Part 17

6.8K 184 1
                                    

Dari mama, papa sampai la abang tengok aku macam aku ni sakit besar. Sedangkan aku dah sihat. Dah boleh keluar hospital. Tapi keprihatinan mereka tu membuatkan aku kena duduk hospital sehari lagi. Aku kerling Usyair pula.

Aku berterima kasih dekat Usyair. Dia tak cakap apa dah jadi dekat aku. Dia just cakap rumah kami hampir dirompak dan aku hampir menjadi mangsa bunuh. Mujur Usyair sempat balik dan selamatkan aku. Biarlah tiada sesiapa pun yang tahu hal ni melainkan Usyair.

" Makan buah ni sayang. Bagi cepat sembuh."

Mama memberikan aku buah epal yang telah dipotong kecil-kecil. Aku sambut dan masukkan ke dalam mulut. Aku kunyah sampai habis. Lepas satu sampai habis buah epal yang mama beri tu aku makan. Kenyang jadinya. Baru la puas hati semua orang kan?

" Papa dan mama balik dulu. Jangan lupa pesan mama tu."

Aku angguk lantas tunduk salam mama dengan pelukan erat. Selepas mama dan papa keluar, tinggallah abang dengan Usyair. Aku senyum kecil dekat abang. Sebab dari tadi muka macam tak puas hati. Senyum pun tak. Cakap apatah lagi.

" Mama dan papa dah balik. So, aku rasa dah boleh kot cakap benda yang sebenar."

Aku dan Usyair terkedu. Kami saling merenung sebelum mengalihkan semula pandangan dekat abang. Aku sangka dah selesai dah. Lagipun semalam aku tengok abang okay je bila dengar penjelasan abang. Tetibe dah hari kedua aku dekat hospital dia nak ungkit?

" Benda apa yang kau maksudkan ni?" Soal Usyair ingin tahu.

Abang mendekati aku. Dia belek wajahku dengan renungan tajam. Lepas tu dia tersenyum sinis.

" Kalau betul adik aku hampir kena bunuh, mesti wajah dia penuh dengan lebam. Then tangan dan badan dia pun mesti la banyak kesan merah sebab kena pukul. Tapi hanya pipi dia yang merah. Lagi satu, leher dia penuh dengan kesan gigitan and merah. Macam kena paksa. Aku saja tak nak cakap semalam sebab aku tunggu masa yang sesuai. So, explain?"

Aku hampir ternganga dengar penjelasan abang. Usyair pun sama. Oh lupa. Dia kan polis. Penyiasat pula tu. Memang sah la senang tau. Nak tipu dia? Memang tak la.

" Abang.."

Aku cuba nak memujuk tapi abang still macam tadi. Wajah tegas dipamerkan.

" Dia hampir dirogol."

Akhirnya Usyair katakan perkara yang sebenar. Aku pula Cuma tunduk tengok bawah. Takut nak tengok abang.

" Aku dah agak!"

Abang nampak kesal. Dia meraup wajahnya perlahan dan mengeluh kecil. Dia duduk sebelah aku dan usap kepalaku perlahan.

" Siapa buat?"

Aku menggelengkan kepalaku. Tanda tidak tahu dan tak kenal pun.

" Dia dah ada dalam penjara. Kau jangan risau." Ujar Usyair.

Abang bangun dan berdiri berdepan dengan Usyair.

" Nasib kau cepat Usyair."

Usyair menarik senyuman hambar.

" Salah aku juga. Aku terlambat. Aku dah janji tak nak dia disentuh orang lain. Tapi bangsat tu!"

Usyair kembali marah dan abang tarik Usyair ke dalam pelukan. Bagi menenangkan Usyair. Aku yang tengok dah rasa sebak kembali.

" Aku faham perasaan kau Usyair."

" Aku sepatutnya balik lebih awal. Aku sepatutnya lindungi dia. Tapi aku.."

Abang tepuk-tepuk belakang Usyair seraya memujuk. Aku ketap bibir. Menahan diri daripada menangis.

" Patutlah sehari sebelum tu aku rasa tak sedap hati je. Fikir yang bukan-bukan. Bila dia chat aku. Aku rasa lega sangat. Tapi bila dia kata dia macam diperhati. Aku terus rasa tak sedap hati balik. Then cepat-cepat aku balik walaupun sebenarnya aku kena balik semalam bukan hari sebelumnya."

Dendam CintaWhere stories live. Discover now