Aiden menyapu kedua tapak tangannya diwajahnya sebaik sahaja selesai berdoa. Dia menyandarkan belakang tubuhnya kedinding kemudian termenung buat seketika.
"Adik aku dah sedar" Tanpa memberi salam mahupun mengetuk pintu surau terlebih dahulu, Uwais terus menyapa dengan raut wajah yang dingin.
Aiden bangun dan meletakkan semula sejadah ditempat asalnya. Rambutnya yang terjuntai didahi terus diraup kebelakang. Bibirnya mengukirkan senyuman nipis apabila mengetahui isterinya sudah sedar.
Kakinya terus melangkah kearah ward yang menempatkan Wardah.
"Sayang..."
Pandangan Aiden jatuh pada tangan Wardah yang menyentuh perutnya. "Abang, anak kita okay kan?"
"Okay, sayang cuma bleeding sikit je" Wardah mengeluh lega. Dia tidak mahu gagal lagi dalam menjaga satu lagi nyawa yang ada didalam rahimnya itu.
"Sayang okay? Abang rasa abang langgar sayang kuat tadi. Ada sakit dekat mana-mana tak?" Hanya gelengan bersama senyuman ditayangkan.
Aiden melabuhkan punggungnya diatas kerusi yang disediakan berhampiran katil Wardah lalu kedua tangan isterinya dicapai dan digenggam. "Abang mintak maaf sayang, abang memang teruk"
"Baby okay kan? Dah lah abang jangan sedih-sedih" Wardah mengusap pipi Aiden lembut. Terpaku seketika Aiden melihat wajah polos isterinya. Walaupun kelihatan pucat namun tetap cantik seperti selalu. Kecantikannya tidak pernah pudar.
"Mana abang Uwais? Wardah nak cakap dengan dia sekejap" Beberapa saat kemudian, kelihatan Uwais berjalan masuk kedalam ward Wardah.
"Adik...abang mintak maaf..."
"Wardah kecewa dengan abang. Kenapa abang? Kenapa?" Suara Wardah kedengaran sungguh kecewa ditelinga Uwais.
Aiden menggenggam tangan Wardah dengan erat lagi untuk menyalurkan kekuatan kepada isterinya.
"Adik tahu tak pasal company papa?" Wardah mengangguk.
"I've knew everything. Dia nak bagi balik kan? So apa yang abang nak sakit hati lagi? Kenapa perlu bertumbuk pasal hal remeh temeh ni?" Soal Wardah tidak puas hati dengan abangnya.
"Adik tak faham..."
"Apa yang adik tak faham? Dah lah abang. Please lupakan semua yang dah berlalu. Now, adik nak abang bangunkan balik company papa" Pinta Wardah kepada Uwais.
"Tapi..."
"Apa lagi Uwais? Kau tahu kan aku dah banyak salah dengan family kau. Tak apa kalau kau tak pandai sangat pasal bussines nanti aku ajar kau, kau jangan risau. Semua benda boleh settle" Pujuk Aiden pula.
Uwais kelihatan buntu. Dia masih ragu-ragu mahu menerima tawaran untuk menguruskan semula syarikat arwah papanya. Dia masih belum bersedia untuk menguruskan semuanya.
"Bagi aku masa untuk fikir dulu. Dalam 5 hari lagi nanti aku bagitahu" Aiden dan Wardah berpandangan.
"Baiklah" Serentak mereka berdua menjawab.
"Aku mintak maaflah, Den. Aku terlalu ikutkan perasaan" Aiden mengangguk sambil tersenyum.
"Aku faham..."
-
"SAYANG, dah siap ke semua?" Aiden menyoal isterinya namun matanya melekat di screen telefon.
"Dah abang, jomlah kita gerak" Dengar sahaja perkataan gerak, laju Aiden menyimpan telefonnya didalam poket seluar. Beg pakaian kecil yang diberi pinjam oleh Hajah Rushdiyah terus dicapai dan disangkut dibahunya. Jari jemari isterinya terus digenggam erat.
YOU ARE READING
Wardah Arinna ✓
RomanceWardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya tidak pernah pudar walau sedikitpun. Wardah cuba bertahan untuk terus hidup didalam neraka yang di...