" Okay cik. Thanks."
Selepas Usyair selesai melakukan pembayaran, kami pun bergerak ke arah kereta untuk pulang ke KL. Ikutkan nak balik petang tapi sebab suasana yang tak begitu menyedapkan. So, kami pulang awal. Aku pula setia berdiam diri sebelah Usyair dari keluar sampai dah memandu keluar daripada Pulau Redang ini.
Aku terfikir fasal semalam. Fasal Zia. Entah kenapa tapi aku rasa macam Usyair ada sembunyikan sesuatu dari aku. Apa yang mereka berdua sembunyikan? Dan kenapa Zia cakap macam tu? Kenapa juga dia mesti benci aku? Tak boleh ke biarkan kami hidup bahagia macam pasangan yang lain? Sungguh aku tak faham.
" Fia."
Aku mengerling ke arah Usyair yang memanggil namaku itu.
" Kenapa diam je?"
Aku Cuma angkat bahu. Sebab dia diam so aku diam lah.
" Say something. Isteri abang bukan seorang pendiam macam ni melainkan dia tengah fikir sesuatu."
Aku senyum tipis.
" Nothing. Just about Zia." Aku berterus terang.
" Kenapa dengan dia? Kan abang dah kata semalam abang akan selesaikan sendiri dengan dia. Jangan risau okay?"
Tanganku digenggam erat. Seraya suruh aku mempercayai dirinya. Aku Cuma senyum sebab aku tak yakin yang semua ini boleh diselesaikan begitu sahaja.
" Abang percayakan Zia ke?"
" Kenapa cakap macam tu?"
" Abang percaya dia takkan ganggu Fia lagi selepas abang warning dia?"
Dia terdiam tapi dia meramas genggaman tangaku lembut.
" Abang tak janji tapi abang akan buat. Jangan risau. Fia Cuma perlu percayakan abang."
Tapi kenapa aku rasakan macam benda ni makin complicated?
" Tak nak fikirlah. Abang masih dalam mood holiday dengan sayang ni."
Aku tersenyum bila dengar suara merengek dia tu. Macam budak-budak.
" Sorry. Okay. Mari tukar topik."
" Good and I want ask you something."
Aku menjongketkan kening.
" What?"
Aku dah nampak dia tarik senyuman lebar.
" Bila sayang dah sedar yang sayang jatuh cinta dengan abang?"
Aku tergelak kecil. Jatuh cinta? Pandangan pertama maybe?
" Actually, dari first day Fia nampak abang Fia dah curious. Sampai Fia tak faham apa kena dengan hati Fia ni. Tengoklah. Bila Fia nampak abang dengan Zia je pun Fia terus rasa something wrong. Rasa sedih. Maybe time tu Fia sedar Fia dah sayangkan abang. Tapi lepas abang warning Fia dan tuduh Fia bukan-bukan. Terus Fia cuba buang jauh-jauh perasaan sayang tu sampai abang muncul semula time pertunangan Fia dengan Yusri."
Aku tersenyum hambar saat teringat tentang Yusri. Apa la jadi dengan kau Yusri? Aku rasa aku benci kau tapi aku perlu juga jumpa kau. Teringin nak tahu hal sebenar.
" Fia.."
Aku tersengih dan menggelengkan kepalaku.
" Fia okay. it's about the past right? Kenapa abang tiba-tiba boleh muncul time tu? And why you looked at me like that? Abang buat Fia menangis. Fia benci abang tapi Fia rindu abang. Stupid right?"
Dia menggelengkan kepalanya lantas tersenyum.
" No. you're not stupid dear."
" One more thing. Yusri pun perasan sampai dia tanya Fia apa hubungan Fia dengan abang time tu. Dia kata abang sayangkan Fia. Abang ada perasaan dekat Fia. Betul ke?"
YOU ARE READING
Dendam Cinta
De TodoUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...