21.

19.9K 537 1
                                    

"RIZ, he's already out" Aiden memicit pelipisnya perlahan dengan mata yang terpejam. Serabut kepala dia. Lepas satu masalah selesai, datang lagi satu masalah.

"Siapa?" Hariz menggaru lehernya. Dia pandang Aiden dengan dahi berkerut-kerut. Kenapa sahabat dia ni nampak macam tertekan sangat?

"Boy lah bengap!" Pen yang berada diatas meja kerja Aiden singgah diatas kepala Hariz dengan kuat.

"Sakitlah jebon!" Hariz mengusap lembut bahagian kepalanya yang diketuk Aiden tadi.

"Boy? Kenapa awal sangat? Bukan patut lagi 2 tahun ke? Ke dia lari dari penjara? or dia dah insaf?" Tajam pandangan Aiden terhadap Hariz.

Banyak tanya macamlah Aiden ada semua jawapan itu.

"First, aku tak tahu. Second, aku tahu. Third, aku tak tahu and fourth aku tak tahu" Selepas Aiden sumbat Boy dalam penjara, dia sudah tidak peduli tentang lelaki itu.

Pandai kantoi, pandai tanggung akibat sendiri lah.

"Kalau dia nak balas dendam macam mana bro?" Aiden menggeleng. Tak mungkin. Dia mana ada banyak pengaruh tapi dia ada banyak muslihat.

"Aku takut dia berkomplot dengan Ilya nak jatuhkan aku sekaligus buat aku melutut dekat dia"

Jangan ingat Aiden bodoh, Aiden pernah nampak Ilya jumpa dengan Boy dulu sebelum Boy meringkuk dalam penjara lagi.

"Dahtu kau nak buat apa sekarang ni? Takkan nak duduk diam je" Aiden menggeleng lagi. Dia juga buntu namun dia tidak akan sesekali berdiam diri.

Hal itu akan meletakkan nyawa Wardah dalam bahaya.

"Think carefully. If you need my help, aku sedia membantu. Aku keluar dulu" Hariz menepuk lembut bahu Aiden kemudian dia terus keluar dari ruangan pejabat Aiden.

Runsing sangat nampaknya sahabat dia tu. Dia sendiri kenal sangat perangai Boy yang penuh muslihat itu.

"Tak boleh jadi ni, aku mesti selalu protect Wardah"

Tidak kisahlah dengan cara apapun, asalkan Wardah selamat dari ancaman jahat. Dia bukannya selalu ada dekat dengan Wardah.

"KAK, ada orang tinggalkan note dekat akak atas meja hujung sana" Afiq meletakkan pesanan tersebut diatas meja kaunter.

Hati-Hati Wardah Arinna.

Hati-hati apa?

Dia pun malas nak ambil pusing jadi selepas meminta diri, Afiq terus berlalu pergi.

Wardah meneliti betul-betul kertas tersebut. Kenapa dia perlu berhati-hati?

Meja dihujung sana...

Matanya memandang meja dihujung sana. Bukankah itu meja lelaki yang merenung dia dan Aiden seperti tidak berpuas hati tengah hari tadi?

Dia kenal aku ke?

Muka macam perogol bersiri, baju pun nampak lusuh je. Orang tu baik ke jahat eh?

Tiba-tiba perasaan yang tidak enak menyerbu hatinya.

Ya Allah, apa lagi ujian yang akan datang nanti.

Akhirnya, dia termenung sendiri dimeja kaunter tersebut ditemani rasa gundah.

Disaat dia baru sahaja mahu mengecapi bahagia bersama Aiden, terlalu banyak ujian yang menimpa mereka.

Adakah kebahagiaan mereka itu satu kesalahan bagi mereka?

"Kak, kami semua nak balik ni.Akak taknak balik ke?" Wardah tersentak dari lamunan panjangnya.

Dah malam rupanya. Patutlah kafe ini semakin kosong.

"Ha ya, balik lah. Kejap lagi akak balik" Jam yang tergantung didinding dijeling sekilas.

10.30 malam.

Sudah tentu suaminya sudah pulang kerumah.

Kelibat Zul dan Yusuf masih tidak kelihatan. Petang tadi dia dah message Yusuf suruh pickup dia pukul 10.30 harini. Tapi tak muncul-muncul pun. Bateri telefon dia pun dah habis. Charger lupa bawa.

Powerbank? Dia mana ada powerbank.

"Akak balik naik apa ni? Kalau Tuan tak jemput, saya boleh tumpangkan"

Wardah pandang Balqish yang sedang menunggu jawapannya. Bibir bawahnya digigit kemudian dia memandang kearah pintu masuk kafe.

Yusuf dengan Zul pun tak sampai lagi. Dia pun rasa tak sedap hati dengan nota tadi. Jadi Wardah rasa dia patut terima tawaran Balqish. Teragak-agak dia menganggukkan kepala.

"Bolehlah, tak apa ke menyusahkan awak?" Balqish menggeleng.

"Bukan salah pun nak tolong orang kan?" Wardah mengangguk. Dia segera mencapai beg tangannya lalu lampu dan pendingin hawa kafe ini dimatikan. Membazir kalau tak matikan, bukannya ada orang pun.

Tanpa Wardah sedar, sejak dari tadi lagi ada seseorang yang memerhati gerak-gerinya. Tumbukan didinding dilepaskan lalu nombor seseorang didail.

"Gagal. Dia tumpang orang lain"

Panggilan ditamatkan olehnya sendiri. Buat penat je dia tidurkan sekejap pengawal peribadi Wardah.

Tak apa, kalini kau selamat Wardah. Lepas ini, tengoklah kau takkan terlepas.

Tekadnya didalam hati.

"ALICE, this time plan kita gagal. Aku tak kira! Aku nak plan yang baru jugak!" Herdiknya dihadapan wajah Alice.

Giginya diketap kuat. Rambutnya dicengkam kasar. Sudah seperti orang gila Alice melihat Ilya.

Alice menghembuskan nafas lega. Tidak sanggup dia mahu mendengar berita Boy berjaya merosakkan isteri adik sepupunya.

"Kau fikirlah sendiri" Alice membuang pandangannya ketempat lain. Bebola matanya digulingkan tanda menyampah. Pandang muka betina ni lama-lama boleh buta mata dia.

"Kau suruh aku fikir? Kau ingat kau siapa?" Alice mendesis kesakitan apabila Ilya menarik rambutnya.

"Sakitlah bodoh!"

"Apa kata, kau buat Aiden takut. Kau buatlah apa-apa pun janji dia takut" Alice mengerutkan keningnya. Pula dah?

"Contohnya?"

"Contohnya..." Ilya senyum sinis. Dia sudah tidak peduli jika nyawa orang lain terancam, asalkan dia bahagia.



Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now