11.

33.4K 890 11
                                    

PUAS mereka berjalan-jalan mengelilingi shopping mall, Aiden terus memandu kereta menuju ke cafe miliknya.

Tidak banyak barang pun yang Wardah beli. Hanya barangan mandi yang hampir habis dan juga stok makanan ringan. Sejujurnya dia hanya mahu berjalan sahaja, tetapi Aiden mengugut untuk mengurungnya didalam bilik jika dia tidak membeli apa-apa.

Banyak juga mereka berbual dan bergelak tawa tentang bermacam perkara seperti suami isteri yang normal. Wardah rasa bahagia. Perasaan ini sudah lama tidak singgah dihatinya. Melihat Aiden tertawa, jantung Wardah bagai mahu meletup.

Jejak sahaja kedalam cafe itu, Aiden terus membawa Wardah duduk ditempat biasanya. "Sweet roses western cafe" Wardah menggumam kecil nama cafe ini, tangannya lincah membelek menu didalam cafe ni.

"Semua western food. Tekak saya teringin nak makan makanan melayu pulak" Aiden memandang Wardah dengan kedua belah keningnya bertaut. Wardah dah tersengih-sengih macam kerang wangi.

"Nasi lemak dengan sambal sotong" Aiden menggaru lehernya perlahan. "Esok-esok boleh? Hari ini telan lah dulu western food"

Wardah mengangguk dengan muka hampa. Esok pun esoklah, janji dia dapat makan sebab perut dia tengah lapar sangat.

"Order please!"

"Yes sir?" Selesai memesan air dan makanan, pelayan itu terus berlalu masuk ke dapur.

"Wardah," Wardah terus memandang Aiden. Mereka berdua merenung sesama sendiri sehinggalah mata Aiden terkelip kerana pedih.

Wardah tergelak kecil. "Panggil saya sebab nak lawan mata je ke? Baik tak payah lain kali, nanti awak kalah"

Aiden mencebikkan bibirnya. "Eleh kau berlagak"

"Aku nak bagitahu something tapi aku tahu kau mesti terkejut punya" Dia tahu ni masa yang sesuai.

"Awak jangan buat saya takut. Apa bendanya?"

"Cafe ni, aku punya. Tapi nanti aku nak kau yang uruskan. Aku akan pindahkan nama kau sebagai pemilik cafe ni..."

Nama cafe ini pun dia dapat ilham daripada nama Wardah. Memang pada awalnya dia mahu menghadiahkan cafe ini kepada Wardah sebelum mereka berkahwin lagi. Namun dendam menghalang dirinya berbuat demikian.

"So, from today cafe ni hak milik kau. Suka hati kau lah nak buat apa dengan cafe ni janji tak bankrup sudah lah" Wardah sudah ternganga.

"Kejap eh, kejap" Wardah berdiri kemudian bercangkung ditepi meja lalu melihat kebawah meja dan dibawah kerusi. Anak mata Aiden hanya memerhati perbuatan Wardah dengan kening yang berkerut.

"Kau cari apa?"

Wardah melabuhkan punggung diatas kerusi semula. "Saya cari lawak awak, tak jumpa pun?"

Aiden tergelak kuat sehingga menarik perhatian beberapa pelanggan. Tak boleh blah Wardah ni, dengan muka blur dia tu lagi. Mencuit hati Aiden betul.

Selalunya dia rasa nak marah je bila dengan Wardah, tapi kali ini? Siap boleh bergelak tawa lagi. Pelik juga Wardah dengan peel suaminya itu. Dah kena rasuk syaitan ke apa?

"Tak. Saya serious ni. Awak buat lawak ke?" Mati terus gelak Aiden. Dia tersengih kekok lalu mengusap tengkuknya.

"Betul lah, buat apa aku nak melawak?"

Wardah masih tidak faham. Baginya semua ini terlalu mengejut. Tiada angin, tiada ribut. "Tapi kenapa tiba-tiba je?" 

"Selama ini awak benci saya tapi ni mesra alam pula siap kata cafe ni saya punya pula?" Pasti lelaki licik ini mempunyai agenda lain.

Dia kenal sangat dengan Aiden. Bukan mudah lelaki itu mahu berbaik dengan perempuan yang sudah dianggap seperti hamba ini. Wardah mula ragu-ragu dengan perubahan drastik suaminya.

"Sekarang ni aku dah bagi kau kebebasan untuk keluar dan kau persoalkan lagi?"

Bicaranya berjaya membuatkan Wardah terdiam seribu bahasa. Gadis itu merenung wajahnya dengan riak kosong.

Dia duduk tegak lalu badannya dibawa rapat ke meja. "Ke kau nak aku kurung kau sampai bila-bila?"

Membulat besar mata Wardah. Dia tidak mahu lagi terkurung didalam neraka itu!

"Tak, tak. Saya taknak!" Segera dia menepis ugutan Aiden.

Rasanya lebih baik dia menguruskan cafe seperti yang diarahkan oleh Aiden. Daripada duduk dirumah yang seperti neraka. Isteri orang lain makan nasi, dia makan cacian dan pukulan dari suami sendiri.

Lagipun ni impian kau kan Wardah?

Kau dah lupa yang kau ada tulis dalam diari nak buka cafe dulu?

Bibirnya terukir senyuman nipis. "Okay saya akan uruskan cafe ni seperti yang awak nak. Terima kasih sebab bagi kebebasan untuk saya bernafas"

Aiden tersenyum senang. Yelah, senang melihat senyuman bahagia yang terbit dibibir Wardah. Hari ini dia senangkan orang, mana tahu esok-esok gilirannya pula.

Lagipun orang itu bukannya asing lagi bagi dia, isterinya juga.

"Tapi boleh saya tanya satu benda lagi?" Senyuman diwajah Aiden mati semula digantikan dengan wajah asalnya. Kepala dianggukkan bagi menjawab soalan Wardah.

"Jujur jelah dengan saya yang awak ada agenda lain disebalik kebaikan awak ni. Ni ke salah satu strategi untuk lunaskan dendam awak dekat saya?"

Entah dari mana dia dapat keberanian untuk bersuara lantang sebegitu. Kepalanya bagai mahu meletup dengan persoalan yang jawapannya ada pada Aiden sendiri.

Lidah Aiden bagai digam rapat. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia buat semua ini. Hari ini saja sudah banyak mulutnya tersenyum dan tertawa. Tawa bahagia yang sudah lama lupus dalam kamus hidupnya juga kembali semula.

Mungkin benar apa yang dia katakan pada Ilya tadi. Aiden sudah jatuh cinta dengan isteri sendiri!

Tapi dia ego! Dia takut jika cintanya bertepuk sebelah tangan. Aiden juga rasa dia tidak layak untuk mendapat cinta daripada perempuan yang pernah diseksa jiwa dan raganya.

Wajah Wardah bersama kerutan didahinya ditenung. Apa yang Tuhan mahu tunjukkan pada dia hari ini?

Apa yang dia lakukan sehingga hadirnya bidadari seindah Wardah didalam hidupnya yang penuh dosa ini?

"Aku–"

Aiden tidak sempat menjawab apabila pelayan restoran tiba-tiba meletakkan dulang yang berisi minuman dan makanan yang dipesan oleh mereka.

"Makan cepat, lepastu kita balik"






Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now