51

15.7K 357 2
                                    

TIDAK henti Hasya mencium anak buahnya sebaik sahaja tiba dirumah agam William bersama Raul. Pipi gebu itu digomol-gomol sehingga merona merah. Hasya akhirnya mengalah apabila dimarah Tengku Suraya kerana cucunya itu mula merengek rimas.

"Wardah, noh minum air ni" Wardah memandang air berwarna kuning itu dengan riak jijik. Berpantang sewaktu keguguran hari itu tidak ada pula kena minum air ni tetapi berpantang sewaktu bersalin ini, Tengku Suraya memaksanya telan air herba ini.

"Tak nak lah maksu, pahit..tak sedap" Kepalanya digeleng-gelengkan tanda dia betul-betul tidak suka. Dia memandang Uwais dengan pandangan simpati.

Kalau ada Aiden sudah lama dia meminta tolong Aiden, namun Aiden terpaksa ke office sebaik sahaja menerima emergency call.

"Adik, minum jelah..macam mana nak cepat sihat kalau tak minum..air herba tu bagus untuk tubuh badan adik" Pujuk Uwais dengan lembut. Uwais juga sekarang semakin berisi.

Maklumlah hati senang kerana Mirza selalu mengambil berat tentang dirinya. Lagipun, university Mirza dan office Uwais tidak lah jauh mana. Berkepit jelah dua merpati sejoli itu.

"Teley je Wardah...pah Wardah sihat, maksu masok makane hok Wardah suko. Okay?" Melihat wajah maksu dan abangnya yang beria-ria suruh dia telan juga air herba tu, akhirnya dia terpaksa akur. Perlahan-lahan dia meneguk air herba itu sambil tangan sebelahnya mengepit hidung.

"Assalamualaikum!!" Mereka berlima berpandangan sesama sendiri.

"Hasya, gi tengok sapo dio mari tu" Tiba-tiba Mak Timah melintasi kawasan ruang tamu untuk membuka pintu.

Segera dia menghalang Hasya yang ingin berlalu. "Ehh tak apa tak apa, biar Mak Timah je yang pergi tengok"

Tidak lama selepas itu, muncul Mak Timah bersama Tengku Aideena sekeluarga dibelakangnya. Wajah Wardah yang berkerut terus berubah ceria apabila menyambut kehadiran Aideena.

"Eh akak! abang! jemput masuk!" Uwais mengalihkan pandangannya dari memandang Aideena. Hatinya dijentik rasa tidak senang dengan kehadiran Aideena. Bukan senang untuk melupakan cinta pertamanya.

"Maksu, kenalkan Kak Aideena..kakak kandung Abang Aiden" Tengku Suraya terkedu. Dia menilik Aideena dari atas ke bawah.

"Bukei Wardah royak....kakak Aiden doh...." Tengku Suraya tidak jadi untuk meneruskan bicaranya apabila terperasankan wajah Aideena mula berubah.

"Panjang cerita dia maksu, kalau ada masa nanti Wardah cerita..Eh jemputlah duduk akak! abang!" Lekas-lekas Wardah menceriakan suasana kembali.

Hasya dan Raul berpandangan sesama sendiri kemudian berkata-kata menggunakan isyarat mata sambil melihat perubahan Uwais yang tiba-tiba membisu.

"Comelnya anak buah akak! Nama apa ni?" Aideena terus mendukung anak buahnya dengan berhati-hati.

"Tengku Noah Alfian Bin Tengku Aiden William"

"Nice name" Pipi labuh milik bayi itu dikucup lembut.

"Adik, maksu. Uwais nak keluar kejap" Tidak betah mahu berlama disitu, dia terus meminta diri. Dia masih tidak boleh terima dengan apa yang sudah dilakukan oleh Aideena bersama kawan baiknya yang merupakan suami Aideena sekarang.

"Tengku Suraya, tinggal dekat mana?" Soal Aideena kepada Tengku Suraya dengan niat untuk bermesra.

"Panggil maksu jah Aideena. Maksu tinggal hok Klate sano" Aideena angguk.

