" Papa. Hati-hati. Slowly."
Perlahan-lahan aku dan Usyair meletakkan papa dekat kerusi roda. Then Usyair tolak papa sehingga ke arah kereta. Aku pula buka pintu kereta dan Usyair mengangkat papa masuk ke dalam. Mama dan aku masuk ke dalam kereta. Usyair masuk ke arah driver dan mula memandu keluar daripada hospital.
Dari belakang nampak kereta abang. Mereka setia ikut dari belakang. Luthfi pula stay dekat hospital sebab perlu bekerja. Sampai saja dekat rumah, Usyair sekali lagi angkat papa letak dekat kerusi roda. Kami sama-sama masuk ke dalam rumah.
" Dah sampai pun papa."
Papa tersenyum kecil dan memandang ke arah aku dan Usyair. Mama dah memaut bahu papa mesra. Abang dan kak Dahlia berdiri belakang kami.
" Terima kasih sebab sanggup tolong papa."
" Papa tu papa kami tau. Of course kami akan tolong." Jawab Usyair dan membuatkan semua orang mengangguk.
" Eh jom la. Mama nak masak."
" Dahlia bantu."
Aku pandang mereka berdua kemudian tengok Usyair. Usyair dan abang dah duduk berdepan dengan papa. Maybe berbual. Aku tersenyum dan mula melangkah naik ke bilik. Aku buka tudung dan salin pakaian. Bila dah okay barulah aku turun semula.
Aku terus saja menuju ke dapur. Nak bantu mama masak. Nampak la kak Dahlia dan mama menyiapkan makanan tengah hari.
" Apa yang Fia boleh bantu?" Soalku lantas mendekati mama yang tengah kacau gulai ikan.
" Fia rehat je sayang. Biar mama dan kak kamu je masak. Kamu tu tengah hamil. Tak elok buat kerja berat."
Aku memuncung.
" Ma. Masak je kot. berat apanya."
Kak Dahlia dah tertawa kecil.
" Fia. Rehat je la. Bukan selalu dapat peluang macam ni kan?"
Aku mencebik. Tak puas hati. Rasa macam disisihkan pun ada. Choih.
" Ala."
" Tak ada Fia. Pergi depan. Rehat."
Mahu tak mahu aku terpaksa turutkan juga arahan mama tu. Haih. Bosan la macam ni. Aku ikhlas nak bantu. Choih. Lastly, aku menuju ke ruang tamu dan duduk sebelah Usyair. Abang dan papa dah tak kelihatan. Mana pergi?
" Mana dua orang tu?" Soalku ingin tahu.
" Abang bawa papa ke dalam bilik. Suruh papa rehat."
Oh. No wonder. Jadi, aku hanya bersandar dekat sofa sambil tengok televisyen. Bosan. Tiada cerita yang best sikit ke?
" Kenapa ni?"
" Bosan. Nak tolong masak mama suruh rehat."
Terdengar tawa sipi dari mulut Usyair. Tengah gelakkan aku la tu.
" Sebab sayang tu tengah mengandung."
" Abang. Baru tiga bulan lebih kot. Bukan 8 bulan."
" Mencegah lebih baik okay?"
Mencegah? Apa yang nak dicegahnya? Pelik.
" Abang naik atas kejap. Sayang duduk la sini."
" Hmmm."
Tinggallah aku keseorangan dekat sofa ni. Bosan. Aku tutup televisyen dan menuju ke bilik papa. Nak borak dengan papa. Masih banyak yang aku nak tahu fasal Zia. Terlalu banyak. Sampai saja aku dekat bilik papa, kelihatan papa dengan abang tengah berborak. Serius sangat. Nak dengar la.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...