SELESAI sahaja melilit selendang dikepala, Wardah menilik pantulan dirinya dicermin. Apabila sudah berpuas hati dengan penampilannya, barulah dia kelam kabut capai beg tangannya kemudian turun kebawah.
Mesti Aiden dah tunggu lama ni. Petang ini mereka sudah berjanji mahu melawat pusara insan kesayangan mereka berdua.
"Cepatnya siap, abang sempat tidur sekejap sementara tunggu sayang siap tadi" Sindiran Aiden dengan wajah sinisnya membuatkan pipi Wardah merona merah.
"Sorry, bang. Normal lah orang perempuan siap lambat" Tersengih-sengih dia melihat pandangan tajam yang diberikan oleh Aiden.
"Sengih-sengih, cium kang" Terus mati sengihan Wardah.
Takut Aiden cium betul-betul nanti habislah dia nak kena ambil air wudhuk sekali lagi.
"Dah jom, gatal" Sewaktu menyebut perkataan gatal, Wardah memperlahankan sedikit suaranya.
Mahu tak jadi keluar rumah jika Aiden terdengar kutukannya itu.
-
TIBA saja ditanah perkuburan, Aiden dan Wardah melangkah bersama-sama menuju kekubur arwah bayi mereka dahulu. Tikar dibentang lalu mereka melabuhkan punggung diatas tikar tersebut sambil membaca Yaasin.
Sayu sahaja bacaan Yaasin itu dibaca oleh mereka berdua. Kadang-kala terdengar esakan Wardah berlagu.
Selesai membaca Yaasin, Wardah memegang batu nisan milik arwah bayi mereka.
"Tunggu mama ya sayang..." Sebak didadanya apabila melihat nama arwah bayinya yang tidak sempat dilahirkan kedunia yang penuh kekejaman ini.
"Mama sayang Helena..." Aiden hanya memerhati perilaku Wardah yang sedang berbicara dengan batu nisan itu seolah-olah sedang berbicara bersama anak mereka.
Air mata lelakinya yang mengalir dikesat menggunakan hujung lengan bajunya.
Tanpa membuang masa, dia terus mendakap tubuh kecil Wardah. Mereka berpelukan untuk menyalurkan kekuatan antara satu sama lain. Baju dibahagian dada yang basah dengan air mata Wardah tidak dihiraukan.
Hari pun semakin gelap, petanda siang mahu berganti malam. Pusara arwah mama dan papa Wardah serta mummy, daddy dan kakak Aiden juga sudah diziarahi.
"Harini kita makan luar nak tak?" Soal Aiden yang sedang memandu.
Sekejap-sekejap matanya mengerling kearah Wardah.
Isterinya itu nampaknya sudah kembali seperti biasa. Mula-mula saja dia hanya berdiam diri melayan perasaan.
"Tak payah lah. Mesti Mak Timah dah masak untuk kita, nanti membazir pula"
"Abang dah cakap dekat Mak Timah tadi tak payah masak, abang nak bawa sayang pergi makan luar nanti. Okay?"
Kalau Aiden dah cakap macam itu, dia tidak boleh berbuat apa lagi. Bukan selalu dating dengan Aiden.
"Ikut abang lah..."
-
"SELAMAT datang Tuan, Puan" Dua buah buku menu diletakkan diatas meja.
Wardah mengetap bibirnya sambil matanya yang terbeliak melihat harga setiap satu set makanan yang ada di restoran mewah ini. Mahal sungguh!
Wardah memandang Aiden yang sedang tekun memesan makanan. Sambil-sambil itu dia mencari menu yang dipesan oleh Aiden sebentar tadi dengan pantas.
Dia terus membulatkan mata apabila melihat harga makanan yang dipesan oleh suaminya.
Mahal gila! Ni belum masuk dia punya selera makan lagi. Mahunya 200 lebih habis.
"Sayang? Nak order apa?" Dengan muka yang masih terkejut dengan harga makanan tadi, Wardah terus memandang pelayan tadi dengan Aiden bergilir-gilir sambil mengukirkan senyum kekok.
"Abang orderkan jelah" Segera dia menutup buku itu dengan kasar. Tak sanggup nak tengok harga makanan yang lain. Gilalah! Trauma terus tengok harga makanan dekat sini.
Entah-entah harga je mahal tapi kualiti makanan? Hampeh.
Astaghfirullah, kau ni Wardah! Kalau tak negatif tak sah kan?!
"Sayang okay ke tak ni? Kenapa abang tengok sayang lain macam je ni?"
"Okay je. Mana ada apa-apa"
"Sure ni?" Dia hanya mengangguk. Senyum manis cuba diukir untuk meyakinkan Aiden yang dia baik saja.
"Abang..." Meleret saja nada yang digunakan. Dia mengelipkan matanya berulang kali.
"Nak apa ni? Ingat comel lah?" Wardah tidak menghiraukan kutukan Aiden.
"Esok Wardah dah boleh kerja dekat kafe tu balik kan?"
"Hell no!" Cepat-cepat Aiden membantah.
"Please? Kan Yusuf dengan Zul ada, abang tak payah risau lah" Wardah cuba memujuk Aiden. Kedua tangan Aiden digenggamnya.
"Tak boleh! Dengar cakap abang" Keadaan menjadi semakin tegang apabila Wardah mula menarik muka manakala Aiden tetap dengan keputusannya.
"Abang, pleaselah. Wardah bosanlah" Tidak jemu dia memujuk Aiden.
"Abang cakap tak boleh, tak boleh lah. Susah sangat ke nak dengar cakap suami sendiri?" Ini dia, Aiden yang lama sudah kembali.
Wajahnya diketatkan, seketat-ketat yang mungkin. Suaranya juga bernada tegas dan tinggi tapi masih dikawal kerana tidak mahu menganggu orang sekeliling yang sedang menikmati makan malam mereka.
Tajam sahaja mata helangnya menikam anak mata Wardah. Wardah pula memberanikan diri membalas semula renungan tajam Aiden dengan bibir yang dicebikkan. Ingat dia takutlah?
"Selamat menjamu selera Tuan, Puan" Pandangan mereka terus terlerai sebaik sahaja pelayan itu bersuara sambil menghidangkan makanan mereka diatas meja.
"Makan. Wardah. Arinna" Satu persatu ayatnya ditekankan supaya Wardah tahu yang dia sedang serius.
Namun Wardah yang dahulu bukanlah yang sekarang. Dia hanya mendiamkan diri sambil berpeluk tubuh. Terus hilang selera makan dia apabila Aiden meninggikan suaranya.
"Sayang kenapa degil sangat ni? Membazir lah membazir!" Bentak Aiden perlahan. Nada suaranya cuba dikawal.
"Tak ada selera" Jawab Wardah acuh tidak acuh.
Dia merajuk dengan Aiden!
"Makan atau abang paksa wardah makan" Ugutan Aiden langsung tidak memberi kesan kepadanya. "Orang tak selera, tak payah lah paksa" Wardah semakin berani melawan.
"Fine, suka hati awaklah nak buat apa. Kalau lapar malam nanti jangan cari abang!" Aiden terus menjamu selera tanpa mempedulikan Wardah yang sudah berasap.
YOU ARE READING
Wardah Arinna ✓
RomanceWardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya tidak pernah pudar walau sedikitpun. Wardah cuba bertahan untuk terus hidup didalam neraka yang di...