Kerusi kosong depan aku ditarik seseorang. Aku Cuma diam sambil memerhati sekeliling. Agak dah boleh tenang barulah aku toleh memandang insan depan mata aku saat ini. Jelas riak wajahnya saat ini sangat terkejut melihat aku. Aku Cuma tersenyum hambar.
" Ya Allah! Kau dah kenapa ni beb?"
Laju saja tangannya membelek wajah aku. Balik je Penang semalam aku terus ke butik Syikin. Depan butik dia aku tunggu. Kira aku tidur dalam kereta je semalam. Pagi ni bila dia dah buka butik barulah aku munculkan diri. Tu pun dia marah sebab tak contact dia. sekarang ni aku ada dalam butik dia.
" Aku okay je. Kau apa khabar? Sihat?"
Dia merengus tak puas hati. Sebab aku tukar topik.
" Aku dan Azlan okay je. Masalahnya kau! Apa dah jadi ni? Eh! Kau tak pergi kerja ke? Tak mengajar?"
Aku tersenyum lagi. Aku gelengkan kepalaku.
" Aku ambil MC. Aku dah maklumkan dekat rakan sekerja aku. Syikin. Boleh tumpangkan aku dekat butik kau ni untuk sehari? Sehari je! Please!" Rayuku dengan muka kesian.
Syikin terdiam dan memandangku tajam. Gaya tu dah macam nak soal siasat.
" Cerita dulu apa yang dah jadi. Family kau tahu tak ni?"
Aku Cuma gelengkan kepala. Tanda tidak tahu. Tiada sesiapa pun tahu kepulangan aku semalam. Phone pula aku dah off. Mesti sekarang mereka risau gila kan? Aku tak patut buat macam tu. Aku kena maklumkan. At least mama tahu. Ya Allah. Rasa berdosa pula.
" Ya Allah kau ni!"
Tiba-tiba Syikin hulurkan phone dia ke arah aku. Aku tengok dengan kerutan di dahi.
" Kenapa?"
" Telefon mama kau sekarang. Aku tak kira. Aku tak nak bersubahat. Apa pun jadi mama kau mesti tahu." Tegas dia menyuruh.
Mahu tak mahu aku ambil phone dia dan dail nombor mama. Mama je yang aku boleh beritahu. Kalau aku call abang. Mesti kena sound dan sembur cukup-cukup.
" Helo."
Aku ketap bibir. Rasa nak menangis je dengar suara mama.
" Ma.." Panggilku perlahan. Bersama esak yang cuba ditahan.
" FIa? Fia ke tu? Ya Allah Fia! Kamu pergi mana? Mama dan papa risau sangat ni sayang. Kenapa tak balik lagi?"
Aku halakan pandanganku ke atas. Menahan diri daripada menangis.
" Maafkan Fia ma. Fia tahu Fia salah. Tapi mama jangan risau. Fia okay. Esok Fia balik. Fia ada kerja sikit."
Syikin dah merenung aku tajam. Aku tipu lagi. Tapi aku terpaksa.
" Betul ke ni Fia okay?"
" Ye ma. Fia okay. Mama jangan risau okay."
" Yala. Tapi apa-apa yang terjadi call mama."
" Ye ma. Thanks. Bye ma. Assalamualaikum."
" Waalaikumussalam."
Selepas tamatkan panggilan aku serahkan semula phone pada Syikin. Syikin menyambutnya dengan keluhan kecil.
" What's happen Fia? Tell me! Jangan ada satu pun yang tertinggal."
Aku mengeluh kecil. Wajahku diraup perlahan.
" Janji kau jangan beritahu sesiapa. Termasuk Azlan. Even family aku pun."
" Fine! Cepat cerita."
YOU ARE READING
Dendam Cinta
De TodoUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...