AIDEN tersedar dari lenanya kerana sebelahnya terasa kosong. Dengan wajah yang serabai dia terus bangun untuk mencari Wardah.
Tetapi sebaik sahaja dia keluar, Aiden ternampak Wardah dengan seorang wanita dihujung sana. Berjubah labuh warna peach dan bertudung labuh warna coklat.
"Sayang...?" Wardah dengan wanita tadi berpandangan. Tetapi kenapa dari riak wajah wanita tu, dia nampak seperti dalam keresahan?
Siapa wanita itu?
Dia cuba untuk mengenalpasti wajah wanita itu tapi dalam samar-samar ni siapa je boleh melihat dengan jelas kan?
Aiden terus memandang isterinya dengan wanita tadi bersama kerutan didahi, nampak dari jauh macam mulut wanita tu bergerak tanda dia sedang bercakap.
Tidak lama kemudian, wanita itu terus berlalu pergi dan dia perasan wanita itu cuba untuk menyembunyikan wajah dia. Aiden dapat rasakan aura lain macam bila perempuan tu lalu sebelah dia.
Kenapa dia rasa seperti itu?
"Sorry ganggu tidur abang, dah jom kita sambung tidur" Aiden hanya mengikuti Wardah dari belakang. Pelbagai persoalan yang bermain dimindanya tetapi dia malas mahu tanya Wardah sekarang tentang wanita tu.
Esok-esok sahajalah...
––
"AKU nak biarkan Aiden dengan betina tu hidup bahagia dulu baru aku akan seksa hidup diaorang!" Air kencing syaitan itu diteguk rakus sambil kepalanya digoyang tidak tentu arah mengikut irama musik rancak yang bergema didalam kelab malam itu.
"Kau nak suruh dorang bahagia macam mana lagi? Dorang dah cukup bahagia pun" Alice menjeling Ilya ditepinya.
Islam atas ic je, realitinya macam kafir. Tengoklah, pergi kelab malam sehingga Subuh baru balik dengan mabuknya lain dengan baju ketat dia lain.
Apa nak jadi?
Selepas itu dia paksa pula Alice teman dia dekat sini. Alice hanya menurut dan tidak mampu berbuat apa-apa. Sekali dia melawan, hidupnya mungkin akan hancur dalam sekelip mata.
"Diam lah kau! Kalau kau nak balik, blah sana!" Alice mendengus kasar.
Kau ingat aku ni anjing kurap ke?!
Dia menghempaskan cawan yang berisi air coke itu diatas meja dan berlalu keluar. Malas dia mahu berlama jika Ilya sudah memberi kebenaran untuk balik.
Dia pun sudah lama tidak menjejakkan kaki kedalam kelab malam yang merupakan rumah keduanya dahulu sejak memegang status isteri orang.
Ilya tidak menghiraukan Alice yang berlalu pergi. Dengan langkah terhuyung-hayang serupa orang mabuk, Ilya terus berlalu kearah sekumpulan lelaki yang sedang bermain snooker.
"Hai, boys" Badannya dilentikkan supaya kelihatan menggoda. Lirikan matanya juga penuh dengan nafsu.
"Hai, sweetie. Sorang je?" Salah seorang daripada kumpulan lelaki tadi membalas sapaan Ilya.
Bibir bawahnya dijilat apabila terpandang tubuh mengiurkan Ilya. Nafasnya berubah mendalam.
"No lah, I dengan sepuluh orang ni" Dia ketawa dengan lawak sendiri. Lelaki itu hanya menguntumkan senyuman nakal. Tubuh Ilya yang mengiurkan itu ditenung atas bawah.
YOU ARE READING
Wardah Arinna ✓
RomanceWardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya tidak pernah pudar walau sedikitpun. Wardah cuba bertahan untuk terus hidup didalam neraka yang di...