Leherku yang ada kesan gigitan Usyair itu aku usap perlahan. Aku tutup dengan sedikit krim. Sapu dan yes. Dapat gak tutup. Then aku tarik rambut aku yang panjang ni ke hadapan. Tak nampak sangat la leher aku ni kan? Semua ni Usyair punya fasal. Haih.
Bila dah rasa okay, barulah aku melangkah ke arah pintu untuk keluar. Rasanya Kak Dahlia dah sampai. Naik ni pun sebab solat Zuhur. Lelaki aku entah ke mana. Maybe sembang dengan abang.
Aku baru nak pulas tombol pintu, pintu itu terlebih dahulu dibuka dari luar. Aku tunggu dengan setia dan tudia. Usyair dah masuk dengan senyuman lebarnya. Pintu bilik ditutup kembali.
" Dah solat?" Soalnya padaku.
Aku Cuma angguk dan dia sudah tarik aku ke birai katil.
" Abang dah solat?"
" Dah. Dengan papa dan Lokman dekat bawah tadi."
" Oh. So, jom la turun. Kak Dahlia mesti dah nak sampai."
" Kejap Fia."
Aku tak jadi nak bangun bila Usyair menghalang. Dia menggenggam erat kedua-dua tangan aku lantas merenung aku lembut. Aku menanti dengan penuh sabar.
" Abang nak cakap sikit."
" Apa?"
Dia dah tak tersenyum macam tadi. Riak wajah dia nampak biasa tapi tetap tenang.
" Bukan kak Dahlia je akan datang kejap lagi."
Aku mengangguk faham.
" Then siapa lagi?" Soalku lagi ingin tahu.
" Zia."
Okay. Kali ni aku tak dapat sembunyikan riak benci aku. Aku tarik semula tangan aku dan pusingkan badan ke arah lain. Zia? Dia buat apa datang sini?! Kenapa?!
" Fia. Abang tak tahu pun dia nak datang. Lokman yang cakap. Last minute sebab ada benda nak bincang sikit. Lagipun dia still seorang polis."
Aku merengus geram. Tanda tak termakan pujukan Usyair.
" Fia.."
Aku tepis tangan dia yang nak sentuh bahuku. Aku jeling dia tajam.
" Abang suka la kan dia datang? Abang memang tunggu dia kan? Abang kan suka dia."
Aku tak dapat kawal rasa marahku. Usyair dah serius melihat aku. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.
" Apa yang Fia cakap ni?"
Aku tersenyum sinis.
" Sebab dia suka abang! Dia sayang abang! Itu fact!"
Terus aku keluar daripada situ bersama perasaan marah dan benci. Argh! Kenapa dia mesti ada?! Semua orang dalam rumah ni berpura-pura tak tahu ke buat-buat tak tahu apa yang dia dah buat dekat aku! Argh! Aku benci semua orang!
" Fia!"
Abang dah memanggil dari bawah. Aku tetap tak tersenyum tapi aku cuba kendurkan wajahku yang ketat ini. Aku turun ke bawah dengan rasa geram. Tapi nampak je muka Kak Dahlia. Automatik bibirku mengukirkan senyuman manis.
" Akak!"
Aku terus peluk tubuh akak Dahlia yang nampak semakin cantik itu. Pelukan aku turut dibalas erat. Kami sama-sama ketawa saat meleraikan pelukan.
" Fia sihat? Lama tak jumpa Fia."
" Alhamdulillah. Sihat je kak. Akak?"
" Sama macam Fia."
YOU ARE READING
Dendam Cinta
عشوائيUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...