7.

31.3K 952 25
                                        

"AIDEN, what a surprise? Jemput masuk. Mak Mah, tolong angkat beg ni" Tengku Suraya mempelawa Aiden masuk kedalam rumah. Dia pun terkejut dengan kehadiran Aiden kesini. Baru sebentar tadi dia dimaklumkan oleh Hasya dan Uwais.

"Maksu sihat?" Senyuman terpaksa sedaya upaya diukirkan untuk menjaga hati Tengku Suraya. Saja dia cuba beramah mesra bersama Tengku Suraya.

"Sihat jah. Ni mu busy sangat ko? Sie maksu tengok ke orang rumah mu tu rindu" Maksu senyum senget sambil pandangannya dihalakan kearah wajah Wardah yang berona merah.

Aiden melingkarkan tangannya kebahu Wardah. "Yeke sayang?" Wardah menjeling tangan Aiden dibahunya dengan hujung mata.

"M-mana ada, maksu ni ha mandai-mandai je" Tergagap-gagap dia cuba menafikan kata-kata maksu. Sengaja tau maksu ni!

Pandai betul iblis ni berlakon! Agaknya kalau jadi pelakon boleh menang anugerah pelakon lelaki paling popular lah!

Perlinya didalam hati.

"Puan, ambo doh siapkan semuanya dekat pangkin mace yang puan suruh" Mak Mah mengerling Aiden yang berdiri disebelah Wardah. Kacak betul orangnya. Sama cantik, sama padan pasangan suami isteri ini.

"Terima kasih Mak Mah. Wardah, Aiden marilah bual luar"

Petang-petang sebegini memang syok rasanya berbual-bual sambil minum petang di pangkin. Tambahan lagi dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, sungguh mengasyikkan!

"Ehh maksu, ajaklah Sya dengan abang sekali" Tengku Suraya menganggukkan kepalanya. Terlupa pula dengan dua budak bertuah itu.

"Biar Wardah pergi panggil..." Belum sempat tengku Suraya menjawab, Wardah sudah lesap naik keatas.

Fuhh! Dapat pun aku bernafas dengan baik. Berjaya juga dia mengelak dari duduk berdekatan dengan Aiden. Boleh hilang nafas dia lama-lama kalau macam ini.

"Main game tak ajak, sampai hati korang kan!" Wardah mencuit pinggang Hasya dan juga Uwais yang sedang bermain game sambil menguyah popcorn. Akhirnya dia pun join sekaki. Lupa dah niat asalnya mahu mengajak Uwais dan Hasya minum petang sekali.

--

"WARDAH dengan Aiden macam mana? Okay ke hidup berdua ni?" Tengku Suraya mengambil kesempatan ini untuk bertanya suami kepada anak saudaranya. Sejak Wardah tinggal dengan dia, Tengku Suraya dapat rasa ada benda yang tidak kena.

"Okay je macam suami isteri lain. Kenapa maksu?" Aiden mengambil secawan teh kemudian dihirupnya perlahan-lahan. Panas!

"Baru ni," Jeda.

"Maksu napok Wardah sapu minyak gamat atas belakang badan dia, teruk juga luko dia. Perluko sapa buat laguni, Aiden?"

Uhukk! Uhukk!

Macam dah nak putus nafas dia kerana tersedak. Perempuan ni memang tak pandai nak cover betul lah!

"Aiden tak sengaja, maksu. Well, manusia semua buat silap" Tapi yang sebetulnya, dia memang sengaja. Sengaja nak anak saudara Tengku Suraya menderita.

"Aiden, maksu kato doh suruh jaga Wardah tapi belakang maksu gapo hok mu buat? You totured her!" Suara Tengku Suraya hampir meninggi.

Aiden terdiam. Nampaknya Tengku Suraya bukan calang-calang orang.

"I know every single thing, Aiden. Mu jange ingat maksu bodoh. Be honest with me, Uwais ko hok punca semua ni?"

Bukan Tengku Suraya tidak tahu bahawa Uwais pernah ditahan polis atas kes pembunuhan Aideena.

Aiden kekal membisu. Dibiarkan Tengku Suraya meneruskan kata-katanya.

