46

13.7K 361 1
                                    

"ABANG, boleh tak petang ni kita pergi shopping? Wardah tak ada baju kurung nak pakai time Wedding Abang Hariz nanti" Aiden mengangkat wajahnya daripada kertas kerjanya.

Mereka sudah kembali ke Kuala Lumpur semula bersama Uwais. Setelah berfikir masak-masak semula, Uwais telahpun bersetuju untuk membangunkan semula syarikat arwah papa mereka.

Uwais juga diberi kemudahan yang pihak bank tarik dahulu seperti rumah pusaka dan kereta milik keluarga mereka untuk memudahkannya. Ini semua berkat bantuan daripada Aiden sendiri.

"Dengan salamnya tak ada, terus ajak pergi shopping. Where's your manner, sayang?" Terkejut juga dia tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba ada suara perempuan dalam office dia.

Rupanya, isteri kesayangan dia.

"Sorry abang. Assalamualaikum suamiku sayang" Aiden mengangguk, matanya terarah di kertas kerja semula.

"Ha duduklah, tercongok apa lagi dekat situ?" Wardah tersengih kemudian menapak masuk kedalam. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi.

"Nanti abang marah pula"

"Tahu pun. Lain kali jangan buat macam ni okay? Abang tak suka" Tegas Aiden berkata. Dia bukan tidak suka isterinya berkunjung ke pejabatnya cuma dia tidak suka isterinya main terjah sahaja.

"Hehe sorry abang, Wardah tengok Kak Amy tak ada so Wardah masuk je lah"

"Kalau abang ada meeting dengan client tadi macam mana?"

"Alahh, tak ada pun kan? Chill, jangan marah-marah nanti cepat tua. Eh abang memang dah tua pun" Aiden membulatkan matanya. Suka hati je bini dia kata dia dah tua.

Tapi memang dah tua pun, tahun ni umur dia dah 30 tahun. Wardah pun dah 22 tahun. Sekejap rasanya masa berlalu.

"Wardah bawa kuih seri muka ni...malam tadi Wardah dengar ada orang tu mengigau nak kuih atas hijau, bawah pulut warna putih. Bila fikir semula, Oh! Kuih seri muka rupanya"

Aiden tersengih. Betul ke dia mengigau macam tu? Kantoi pula dengan cik isteri. Dari seminggu yang lepas dia memang mengidam nak kuih seri muka tu.

"Ni Wardah buat dengan Mak Timah, khas untuk suami saya yang tercinta" Bekas makanan yang berisi kuih seri muka itu diletakkan dihadapan Aiden.

Tak tunggu lama, bekas itu terus dibuka oleh Aiden lalu dia meratah kuih seri muka itu dengan berselera. Wardah menongkat dagunya dengan belakang tapak tangannya. Wajah Aiden yang sedang menikmati kuih seri muka itu ditenung bersama senyuman.

Ya Allah, tolong panjangkan umurku supaya aku dapat menatap wajah ini buat selamanya. Doa dipohon didalam hatinya.

Sejak dua menjak ini, dia selalu berasa tidak sedap hati. Dalam fikirannya hanya tentang kematian sahaja yang berlegar-legar dimindanya.

"Sayang...taknak makan sekali?" Wardah menggeleng.

"Auchh!" Wardah menyentuh perutnya yang semakin membesar itu apabila terasa satu tendangan kecil yang terhasil dari bayinya.

"Sayang okay? Kenapa ni?" Aiden bertanya risau. Dia terus melabuhkan punggung diatas kerusi yang terletak disebelah Wardah.

"Abang! Anak kita tendang perut saya bang!" Wardah sudah menangis terharu.

"Iya ke?" Aiden cuba melekapkan tangannya diperut Wardah pula.

Membulat terus matanya apabila terasa tendangan dari bayi mereka. Laju dia mendapatkan telefonnya diatas meja. Detik ini harus dirakam!

"Sayang, babah..." Seru Aiden lembut sambil mengusap lagi perut Wardah.

Apabila bayinya menendang lagi, terus wajahnya diangkat memandang wajah isterinya.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now