Part 29

6.1K 153 2
                                    

Sedar tak sedar dah seminggu berlalu semenjak peristiwa aku balik dari UK sebelum ni. Dan aku dah kembali menetap dengan Usyair di rumah dia. Bukan dekat rumah orang tuaku. Aku pun dah tak kerja so memang rutin aku setiap hari kemas rumah, masak dan seangkatan dengannya yang lebih digelar suri rumah.

Aku tak rasa teruk sebab ini tanggungjawab aku. Aku pun rasa tak menyesal berhenti kerja sebelum ni. Tapi rindu jugalah nak jadi seorang guru balik. Maybe lepas aku bersalin. Maybe kot. Aku kerling jam. Dah pukul 5 petang. Selalunya time ni suami aku dah dalam perjalanan pulang ke rumah.

Aku menuju ke ruang tamu dan duduk di sofa. Penat duduk aku baring pula. Sambil mengiring ke arah televisyen. Aku rasa letih lately ni. Yala. Sebelum ni mana pernah buat kerja macam ni. Kerja pun tak sepenat ni. Pembawakan budak sama kot. haih sayang. Mama tak sabar nak tunggu kamu keluar.

Agak lama aku baring sampai aku tak sedar aku tertidur. Aku tersedar pun selepas dengar bunyi enjin kereta. Aku bangun duduk sambil menggosok mata. Aku tengok jam. Ya Allah. Dah pukul 7 petang ke. Lambat suami aku balik hari ni.

Aku bangun dan berdiri depan pintu. Dia keluar daripada kereta dengan wajah yang lesu. Maybe letih dengan kerja. Dia masuk dan macam biasa dahiku dikucupnya terlebih dahulu sebelum mengajak aku duduk di sofa. Aku duduk sebelah dia dengan rasa kesian.

" Lambat abang balik hari ni. Banyak sangat ke kerja dekat balai tu?"

Dia tersenyum dan merebahkan kepalanya dekat kepala sofa.

" Biasalah sayang. Maaf abang tak inform balik lewat hari ni. Tak sempat. Papa buat meeting tergempar tadi. Tu yang baru sampai. Sayang dah makan?"

Aku menggelengkan kepalaku. Masak pun belum. Tertidur punya fasal.

" Fia tertidur tadi. So tak sempat nak masak lagi. Abang pergi la mandi dulu. Fia pergi masak."

Baru je aku nak bangun, lengan aku ditarik lembut. Aku terduduk kembali.

" Malam ni kita makan luar la sayang. Abang kesian tengok sayang. Dah lah tengah mengandung."

Aku tersenyum nipis.

" Baru tiga bulan la bang. Jangan risau okay?"

" Nop! Malam ni kita makan luar. Jom pergi siap. Lepas maghrib kita keluar."

Mahu tak mahu aku ikut juga apa yang dia kata. Bagus juga sebab aku dapat berehat. Haha.

**

" Dah sampai. Jom."

Wah. Nasi kandar dia bawa aku. Cantik. Baby. Kita makan nasi kandar malam ni. Haha. Aku ikut langkah dia sampai ke meja kosong. Kami duduk dan order makanan. Then aku tengok sekeliling. Ramai juga orang malam-malam macam ni. Aku toleh semula ke arah Usyair dan aku tersentak kecil. Elok je dia tengok aku saat ini. Tak lepas mata dia tengok. Aku jadi segan.

" Kenapa tengok Fia macam tu?" Soalku dengan malu.

" Saja. Rindu. Sayang cantik la malam ni. tergugat abang tau tak?"

Terlepas tawa kecilku saat dia berkata demikian.

" Cantik? Abang. Isteri abang bukannya pakai make up pun. Bedak je kot. Dah tu just sarung je tudung apa yang sempat dicapai tadi. Tshirt dan skirt. That's all abang."

Lainlah aku bermake up dan pakai dress ka apa. Baru cantik.

" Isteri abang pakai apa pun cantik. Trust me."

Aku tersengih Cuma. Makin sweet talker suami aku ni.

" Kejap. Abang nak ke tandas."

Selepas kelibat Usyair hilang. Aku fokus pada keadaan sekeliling. Sampai naik bosan aku jadinya. Bila makanan dah sampai Usyair masih beum sampai. Lamanya dekat toilet tu. Aku tengok je nasi kandar depan aku ni tanpa niat untuk menjamah terlebih dahulu. Nak tunggu suami tercinta.

Dendam CintaWhere stories live. Discover now