Aku tarik nafas panjang. Cuba mencerna apa yang dah jadi semalam. Bila dah dapat hadam aku merengus geram. Dia buat apa dekat sini? Kenapa aku mesti terserempak dengan dia lagi? Aku baru nak bercuti dengan aman. Ni dah masuk dua kali percutian aku diganggu. Kenapa? Kenapa? Arh! Aku benci dia!
Aku meraup wajahku perlahan. Senyuman manis cuba ditarik walaupun sukar. Okay Fia. Kau datang nak tenangkan fikiran. Bukan nak serabutkan fikiran tu. So, keep calm and pergi bercuti okay? Esok dah nak balik. Hari ni kita pusing satu Penang ni okay?
Selepas bersiap-siap aku keluar daripada hotel dan menuju ke kereta. Cuaca pada pagi ni sangat indah. Cerah. Tiada tanda-tanda nak hujan. Aku tersenyum puas. Macam faham apa yang isi hati aku nak.
Aku tengok sekeliling sambil drive. Cuba cari kedai makan yang sedap untuk sarapan. Perut dah mula berkeroncong. Minta untuk diisi. Cari punya cari mataku tertangkap satu figura yang sangat aku kenali. Mula-mula memanglah aku nak buat-buat tak tahu je. Tapi tak jadi bila aku nampak seorang lagi figura berada di sebelah dia.
Aku merengus geram. Asal mereka mesti ada dekat sini juga? And asal aku nak marah tak tentu fasal ni? Abaikan je la dorang. Kita pi makan pasemboq pun baguih noh? Bak kata orang Penang. Haha.
Aku parking kereta dekat tempat yang sepatutnya. Selepas itu aku masuk ke sebuah warung yang tertulis pasembur Penang. Aku ambil tempat dan mula order. Sambil menunggu aku tengok suasana sekeliling. Warung ni berhadapan dengan pulau. So dapat tengok pulau dari jauh.
" Pasembur dua. Terima kasih."
Aku terkejung terus saat dengar suara perempuan tu. Nak gerak sikit pun aku rasa serba salah. Bukan. Rasa diperhati. Yes. Aduh! Kenapa mesti dorang datang sini juga?! Macam tak ada tempat lain nak pergi. Aku meluat betul la.
" Ini pasemburnya."
Aku malas nak hiraukan mereka. Makanan pun dah sampai. Kita makan dulu ye Fia. Aku suap ke dalam mulut. Erm! Sedap. Tak sia-sia aku datang sini.
" Macam mana dengan plan kau?"
" Plan apa?"
" Kau jangan buat-buat tak tahu erk? Kau kata nak balas dendam. Kan?"
Aku tersentak. Balas dendam? Dia nak balas dendam dekat siapa pula tu?
" Please Zia. Aku tak nak cakap fasal ni. Better lupakan je."
Kedengaran suara lemah daripada mulut si Usyair. Tapi si Zia ni pula tak habis-habis nak menghasut.
" Hey! Kau dah janji kan? Kau yang kata kau tak boleh duduk diam. Asal tiba-tiba ubah fikiran? Sebab perempuan tu ke?"
Aku rasa nak tercekik bila Zia cakap macam tu. Siapa yang mereka maksudkan ni?
" Stop it Zia! Kau dah melampau. Ini urusan aku! Bukan kau!"
Terdengar Zia ketawa. Entah apa yang lawak aku tak sure.
" Sampai sekarang kau masih tak faham perasaan aku kan? Aku suka kau! Kenapa susah sangat kau nak terima?"
Okay. Pengakuan tu jelas mengejutkan aku. Nak sambung makan pun dah tak ada selera. Aku dah agak dari dulu. Perempuan tu mesti simpan perasaan dekat dia. See! Tekaan aku tepat.
" Dan aku tak suka kau. Fullstop!"
Aku tersenyum sinis. Padan muka kau Zia. Berlagak sangat. Kemain! Sekali kena reject terus. Tak ada compromise dah. Heh!
" Sampai hati kau kan?"
Aku dengar bunyi kerusi di tolak. Dan perempuan tu baru berlalu depan mata aku. Aku sambung makan dengan senyuman sinis. Aku memang tak nafikan yang aku langsung tak suka perempuan tu dari first lagi. Tak tahu kenapa.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...