17.

25.9K 626 3
                                    

"MAMA, kita nak pergi mana ni?" Soal Uwais dan Wardah dengan ceria. Yalah, cuti-cuti sekolah macamni dapat jalan-jalan.

"Adalah, nanti Wardah dengan Uwais tahu juga"

"Haah, betul cakap mama tu" Encik Kamil menyokong kata-kata isterinya itu.

"Kenapa mama tiba-tiba je ajak Uwais dengan adik pergi jalan-jalan?" Uwais menggaru kepalanya sambil memandang Wardah yang berada disebelahnya.

"Saja. Mana tahu kan ni kali terakhir mama boleh luangkan masa dengan anak-anak mama" Encik Kamil memandang sayu wajah isterinya.

"Apani ma cakap macamtu.." Wardah mula sebak. Time-time nilah mama nak bergurau macamtu.

"Hahaha mama saja ja gurau, dah dah tak usah ler buat muka tapai basi macam tu" Tengku Suriani tergelak kecil.

Hambar.

"It's not funny ma, jangan cakap macam tu lagi. Please?"

"Alolo anak mama ni, jangan serious sangat. Uwais dengan Wardah ingat lagi tak apa yang mama pesan dulu?" Tengku Suriani mengerling kebelakang sebentar sebelum menyambung ayatnya semula.

"Kita sebagai umat Islam kena sentiasa ingat kepada kematian. Tapi berpada-pada lah. Okay?" Pesan Tengku Suriani sekali lagi dengan lembut.

"Okay ma..." Mereka akur. Perjalanan mereka ditemani dengan lagu-lagu yang berkumandang didalam radio. Suasana sunyi kerana masing-masing sibuk melayan perasaan sendiri.

"Abang, berhenti dekat RnR kejap" Encik Kamil mengangguk. Dia memberi signal untuk masuk kedalam simpang menuju ke RnR dan mahu memperlahankan pemanduannya namun apabila brek ditekan, serta-merta wajahnya berubah gelisah.

"Kenapa ni abang?" Encik Kamil menekan brek menggunakan kakinya sekali lagi namun hampa apabila brek tak makan.

"Abang!" Semuanya berlaku dalam sekelip mata.

Tiba-tiba, kereta mereka hilang kawalan lalu termasuk kedalam gaung .Sebelum menutup mata, Wardah ternampak kelibat seorang remaja lelaki sedang tersenyum sinis disebalik pokok.

"Wardah? kenapa ni?" Sejak Wardah sedar dari komanya, banyak kali juga Aiden ternampak isterinya itu termenung. Adakalanya amarah Aiden hampir meletus kerana Wardah selalu memarahinya tanpa sebab.

"Tak ada apa. Cuma saya teringat dekat arwah mama, papa dan anak kita" Wardah mengesotkan punggungnya sedikit untuk memberi ruang kepada Aiden.

Sudah 3 hari dia pulang kerumah dan perubahan Aiden semakin ketara. Lelaki itu sering bersabar dengannya dan tidak lagi berperwatakan seperti dahulu. Dirinya dilayan dengan baik oleh lelaki itu.

Dan paling tidak masuk akal, ucapan maaf tidak lekang dibibirnya. Selama ini punyalah susah Wardah nak dengar perkataan maaf tu.

"Ohh.." Aiden memandang wajah sayu isterinya itu. Rasa bersalah menyelubungi hatinya.

Satu sebab kematian mama dan papa Wardah dan yang kedua atas kematian bayi mereka. Dia dapat rasakan yang Wardah masih lagi sedih kerana kehilangan bayi mereka.

Hati ibu mana yang tak sedih bila sedar-sedar dari koma je terus dapat tahu rahim dia dah kosong. Lagi-lagi bila Wardah menceritakan tentang mimpi itu kepada dia. Pada awalnya dia agak terkejut juga apabila nama Helena meniti dibibir isterinya sewaktu baru tersedar dari koma.

"Aiden..." Wardah memandang wajah Aiden. Kacak, seperti selalu.

"Kenapa awak bagi nama arwah anak kita Nur Helena?" Wardah tiba-tiba teringat nama bayi mereka yang dia dengar dalam mimpi.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now