Saya nak jumpa awak. Please.
Tiada reaksi yang mampu aku berikan saat membaca pesanan ringkas daripada si psycho. Siapa lagi kalau bukan si Yusri tu. Tak habis-habis nak kacau aku. Tak ada kerja lain ke tak tahu mamat ni. Penat aku. Abaikan je la. Malas pula aku nak layan.
Aku letak phone aku dekat tepi. Aku mula focus pada buku latihan anak muridku. Banyak lagi yang perlu aku tanda. Dah la aku mengajar pelajar darjah 6. UPSR tahun ni. Memang tak boleh dibuat main-main la. Tambahan pula subjek wajib lulus. Bahasa Melayu. So focus Fia.
Baru dua baris aku baca. Telefon aku kembali berbunyi. Naik tension aku dibuatnya. Sekali lagi mamat ni hantar whatsupp. Memang jenis tak faham bahasa betul. Nasib kau tu still kawan aku.
Please. For the last time. Please Fia. I begging you.
Terlepas juga keluhan kecil daripada mulutku saat membaca rayuan dia. Fine. For the last time kan? Kalau ini bukan last time kau kenalah dengan aku Yusri. Jangan buat main-main dengan anak Inspektor ni. Kang dengan kau aku masukkan ke dalam lokap. Huh.
Dengan malasnya aku balas juga whatsupp dia.
Fine. Nak jumpa dekat mana?
Dekat restoran biasa. Saya tunggu situ. Setengah jam daripada sekarang.
Okay.
Aku kerling jam. Bagus. Alang-alang tengah waktu rehat dan lepas ni pun kelas tak ada. Bolehlah lari keluar kejap. Aku tutup buku latihan pelajar dan susun dekat tepi. Aku capai phone dan beg tanganku lantas keluar daripada bilik guru.
Tertembung pula dengan jiran sebelah meja aku. Cikgu Hasiah atau lebih sedap dipanggil kak Has. Dia la kamceng aku dekat sekolah ni. Haha.
" Ha Fia. Nak ke mana?"
" Nak keluar kejap. Jumpa kawan. Urgent katanya. Maybe masuk lambat sikit. Akak?"
" Biasalah. Program untuk budak-budak tu. Hati-hati di jalan."
" Okay kak. Thanks. Saya pergi dulu."
Dengan senyuman mekar di bibir aku melangkah ke arah kereta Myvi kesayangan aku tu. Hasil titik peluh aku. Baru aku nak masuk ke dalam kereta, telefon aku berbunyi lagi. Kali ni bukan mamat psycho tu yang call. Tapi abang aku. Nak apa pula ni?
Aku masuk ke dalam kereta dan mula menjawab panggilan. Enjin kereta aku buka.
" Assalamualaikum."
" Waalaikumussalam. Kamu dekat mana Fia?"
" Soalan apa ni? Mestilah dekat sekolah. Fia tengah kerja kot. Asal?"
Aku tersandar dekat kusyen kereta. Kepalaku dipicit perlahan. Rasa letih pula tetiba.
" Tolong abang boleh?"
Aku menarik nafas dalam.
" Tolong apa? Kalau nak suruh Fia ke pejabat abang. Sorry to say. I'm busy."
Tolakku cepat-cepat sebab kalau boleh aku tak nak berdepan lagi dengan lelaki dingin tu. Cukuplah minggu lepas aku dengar perbualan yang panas aku rasa. Sampai kecut aku dibuatnya. Siap tinggikan suara lagi. Sebut fasal Su la apa la. So, dari aku serabutkan kepala aku. Baik aku hindarkan daripada semua tu okay?
" Tak. Tolong pergi airport. My future wife balik hari ni and abang tak sempat nak pergi ambil dia. I'm to busy. Banyak kes kena handle. Please my dear."
Aku rasa kalau abang ada depan mata aku sekarang ni memang leher dia jadi mangsa aku.
" Ya Allah. Kekasih sendiri yang nak balik suruh orang lain jemput? Boyfriend apa abang ni?"
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...