"KAU ni memang tak guna lah! macam mana boleh kantoi?!" Ilya menengking Boy dalam nada yang perlahan. Bimbang dia pula yang masuk dalam nanti.
"Mana aku tahu yang si Yusuf tu pun ada sekali! Aku nampak si Zul tu je!" Boy pun tidak kurang juga, nada yang keras digunakan.
"Bodoh! Dah, kau mereput lah dalam ni sampai bila-bila! Aku taknak tolong kau lagi!" Jelingan tajam dilontar untuk Boy kemudian dia bersiap-sedia untuk angkat kaki dari situ.
Malas mahu berlama-lama.
"Ilya! Woi perempuan, tolonglah lepaskan aku!" Ilya tidak menghiraukan jeritan Boy. Baginya, Boy sudah tidak berguna lagi.
Dia hanya memerlukan bantuan kakak iparnya yang bodoh itu sahaja. Alice sahaja satu-satunya harapan untuk dia menjayakan misinya.
"Kali ini kau menang Aiden, tapi mungkin tidak untuk masa yang akan datang"
—
"A-ABANG.."
Wardah membuka alat bantuan pernafasan itu lalu menyentuh perlahan lengan Aiden yang sedang lena ditepi katilnya itu.
Kasihan pula dia melihat Aiden terpaksa tidur dalam keadaan duduk dengan kepalanya yang hanya beralaskan lengan sahaja.
"Sayang dah sedar?" Soalan Aiden hanya dibalas dengan anggukan Wardah.
"N-nak Air" Pantas Aiden mengambil botol air mineral diatas meja lalu disuakan kebibir Wardah.
"Sayang okay? Bahu tu sakit lagi tak?"
"Okay cuma rasa sengal tu ada lagi" Hanya anggukan menjadi balasan.
"Abang.." Aiden menjongketkan keningnya.
Wardah mengesot sedikit ketepi katil dan terbentuk ruang yang sedikit luas. Muat-muat untuk Aiden baring sebelah dia.
"Jom baring dengan Wardah.." Aiden mengerutkan keningnya.
"Tak muat sayang, abang takut nanti bahu sayang sakit lepastu sayang tak selesa"
"Baring jelah, Wardah okay..." Wardah tetap berkeras. Dia jatuh kasihan melihat Aiden tidur macam tadi. Nampak tidak selesa langsung.
"Nanti Wardah tak selesa lah, taknak lah abang" Wardah mencebik. Banyak songeh betul!
"Cepatlah abang, baring je" Akhirnya Aiden terpaksa ikut cakap Wardah. Dia pun malas nak gaduh, mata pun dah semakin layu. Rezeki jangan ditolak.
"Muat je, alamak abang ni. Ngada-ngada lah" Aiden mencuit hidung isterinya.
"Iyalah sayang, now boleh tak abang nak tidur? Abang ngantuk lah" Wardah cuba untuk menyentuh pipi Aiden menggunakan tangan belah kanan dia, tetapi sakit yang dia dapat. Terus sahaja dia mendesis kesakitan. Bahu kanannya disentuh, berbalut.
"Jangan banyak gerak sangat sayang" Aiden menegur.
Wardah akur. Tangan Aiden pula naik memeluk pinggang Wardah. Dia melelapkan matanya manakala Wardah, dia sibuk berfikir tentang kejadian semalam.
Jam dinding dikerling sebentar.
3.50 pagi.
Kemudiannya dia mengerling Aiden ditepinya. Sekejap je suaminya sudah terlelap semula. Mesti letih menjaganya.
Tangan Aiden dialihkan, dengan sekuat tenaga dia cuba untuk membangunkan dirinya.
Okay percubaan kali ini berjaya.
Dia cuba untuk berdiri pula.
Berjaya jugak. Bahu yang masih sengal tu disentuh perlahan. Bibirnya diketap untuk menghilangkan rasa sengal.
Dia mengambil trip lalu shawl hitam yang berada didalam laci mejanya disarung ala kadar menggunakan lengan kirinya.
Dengan langkah yang berhati-hati, dia berjalan keluar dari wadnya. Sebaik sahaja tiba diluar, kelihatan Yusuf dan Zul sedang tidur diatas kerusi yang disediakan.
Dia tertawa lucu apabila melihat gaya tidur mereka berdua yang cukup mencuit hati.
Dia berjalan lagi sehingga kearah tingkap. Mata dia masih segar kerana terlalu lama tidak sedarkan diri. Bulan, bintang dan langit pagi ini dipandang.
SubhanaAllah, indahnya.
Andainya dia boleh menjadi bulan yang sentiasa dilindungi bintang dan langit, kan bagus. Pasti dirinya terasa hebat dan dilindungi sepanjang masa.
Ini tidak habis-habis dengan ujian yang menimpanya.
Astaghfirullah, apa kau cakap ni Wardah?
Ujian tu kan tandanya Allah sayang hambaNya.
"Wardah..." Wardah tersentak.
Siapa pula perempuan ni?
Tiba-tiba sahaja muncul ditepinya.
"Ni kak Dee, jangan takut. Akak bukan hantu" Rahangnya hampir mencecah kelantai. Eh, macam tahu-tahu je apa yang Wardah tengah fikirkan tadi.
"Macam mana akak boleh.." Dia menggosok kedua matanya dengan gelojoh.
Ini bukan mimpi dia kan?
"Hidup balik?" Wardah mengangguk manakala Aideena tergelak kecil.
"Nonsense! Akak tak pernah meninggal. Ni semua helah suami akak" Wardah membulatkan matanya.
"Helah suami akak? Maksudnya?"
"Panjang ceritanya, nanti akak cuba terangkan kalau ada masa" Wardah hanya diam tidak menjawab. Sejujurnya dia masih dalam keadaan tidak percaya.
"Akak minta maaf Wardah, sebab akak Wardah kena seksa. Akak dah tahu semuanya" Kedua tangan Wardah digenggam oleh Aideena dengan erat.
"Akak minta maaf Wardah, tolong maafkan akak.." Wardah membalas genggaman tangan Aideena. Dia memandang anak mata Aideena.
Wujud sinar keikhlasan disitu.
Tapi, bukan mudah dia mahu maafkan Aideena. Luka memang boleh sembuh tapi parut tu akan kekal lama. Sampai sekarang layanan Aiden terhadapnya dahulu masih segar diingatan.
Bagaimana zaman remajanya dihancurkan oleh mereka adik-beradik.
Bagaimana dia kehilangan Uwais buat sementara.
Perit untuk dia telan segalanya.
Terlalu banyak yang dia lalui dan semua itu mematangkan diri dia.
"Akak, bagi Wardah masa ya?" Aideena menunduk sebentar. Tidak lama selepas itu dia mengangkat wajahnya semula dengan senyuman sambil mengangguk.
"Sayang...?"
YOU ARE READING
Wardah Arinna ✓
Roman d'amourWardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya tidak pernah pudar walau sedikitpun. Wardah cuba bertahan untuk terus hidup didalam neraka yang di...