Part 20

6.7K 189 4
                                    

" Fia!"

Aku tersentak. Aku buka mata je dah ada dalam satu suasana. Dan suasana sekarang ni adalah rumah aku. Di ruang tamu. Dan itu aku. Aku mendekati jasad aku satu lagi. Dia tengah membaca surat khabar. Aku baca tajuk akhbar itu dan aku terkedu.

Seorang perempuan dibunuh dengan kejam

" Seorang perempuan dijumpai mati di sebuah rumah usang dalam keadaan berdarah dan pisau diperutnya. Dikatakan perempuan ini menjadi tebusan seorang penculik tapi tidak berjaya diselamatkan bila penculik tersebut berjaya melarikan diri selepas membunuh perempuan tersebut."

Tiba-tiba ada cahaya putih menerpa ke arah mataku sampai aku terpaksa pejamkan mata. Bila cahaya itu hilang aku buka mataku semula. Dan aku terkedu bila aku berada di hadapan balai polis dan berdepan dengan Usyair dan abang. Jasad aku pun turut ada di situ. Dan telingaku dapat mendengar perbualan mereka.

" Lokman!"

Aku mendongak ke depan. Lelaki tadi memanggil abang aku.

" Ha. Kenapa?"

" Aku takkan ubah fikiran aku."

" Tapi kau dengar kan apa papa aku cakap tadi?"

" No! Aku takkan beralah. Cukuplah sekali aku ikut kata papa kau sampai Su mati!"

Aku terdiam. Saat ini masa aku tak kenal Usyair lagi. Su? Aku rasa nak terjatuh tapi sekali lagi aku dibawa ke satu tempat. Air mataku nak mengalir bila suasana saat ini aku berada di sisi abang.

" You will know soon. But, he such a kind person Fia. Just for the one reason. He's changed a lot. Sebab tu Fia nampak dia dingin dengan Fia. Dia dah tak ngam dengan perempuan. Dia benci semua perempuan dan dia keraskan hati dia. Sebab tu dia jadi macam tu. Tapi dia seorang yang baik Fia. Abang tak cerita sebelum ni sebab abang tak nak Fia fikir fasal dia. Sebab abang sendiri pun serabut fikir fasal dia."

Aku tersenyum hambar. Dia dah berubah ke abang? Dia dah tak jadi dingin seperti sebelum ini dan apa yang menyebabkan dia berubah? Maksud abang dulu mesti sebab arwah kekasih dia kan?

" FIa! Tolong! Jangan benci Usyair! Please dengar penjelasan dia dulu baru kau nak benci dia."

Tiba-tiba ada satu suara berkata. Aku melihat sekeliling mencari suara itu tapi tiada. Aku jadi takut.

" Aku sakit hati tengok kau Fia. Dia layan kau cukup baik tapi apa yang kau buat? Sebab Zia kau percaya? Yes tak salah tapi jangan bertindak melulu."

Sekali lagi suara itu berkata sampai akhirnya aku terduduk dan menutup kedua-dua telingaku. Tak nak dengar! Tak nak dengar! Arh!

**

" Fia! Fia! Bangun sayang!"

Aku tersedar saat terdengar suara Usyair. Tercungap-cungap aku bangun dan melihat sekeliling. Ya Allah. Aku bermimpi. Tapi mimpi tu terkesan sekali dekat hati aku. Sekali lagi air mataku mengalir ke pipi tanpa aku pedulikan renungan risau Usyair.

" Ya Allah. Fia. Kenapa ni?"

Teresak-esak aku menangis bila mengingatkan mimpi tersebut. Aku rasa diri aku paling lemah saat ini.

" Fia..."

Dia ingin menarik aku ke dalam pelukannya tapi aku tepis. Aku masih tak boleh termakan pujukan dia. Aku perlukan masa. Aku tengok dia dengan mata yang penuh air mata. Dia kasihan tengok aku dan ingin memujuk.

" Usyair. Siapa Suraya?"

Dia nampak terkejut saat aku sebut nama Suraya. Wajahnya berubah menjadi sayu. Tapi dia masih beriak tenang. Tangannya cuba mencapai tanganku tapi aku tolak lagi.

Dendam CintaWhere stories live. Discover now