48

13.4K 359 6
                                    

FROM ; Useless Hariz

Den, mamak jom. Bosan ah

Eh, eh mamat ni. Dah ada bini pun bosan lagi. Cuti-cuti ni lah masa orang nak sibuk dengan family.

Aiden teruskan membaca whatsapp seterusnya daripada Hariz.

Aku ada benda nak bagi ni.

Laju tangan Aiden menaip.

To : Useless Hariz

Apa benda? Aku tengah busy dengan bini aku ni.

From : Useless Hariz

Entah ler, bini aku ws aku suruh bagi kat kau. Nampak macam plastic vitamin.

To : Useless Hariz

Okay, 15 min aku sampai.

Telefonnya terus dioffkan. Selimut yang terlondeh hampir menampakkan dada Wardah dibetulkan semula. Rambut isterinya yang sedang terlena dibuai mimpi itu dibelai.

Disebabkan hari ini dia cuti, jadi mereka berdua plan untuk tengok movie diruang tamu sehingga lewat malam. Selepas itu, digantikan pula aktiviti suami isteri mereka diatas katil sehingga azan subuh berkumandang.

Usai solat Subuh, mereka sambung seround lagi dan barulah selepas itu Wardah mengadu sakit pinggang serta matanya juga sudah mengantuk. Aiden? Jangan ditanya, dia awal-awal lagi sudah siap sediakan mata dia supaya segar sepanjang aktiviti mereka.

Sehingga sekarang sudah masuk tengah hari lagi matanya masih segar. Kasihan juga dia melihat isterinya penat melayan dia. Sudahlah Wardah sedang berbadan dua, perutnya juga sudah besar. Tersengih Aiden apabila terlupa tentang hal satu itu.

Sticky notes dan pen dicapai lalu dia menulis sesuatu.

Abang lepak mamak jap dengan Hariz. Nanti petang sikit baru abang balik. Sleep tight, baby rose.

Lots of love,
Your handsome and sweet hubby.

Dahi Wardah dikucup lama sebelum tuala dicapai lalu tergesa-gesa dia menuju kedalam bilik air untuk membersihkan diri.

————

"YOUR handsome, yeww–" Wardah membuat aksi geli geleman apabila membaca note daripada Aiden.

"And sweet, ha yang ni baru betul hubby" Tersenyum-senyum macam orang gila dia dibuatnya. Aiden, tak pernah tak sweet dengan dia.

Perutnya yang besar diusap. "Baby rasa tak apa yang mama rasa?"

Jantung dia, bagai dipalu berkali-kali. Laju betul degupan jantungnya kali ini. Bukan, bukan cinta yang dirasakan tapi ada something yang buruk akan berlaku kepada si suami.

Hati dia rasa macam tak sedap. Cepat-cepat dia beristighfar sambil mengusap dadanya. "Jom baby, kita turun makan"

Lalu, dengan berhati-hati dia menuruni anak tangga untuk ke bawah. Kata Aideena, dia perlu banyak exercise supaya nanti sewaktu mahu bersalin semuanya akan berjalan dengan lancar. Mudah dalam erti kata lain.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now