Assalamualaikum. Firstly, sis betul-betul minta maaf sebab dah lama sis tak sambung story ni. Sambung pun dah last chapter. Sorry sangat-sangat guys. Ni pun sebab dah cuti dan dapat idea baru sis sambung. Alhamdulillah. Nak dekat setahun baru habis story ni. Thanks guys sebab still sokong even sis lambat update. Hope terus sokong sis. Next story? Nanti dulu kot. Hehe. Jangan lupa tinggalkan komen tau guys. ;)
2 bulan kemudian
Aku tengok sang suami dan doktor bersilih ganti. Teruja dan happy nak tahu jantina anak kami. Ikutkan nak rahsia. So surprised sikit nanti. Tapi teruja nak tahu sangat. So pergi la buat ultra scan dekat hospital.
" So doktor?"
Sekarang ni suami aku lebih excited. Kalah aku.
" InsyaAllah, kamu berdua akan mendapat seorang puteri."
" Alhamdulillah."
Terima kasih Ya Allah. Syukur. Tak kisah pun lelaki ke perempuan asalkan anak kami tu sihat saja dalam tu. Sabar ye sayang. Lagi dua bulan je. Mama pun tak sabar nak tunggu kamu keluar ni.
" Make sure Fia kena jaga pemakanan, jangan makan manis sangat dan masin sangat. Tak elok untuk kesihatan. Dan Usyair kena sentiasa perhatikan dia. Dah sarat ni macam-macam boleh jadi."
Aku dan Usyair tersenyum kecil.
" InsyaAllah. Terima kasih doktor."
Selepas selesai segala-galanya, kami berdua pulang ke rumah. Aku terduduk letih dekat sofa ruang tamu. Bila makin sarat ni nak berjalan sikit pun dah mengah oii. Haha. Teruk betul.
" Fia nak makan apa hari ni? Abang nak masak."
Dan semenjak sebulan yang lepas aku memang tidak dibenarkan langsung masuk ke dapur. Tak boleh masak atau buat kerja pun dekat dapur. Dah dapat warning. Hanya sang suami je masuk dan masak. Aku sampai tak tahu nak kata apa melainkan menurut arahan. Alahai. Kalau waktu kerja dia akan balik time lunch dan masak. Sempat je kan?
" Fia tak kisah. Ikut abang la."
Aku tengok dia yang sudah menuju ke dapur. Dengan tak salin dulu baju tu. Aku hanya menggeleng. Aku tak nafikan dalam sebulan ni dia banyak buat kerja rumah berbanding aku. Tapi kalau dia tak ada kat rumah aku buat juga kerja rumah. Sebab bosan kot duduk tak buat apa-apa. Aku nampak dia letih tapi dia happy.
" Abang. Fia nak tanya sikit boleh?"
Aku kerling ke arah dapur kemudian pandang ke luar pintu.
" Apa sayang?" sahutnya dari dapur.
" Abang bahagia?"
Tiba-tiba soalan itu terpacul keluar dari mulutku. Sambil merenung jauh ke luar pintu. Dan sekali gus mengingatkan kembali peristiwa manis dan pahit yang telah terjadi dalam hidup aku sampai ke hari ini. Ya Allah. Begitu banyak telah aku lalui rupanya selama ini. Dan sekarang aku masih mampu berdiri teguh di sini di samping suami. Alhamdulillah.
" Kenapa tiba-tiba tanya macam tu?"
Dia muncul dengan kerutan di dahi. Aku tersenyum tipis. Aku gelengkan kepalaku dan menoleh ke arahnya.
" Just nak tahu. Fia tak tahu apa yang abang rasa selama ni. Manalah tahu abang tak bahagia hidup dengan Fia ke ?"
Dia ambil tempat di sisiku. Wajahnya tegang. Kedua-dua tangganku digenggamnya.
" Please. Jangan cakap macam tu lagi. Sekarang abang nak Fia tahu. Dari hari pertama lagi abang kenal Fia sebenarnya abang dah bahagia. Apatah lagi sayang dah sebati dalam hidup abang. Lagilah abang takut kehilangan Fia. Abang bahagia Fia. Bahagia sangat selagi Fia berada di sisi abang bersama dengan anak-anak kita. insya-Allah."
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...