"Anok ni comey belako, 2 jah ko? Dok mahu tamboh lagi?" Tengku suraya juga sudah mula selesa dengan Tengku Aideena. Siap usik mengusik lagi tu.

"Ehem.." Bunyi deheman seseorang mematikan perbualan kami sebentar.

"Tolong pegangkan Lily kejap,abang nak berbual dengan Uwais" Ujarnya bersama senyuman. Lily diserahkan kepada Aideena sementara itu kepala Iran yang berlabuh di pahanya diletakkan diatas sofa. Budak lelaki itu sedang khusyuk bermain game tanpa memperdulikan keadaan sekelilingnya.

Selepas itu barulah dia menapak keluar rumah. Dia perlu bersua muka juga dengan Uwais. Haseef sedar yang dia banyak berbuat salah dengan Uwais,sahabat baiknya dulu atau lebih tepat 'bekas sahabat baik'.

"Assalamualaikum bro, boleh aku duduk?" Sapanya dengan ramah.

"Waalaikumussalam, siapa bro kau?" Balas Uwais dengan sinis. Setelah apa yang Haseef lakukan, dia sudah tidak percaya lagi akan bekas sahabatnya ini. Hati dia cukup terluka dengan penipuan yang dibuat oleh Aideena dan Haseef meskipun Aideena sudah berulang kali meminta maaf dengannya.

Sedikitpun Uwais tidak memandang Haseef. Terbit satu keluhan kecil dari bibir Haseef.

"Macam ni lah, aku faham kau terasa dengan aku. Tapi aku betul-betul dah insaf Uwais. Aku rasa bersalah gila sebab rampas Deena dari kau tapi satu je yang kau kena ingat, jodoh aku dengan Aideena. Kami dah bahagia Uwais. Pergilah cari kebahagiaan kau sendiri Uwais. Look, benda ni dah lama berlaku. Aku sayangkan persahabatan kita-"

Belum sempat Haseef ingin menghabiskan ucapannya Uwais tiba-tiba menyampuk.

"But why kau mesti rampas Aideena dari aku? Because of your fucking lies, my parents was died in that accident! Because of you, aku kena tuduh sebagai pembunuh! Dan disebabkan kau, my one and only lil sis terseksa hidup dengan adik Deena dulu!"

Segala yang terbuku dihati, Uwais luahkan dengan nada yang semakin meninggi. Merah matanya menahan air mata yang mahu terhambur keluar.

"Aku tak kuat nak hadap semua ni, Seef. Aku pun manusia juga. Ada hati, ada perasaan. Sahabat baik aku sendiri tipu aku. Sahabat baik aku sendiri dah lukakan hati aku. Aku betul-betul kecewa dengan kau Haseef"

Nada suara Uwais berubah perlahan seperti orang sudah putus harapan. Separuh hati dia masih sayangkan persahabatan mereka, separuh hatinya lagi cukup terluka dengan perbuatan Haseef.

"Aku minta maaf Uwais...aku tak sangka semua tu akan berlaku. Aku betul-betul rasa bersalah pada kau Uwais..." Haseef menundukkan kepalanya. Semua berlaku terlalu pantas. Dia langsung tidak memikirkan akibat yang akan berlaku jika dia berbuat demikian.

Uwais memandang Haseef sekilas sebelum dia memejamkan mata. Haseef kelihatan betul-betul ikhlas dalam setiap bicaranya.

Tapi Aideena-arghh! Stop fikir pasal dia. Apa kau lupa yang dia sudah menjadi isteri orang? Soalnya didalam hati. Setelah berfikir secara matang, Uwais kini sedar yang dia tidak patut menyalahkan Haseef 100%. Biarpun hatinya terluka namun dia akan perlahan-lahan pujuk hatinya. Persahabatan mereka lebih penting.

"Tak apalah bro, bila kau dah sedia nak maafkan aku. Just call me" Haseef meletakkan nombor telefonnya diatas meja dan berkira-kira mahu pergi.

"Haseef, aku maafkan kau and i'm sorry too" Ayat yang keluar dari mulut Uwais amat melegakan hati Haseef. Dia pasti bahawa isterinya juga senang hati apabila mendengar berita ini.






Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now