"Kau dah pergi khursus nikah ke belum?" Soal Aiden dengan wajah dinginnya. Matanya tajam memerhati Wardah.
Belum sempat Wardah mahu membuka mulut, laju Aiden menyambung semula. "Aku tahu kau belum pergi. Esok aku nak kau standby pergi khursus nikah"
Wardah meneguk liurnya. Daripada tadi dia menunduk kerana takut mahu bertentangan mata dengan lelaki dihadapannya ini.
"Pandanglah aku bila aku bercakap!" Bergema suara Aiden didalam rumah agam yang sunyi ini. Mungkin penghuni-penghuni disini sudah tidur kerana sudah lewat malam.
"M-maaf Encik..." Tergagap-gagap dia meminta maaf pada Aiden. Mercerlung mata Aiden apabila dipanggil 'Encik'.
"Panggil aku Tuan! Starting from now, aku Tuan kau walaupun kita dah kahwin nanti. Faham tak?" Pipi Wardah dicengkam kasar. Wardah mengangguk faham bersama linangan air mata yang sudah membasahi pipinya.
Dia sungguh takut dengan lelaki dihadapannya ini. Sudahlah dia langsung tidak mengenali lelaki ini. Sedar-sedar dari pengsannya semalam, dia sudah berada didalam rumah agam ini. Seingatnya hari sebelum dia diculik, dia dan Riana sedang mencari kerja di bandar Kuala Lumpur ini.
Tiba-tiba ada satu kereta mewah berjenama Vellfire berhenti disebelah Wardah ketika mereka berdua sedang berjalan menuju ke bustop sambil berbual-bual sebelum mulut Wardah ditekup dengan kain dan kemudiannya dia langsung tidak sedarkan diri.
Perkara terakhir yang dilihatnya adalah Riana sedang bergelut dengan 2 orang lelaki berbadan besar untuk menyelamatkannya.
Abang, tolong selamatkan adik.. Rintihnya didalam hati.
"Bagus, sekarang ni aku nak ajar kau cara nak layan aku.." Aiden terseringai jahat dan merapatkan wajahnya ke wajah Wardah.
Wardah meronta-ronta sambil tangannya memukul dada serta bahu Aiden dengan kasar.
"Lepaskan saya! Tolong jangan!" Tenggelam timbul suara Wardah apabila Aiden mencumbuinya dengan kasar. Sedaya upaya dia cuba menolak wajah Aiden namun Aiden tetap dengan pendiriannya.
"Shut up bitch! Aku nak rasa juga kau sebelum kita kahwin ni" Aiden melepaskan bibir Wardah yang kelihatan sedikit membengkak itu. Tercungap-cungap, seperti orang tidak cukup nafas Wardah dibuatnya.
Tangannya naik mengelap bibirnya. Sumpah dia jijik! Ciuman pertama yang sepatutnya menjadi milik bakal suaminya sudah diragut oleh orang lain.
"Buka baju kau sekarang!" Arah Aiden dengan suara tanpa nada. Bibirnya terukir senyuman sinis.
Ni baru sikit, Wardah. Lepas kita kahwin nanti, sehari pun kau takkan dapat lepaskan diri dari aku. Desis hatinya.
"Kenapa aku kena ikut cakap kau?" Wardah cuba melawan Aiden. Hakikatnya, dia pun sudah kecut perut apabila wajah Aiden mula menyinga.
"Kau tanya aku kenapa?" Aiden membuka satu persatu butang baju kemejanya sambil kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah Wardah.
Wardah turut mengundur kebelakang apabila Aiden semakin mendekat. Tiba-tiba kakinya ditarik dan tubuhnya terlentang diatas katil. Aiden mengambil kesempatan itu untuk menghempap tubuh Wardah.
"Sebab aku tuan kau! Kau takkan terlepas dari neraka aku sampai mampus pun!" Wajah Wardah ditampar kuat sehingga bibirnya terasa pecah. Darah pekat mengalir ditepi bibir Wardah.
"Lepaslah setan! Apa salah aku?!" Wardah cuba melawan lagi.
"Asal kau culik aku ha?! Kenapa aku?!" Aiden mengetap rahangnya. Darahnya mula mendidih.
YOU ARE READING
Wardah Arinna ✓
RomanceWardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya tidak pernah pudar walau sedikitpun. Wardah cuba bertahan untuk terus hidup didalam neraka yang di...