35

17.9K 483 0
                                    

"SOF, you listen carefully. I just nak dia melutut depan I. I nak buat dia sengsara, that's all!"

Tajam iris matanya memanah wajah Sofea iaitu rakannya. Bukan mahu menyokongnya malah sibuk menyuruhnya mengundur diri dari kerja bodoh itu.

Bersungguh dia menerangkan asbab dia sanggup berbuat demikian namun Sofea masih tidak mengerti. Bukan Sofea sahaja, semua orang tidak akan mengerti apa yang dia lalui.

No matter what happen, i won't give up! I won't surrender sebelum berjaya! Tekadnya dalam hati.

"Babe, I taknak you menyesal je nanti" Sofea cuba menasihati Ilya lagi.

Dia cuma ambil berat tentang Ilya. Ilya sahaja satu-satunya rakan yang ikhlas berkawan dengannya. Walaupun mereka berdua anak Dato' dan Tan Sri tetapi duit yang mereka ada sekarang ni hasil daripada sifat berdikari mereka.

Tidak kiralah pekerjaan apa pun, halal dan haram ditolak ketepi dahulu janji duit tetap masyuk.

"Kalau I masuk jail sekalipun, I sanggup dan langsung tak menyesal! Asalkan hidup jantan tu sengsara!"

Sofea memandang Ilya dengan rasa menyampahnya yang tiba-tiba datang membuak-buak.

Terasa seperti berkawan dengan orang gila bila melihat Ilya tergelak besar macam tiada hari esok.

"Reputation you macam mana nanti Ilya? You tak kesian ke dekat mummy dengan daddy you?"

Seteruk-teruk Sofea pun, dia tak sanggup nak tengok maruah mummy dengan daddy dia tercalar. Sebab itulah, dia selalu berhati-hati dalam memilih mangsa untuk dijadikan lubuk emasnya.

"I don't fucking care anymore. Apa nak jadi, jadilah. Janji I nak dia rasa apa yang I rasa bila dibuang macam tu je"

Sofea memutarkan bebola matanya.

"Okay, you nak buat apa dengan dorang?"

"I rasa nak bagi bini dia yang bodoh tu minum asid lah...." Ilya mengetuk dagunya dengan jari telunjuk.

Tiba-tiba wajahnya dirapatkan dengan wajah Sofea. "What do you think, Sof?" Sumpah Sofea terkejut.

Riak wajah Ilya memang menyeramkan waktu itu. Dengan matanya yang membulat besar dan sengihannya yang lain macam, memang membuatkan bulu roma Sofea meremang teruk!

"Err...I balik dulu lah. Dato' Sharif nak jumpa I lunch ni" Sofea terus meminta diri untuk pulang kerana dia merasakan dirinya tidak selamat apabila berdua-duaan dengan orang gila.

Ops! Maksud dia Ilya.

Yes, Ilya.

"Okay..next time kita together-gether lagi" Sofea terpaksa menguntumkan senyuman demi menjaga hati Ilya. Mereka bersalam-salaman kemudian berlaga pipi sebagai tanda selamat tinggal.

"Bye!" Ilya melambai-lambai Sofea sehingga rakannya itu hilang dari pandangan.

Kunci sahaja pintu apartmentnya, Ilya terus masuk kedalam bilik untuk bersiap-siap. Dia harus kerumah kedua orang tuanya kerana mummynya mahu berbincang sesuatu.

"HELLO! I'm back! Mummy! Daddy!" Ilya melaung sebaik sahaja menjejakkan kakinya kedalam rumah keluarganya. Sudah 5 bulan dia tidak pulang kesini kerana sibuk dengan aktiviti panasnya bersama Dato'-Dato' dan orang ternama.

"Assalamualaikum Tengku Ilya Qismina Binti Tengku Dahlan" Tegur Tengku Zakiyah yang baru muncul dari dapur.

Dari dapur lagi dia dah boleh dengar suara Ilya yang terpekik terlolong.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now