3.

34.4K 1K 10
                                    

"DARLING.."

"Wake up baby, it's already morning" kejut Aiden sekali lagi apabila masih tiada tanda-tanda yang menandakan Ilya mahu bangun dari tidurnya.

"Ish! I penatlah honey" Ilya memandang Aiden yang sedang membetulkan tali lehernya sambil menenyeh matanya yang sedikit pedih apabila terkena sinaran cahaya matahari.

"Ni you siap-siap nak pergi mana?" Ilya menarik lagi selimut sampai kearas dadanya. Patutlah sejuk semacam, hampir dia terlupa yang ditubuhnya langsung tiada secebis kain pun.

"I ada meeting. Kalau you nak breakfast just call Mak Timah. I pergi dulu" Aiden mencium pipi kanan Ilya kemudian dia terus berlalu keluar. Semasa dia sedang asyik membutangkan lengan baju kemejanya, kakinya automatik melangkah kearah bilik Wardah.

Pelik, biasanya Wardah akan mengetuk pintu biliknya setiap waktu pagi untuk mengejutkan dia dan semua perempuan yang pernah 'tidur' bersamanya. Sudah menjadi rutin Wardah setiap pagi.

Pintu bilik yang diperbuat daripada kayu jati itu diketuk perlahan-lahan. Nama Wardah juga dilaung dari luar bilik tersebut.

Diam.

Pintu diketuk sekali lagi dan nama Wardah juga diulang beberapa kali.

Diam juga. Bilik itu seperti tidak berpenghuni.

Tombol pintu itu dipulas. Serta-merta permandangan bilik Wardah yang dicat berwarna ungu gelap itu menghiasi pemandangannya. Nama Wardah dipanggil sekali lagi. Setelah pasti tiada yang menyahut, terus sahaja Aiden memeriksa semua kawasan bilik itu.

Katil, kosong.

Bilik air, pun kosong.

Almari, kosong jugak!

Serta-merta wajah Aiden membahang. Iris matanya bertukar gelap. Kuat dia mengetap giginya. Nalurinya kuat mengatakan bahawa Wardah sudah melarikan diri dari rumah ini.

Sejauh mana kau lari,

Tempat kau tetap dibawah neraka aku!

Bisik hatinya, kejam.

Senyum sinis diukirkan. Wajah kembali tegang seperti biasa. Penumbuknya terlayang ke arah cermin meja solek Wardah. Bersepah kaca diatas lantai.

Tangan yang sakit dan berdarah itu tidak dipedulikan olehnya. Hatinya lagi sakit mengenangkan Wardah berani lari darinya. Dengan perasaan yang bengang dia terus meluru kebawah untuk memeriksa rakaman kamera litar bertutup (CCTV).

Guard ada lima, tapi haram semua kerja makan gaji! Desis hatinya.

"Buka rakaman malam tadi" Aiden memberi arahan kepada salah seorang pengawal keselamatan yang sedang duduk berhampirannya.

"Kau nampak tak apa yang aku nampak?" Wajahnya memerah kembali. Jari telunjuk ditunjukkan kearah seorang perempuan yang sedang berjalan keluar daripada pagar rumahnya didalam video rakaman kamera litar tertutup tersebut.

"Maaf Tuan, kami tak perasan" Pengawal keselamatan yang lain mula menggigil ketakutan.

Tengok mata Aiden pun mereka sudah gerun, apatah lagi bila tangan majikan mereka itu sudah bergerak ke meja berhampirannya lalu mengambil pistol glock 17 yang disediakan disitu.

"Macam mana korang buat kerja?! Bodoh! Makan gaji buta ke apa?!" Suara Aiden mula memetir kuat. Picu pistol itu ditarik dan...

Bang!

Bang!

Bang!

Bang!

Empat das tembakan dilepaskan tepat mengena jantung 4 orang pengawal keselamatan disitu, manakala lagi seorang tidak ditembak kerana dia masih memerlukan pengawal keselamatan itu sebelum dia mengupah pengawal keselamatan yang lain.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now