"KAU okay tak? Perempuan tu ada buat apa-apa dekat kau?" Aiden memeriksa tubuh Wardah dari atas sehingga kebawah. Hampir luluh jantungnya melihat wajah isterinya basah dengan air mata.
"Saya okay, dia tak ada buat apa-apa pun" Wardah mengelap air mata yang tumpah tadi.
"Then, kenapa kau nangis?" Wajah isterinya dibelek-belek lagi, bimbang jika Ilya meninggalkan kesan lebam atau calar balar.
"Awak dah makan?" Senyuman nipis diukirkan buat si suami. Soalan Aiden dibiarkan bagai angin berlalu.
"You're not good at lying" Ujar Aiden dengan tiba-tiba. Aiden dapat menghidu bahawa isterinya cuba untuk menukar topik.
Renungan membunuh Aiden membuatkan Wardah tidak berani bertentang mata dengan lelaki itu.
Dia risau ke?
"Saya kata tak ada apa, tak ada apa lah! Tak payah risau dekat saya sebab sebelum ni pun awak bukan kisah!" Bentak Wardah perlahan.
Berkerut-kerut dahinya menahan bengang. Jelingan tajam dihadiahkan buat Aiden sebelum dia terus berlalu keluar. Lebih lama dia berada didalam bilik itu, rasa bengang dia makin bertambah-tambah.
Aiden merengus kasar. Penumbuknya dikepal lalu tilam gebunya ditumbuk. Dia pasti ada sesuatu yang disorokkan oleh Wardah.
Dan sesuatu itu berkait rapat dengan Ilya.
Malas mahu memikirkan semua itu, dia terus berlalu turun kebawah. Tujuannya balik kerumah ingin melihat keadaan Wardah. Dipejabat, tidak senang dia mahu membuat kerja kerana bimbangkan Wardah.
Tiba dibawah, kelihatan Wardah sedang menikmati sesuatu didalam mangkuk. Dia berdiri ditempat tersorok sedikit lantas menyilangkan tangannya kedada. Senyuman kecilnya terukir.
Comel!
Bibir kecil milik isterinya itu ditenung. Seronok betul dia makan, macam tak ada masalah. Wajah gembira gadis itu ditilik penuh kasih sayang.
Dari jauh.
Ini kerana dia tidak mahu menganggu momen bahagia isterinya. Tengok dari jauh pun jadilah!
Aiden, Aiden.
Parah dah kau ni.
"Tuan?" Sapaan dari Mak Timah menyentakkan dia. Wajahnya dibekukan semula.
"Tuan tak makan sekali?" Aiden berdehem sebelum menjawab. Dia memandang Wardah sekilas. "It's okay Mak Timah, saya nak balik pejabat semula"
"Baiklah, Tuan"
"Mak Timah tolong tengok-tengokkan Wardah. Make sure dia tak buat kerja-kerja berat" Arahan Aiden dibalas dengan anggukan.
"Sayang juga Tuan dekat Puan ya?" Aiden buat-buat melihat jam ditangannya. Ujaran wanita tua itu dibiar sepi.
"Saya pergi dulu"
Mak Timah menghantar pemergian Aiden dengan mata. Bibirnya terukir senyuman penuh makna.
"Harimau dah jadi kucing" Desisnya perlahan kemudian tertawa geli hati.
—
BIBIR Aiden tersenyum manis tanda dia mengalu-alukan kedatangan lelaki tua yang masuk kedalam ruang pejabatnya. Lelaki tua tersebut turut membalas senyuman Aiden. Dia melabuhkan punggung disebelah lelaki tua tersebut lalu mereka bersalaman dan berpelukan sebentar.
"Uncle sihat?" Lelaki tua itu mengangguk. Bahu Aiden ditepuk lembut.
"Macam ada sinar bahagia je dekat muka you tu?"
YOU ARE READING
Wardah Arinna ✓
RomanceWardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya tidak pernah pudar walau sedikitpun. Wardah cuba bertahan untuk terus hidup didalam neraka yang di...