang ni dah kenapa?!" Berangku.
Dia hanya buat selamba. Suka naikkan angin aku kan?
" Mama!" Panggil sambil kerling ke arah abang.
" Ye? Kenapa ni?"
Mama muncul dengan kerutan di dahi. Aku memuncung ke arah abang. Mama pula dah tergeleng tengok kami berdua.
" Abang..." Suara mama dah meleret.
Abang mula mencebik dan duduk jauh sikit daripada aku. Aku tersenyum kemenangan. Lepas mama berlalu dia kembali memaut bahu aku. Aku dah mula rasa bengang balik.
" Stop it abang. Kalau rasa nak makan penumbuk Fia. Abang buat la lagi."
Aku jeling dia tajam. Dia dah tarik sengihan panjang. Tak fasal-fasal kepala aku pula disekehnya. Ish! Geramnya aku!
" Kau kenapa dik?"
Aik? Soal aku pula? Sepatutnya aku la tanya dia.
" Dah kenapa dengan Fia? Fia okay je. Asal?"
" Kau asyik nak elak je dari abang. Kenapa? Ada abang buat salah ke dekat Fia?"
Aku terdiam lantas kembali fokus dekat tv. Tiada masa nak tengok muka abang yang poyo tu.
" Tak ada. Masa bila Fia elak. Abang perasan."
Ingatan aku tiba-tiba teringat tentang lelaki dingin tu. Okay Fia. Stop it!
" Tipu. Cakaplah." Gesanya sambil goncangkan lengan aku.
Aku tepis dan duduk jauh daripada dia. rimas.
" Fia."
" Apa?"
" Cakaplah. Abang buat salah apa?"
" Tak ada!"
" Tipu."
" Nak tipu apanya?"
Dia merenungku tajam. Nak cuba baca fikiran aku la tu.
" I know."
" What?"
Abang dah menarik senyuman sinis. Mencabar aku lagaknya.
" Fia marah abang ke? Terasa hati dengan abang erk?"
Aku menjeling ke atas. Memang pun.
" Sebab apa?"
Aku mengeluh kecil. Suka desak aku kan?
" Tak ada apa. Tapi tolong. Kalau rasa Fia tak berhak tahu apa-apa tentang pekerjaan abang please jangan cakap depan Fia. Walau apa cara sekali pun. Jauhkan Fia dari perkataan polis. Faham?"
Terus aku bangun dan ingin berlalu naik ke atas. Tapi serta-merta langkahku terhenti saat mendengar orang memberi salam. Aku terus menoleh ke arah pintu. Aku kerling pula abang yang sudah menuju ke pintu utama. Aku tersenyum sinis. Setelah seminggu aku tak nampak dan dengar khabar dia. Hari ni dia datang.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
De TodoUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...