Bagai pinang dibelah dua pasangan pengantin yang tengah bersanding itu. Aku tersenyum panjang melihat wajah bahagia mereka berdua. Alhamdulillah. Moga jodoh abang dan akak berpanjangan hingga ke Jannah. Aku kerling Luthfi dekat sebelah.
Aku singgul bahunya perlahan. Dia macam baru tersentak daripada lamunan dan melihat ke arah aku dengan wajah terpinga-pinga. Aku tersenyum sinis.
" Teringatkan makwe la tu?"
" Mana ada. Aku Cuma bahagia tengok abang bahagia."
Aku tersenyum dan memandang ke arah abang dan akak semula.
" Aku ingat lagi masa kita kecil dulu. Dia la yang paling banyak berkorban demi kita terutama aku. Dia paling sulung dan dia juga dah jadi macam papa bila papa tak ada."
Betul. Dulu abang la paling banyak berkorban demi kami. Dulu kami hidup susah. Papa pula masa tu masih dalam latihan untuk menjadi inspektor polis selepas berhenti menjadi seorang pengawal sekolah.
Abang sebagai anak sulung tak pernah merungut malah turut bekerja keras demi kami berdua. Tak nak kami berdua rasa kesusahan dia. Mama masa tu hanya buat niaga kecil-kecil saja. Jual nasi lemak depan rumah. Alhamdulillah. Rezeki kami masih ada. Masa tu juga rumah kami kecil je. Just rumah kayu. Tu pun rumah sewa.
Sampai umur abang 14 tahun, papa berjaya menjadi Inspektor polis. Papa berusaha bertahun demi tahun sampai kami berjaya hidup senang macam sekarang. Abang pun sama. Dia langsung tak marah dan sedih bila fikir keadaan kami masa tu. Malah terus bagi kami semua sokongan. Dia memang seorang abang yang baik.
" Dia abang yang baik." Sambungku dengan senyuman manis.
" Ya. Dia memang seorang abang yang baik. Aku pula rasa macam tak guna sebab tak mampu nak balas budi abang. Dia dah kahwin. Masa kami berdua pendek sangat. Aku rasa macam aku adik yang tak guna."
Aku paut bahu Luthfi yang kelihatan sedih itu. Aku usap bahunya dan menarik senyuman manis.
" Dia tetap abang kita Luthfi even dia dah kahwin. Kau dah balas budi dia dengan menjadi macam sekarang. Tak lama lagi dah jadi doktor yang diiktiraf. So itu hadiah kau untuk dia. Jangan cakap macam tu lagi. Ini hari bahagia dia. jangan buat dia sedih."
Luthfi tertawa kecil dan menganggukkan kepalanya. Kami kembali memandang ke arah abang yang tengah tersenyum bahagia itu. Abang. Terima kasih. Kami bangga abang jadi abang kami.
" Aku pun beruntung dapat kak macam kau Fia."
Aku kerling sekilas ke arah Luthfi.
" Aku pun sama. Untung dapat adik macam kau walaupun nakal." Ujarku selamba.
" Haha. By the way aku dah tak balik UK sebab dah selesai tugas aku. Lepas ni aku sambung dekat Malaysia saja. Dalam 6 bulan then aku akan menjadi seorang doktor yang diiktiraf."
Aku tengok dia tak percaya. Aku usap rambut dia perlahan lantas tersengih.
" Alhamdulillah. So kau bolehlah rawat masalah kakak kau ni kan?"
Dia menoleh ke arah aku dengan jongketan di kening.
" Sekarang pun boleh. Aku memang dah jadi seorang doktor Cuma belum disahkan je lagi. Kenapa dengan kau?"
Aku menjongket bahu tanda tak tahu.
" kau doktor apa?"
Aku sampai tak tahu dia doktor bahagian apa. Hahaha.
" Doktor cinta."
Jawapan dia yang selamba tu membuatkan aku sekeh kepala dia. Dia Cuma tergelak bila tengok reaksi aku.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...