"Uwais maso tu keno fitnah, Aiden. Dia dok salah gapo pun. Cubalah terimo hakikat Aiden. Wardah tu budak lagi, dia dok tahu gapo pun"  Nada suara Tengku Suraya berubah perlahan seperti cuba memujuk Aiden supaya lembut hati.

"Dok raso bersaloh ko hukum ore hok dok dosa? Wardah tu baik budaknya. Maksu toksey kelih dia sedih gitu" Teh panas disisip sedikit. Haus pula bebel banyak-banyak ni.

Aiden yang kelihatan mengelamun dijeling dengan hujung mata.

--

"YA ALLAH, Astaghfirullahalzim"

Mengucap panjang Tengku Suraya apabila melihat tiga orang budak bertuah ni elok terbongkang diruang tamu bahagian atas. Belakang badan Uwais bersandar kaki sofa, manakala paha kiri dan kanannya menjadi bantal bagi Wardah dan anak daranya.

Tetapi ada baiknya juga mereka bertiga tidak ikut minum petang bersama. Dapatlah dia bersembang dengan Aiden.

TV pula dibiarkan tidak tertutup. Ni bukan dia tengok TV, TV yang tengok dia!

"Uwais! Wardah! Hasya!" Jerit Tengku Suraya bersama riak wajah yang dibengiskan.

"Ma! Gapo ni! Bisinglah, ore nok tidur" Hasya menutup telinganya dengan menggunakan bantal kecil.

"Tidur? Eh, masuk ngorik doh budok tuah weh!" Tengku Suraya terus menarik telinga Hasya. Geram pulak kita dibuatnya!

"Aduh! Ma, sakit ma! Sakit!" Terpisat-pisat Wardah dan Uwais bangun apabila terdengar bunyi bising-bising.

Wardah yang masih mamai terus berlalu masuk kedalam bilik tanpa menghiraukan mereka semua. Tubuhnya dihempas keatas katil untuk menyambung tidurnya. Badannya terasa sungguh letih.

Lagipun, lagi beberapa minit je nak masuk maghrib. Nanti abang mesti kejut dia punya nak solat berjemaah.

"Maksu, kenapa bising-bising ni?" Uwais menggaru belakang lehernya sambil tersengih. Apabila matanya beralih kearah sisi maksu, sengihannya terus mati. Wajahnya berubah tegang.

"Gano maksu dok bising, ni ha Wardah–eh pah mano adik mu tu?"

"Entah! Maksu, Uwais lapar lah. Uwais turun dulu lah" Tanpa melengahkan masa lagi dia terus turun kebawah. Tak ingin nak berlama-lama dekat atas tu, lagi-lagi hadap muka tak berperasaan Aiden.

"Ma, Hasya ikut abang Is lah.." Hasya yang dari tadi berdiam diri sambil menggosok telinga yang sudah memerah tiba-tiba bersuara.

Tengku Suraya hanya mampu menggeleng sahaja. Budak-budak bertuah ni kalau dah berkumpul memang asyik menjerit jelah dia. Ini belum masuk Raul lagi, bergegar rumah ni dengan suara memetir dia.

"Aiden, rest dulu. Maksu tahu mu letih dok? Pahni masuk ngorik turun bowoh, kito jemaah sekali" Pesan Tengku Suraya lembut.

"Ingat ko gapo maksu royak tadi" Senyuman penuh makna dihadiahkan buat Aiden sebelum dia berlalu turun kebawah. Lelaki itu mengangguk dan mengatur langkah ke bilik Wardah.

Masuk sahaja kedalam bilik, Aiden menghenyakkan punggungnya dibirai katil. Matanya memerhati wajah Wardah yang putih bersih itu namun didahinya terdapat parut yang lebarnya kira-kira 3 cm. Rambut yang dahulunya panjang mengurai juga sudah pendek. Namun semua itu tidak mencacatkan wajah Wardah yang sememangnya cantik secara natural itu.

Pandangannya dialihkan kearah lain lalu keluhan kecil dilepaskan.

"Maafkan aku Wardah, aku sayang kau tapi dalam masa yang sama aku terpaksa benci kau kerana terikat dengan dendam. Aku–" Aiden meraup kasar wajahnya.

Wajah putih bersih itu dipandang sekali lagi sebelum dia mengambil tuala lalu masuk kedalam bilik air untuk membersihkan diri.





Wardah Arinna ✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang