Aiden memekakkan telinga apabila Wardah merayu kepadanya. Sedaya upaya Wardah meyakinkan suaminya bahawa dia tidak akan berbuat sedemikian sekali lagi.
"Abang, lepas please? Wardah janji tak buat lagi" Suaranya berubah sengau akibat hidungnya dikepit kuat oleh Aiden.
Manakala Aiden beriak mengejek Wardah sambil sebelah lagi tangannya mengusap ibu jari kakinya yang sedikit melecur gara-gara Wardah. Iya, sama seperti dahulu cuma kali ini isterinya itu menggunakan cerek air. Sebelumnya Wardah guna iron.
"Abang, please?" Wardah menarik lengan Aiden supaya melepaskan hidungnya. Ya Allah, susahnya bernafas guna mulut je.
"Hari itu pun sayang janji tak buat lagi, lepastu hari ini buat lagi" Wardah tersengih.
"Dah abang tidur mati. Kejut berkali-kali tak bangun. Bangun pun sekejap je lepastu tidur balik. Penat tau tak?"
Aiden menjuih bibirnya. "Kejut elok-elok tak boleh ke? Perlu lah nak guna cara kasar? Nasib abang ni lelaki, boleh tahan lagi setakat cerek panas tu apalah sangat"
Tengok tu orang tua ni, belagak je kerja dia. Riak wajah menyampah ditayangkan dihadapan suaminya. "Kalau tak sakit, nanti Wardah buat lagi okay"
Membulat mata Aiden. "Agaklah sikit sayang! Abang cakap boleh tahan lagi, bukannya tak sakit"
"Tahu takut. Ni bila nak lepas? Sa-" Mata Aiden dan Wardah terus memandang Noah yang tiba-tiba merengek. Mungkin nak susu. Wardah memang bagi Noah susu badan dan susu formula. Tapi dia akan perlahan-lahan kurangkan susu badan untuk Noah sebab anak mereka sudah pun berusia setahun setengah.
Terpaksalah Aiden melepaskan hidung Wardah apabila Noah menganggu.
"Abang tengok apa lagi? Pergilah mandi" Tegur Wardah apabila Aiden asyik melihat ke arah dadanya. Dasar orang tua gatal!
Tersengih-sengih Aiden apabila ditegur isterinya. "Tak adalah, cuci mata sekejap pun salah. Malam nanti dua-dua tu abang punya tau"
"No! Dua-dua Noah punyalah! Pergi mandi!" Merah pipi Wardah dibuatnya kerana segan. Selamba sahaja suaminya berkata begitu dihadapan Noah.
Terkekek-kekek Aiden gelak didalam bilik air. Wardah hanya mampu menggeleng. "Tengok babah Noah tu, miang betul"
Katanya sambil mengusap rambut Noah. Dari semalam lagi hati dia berdebar semacam. Rasa tidak enak bertandang dihati.
"Sayang? Termenung apa tu" Wardah terus merenung suaminya. Sekali lagi pipinya bertukar merah apabila terpandang tubuh suaminya. Apa? Ingat dia tak malu ke walaupun dah nak hampir 3 tahun bersama?
"Eleh nak malu konon padahal dah banyak kali tengok" Aiden tersenyum nakal sambil matanya juga melirik nakal ke arah isterinya.
Wardah telan liur kemudian menundukkan pandangannya pada Noah. Sexy lah suami kita! Geram!
"Mana subang Wardah yang abang bagi time honeymoon kita tu? Kenapa tak pakai? Kan abang dah pesan jangan tanggalkan" Tegas nada suara Aiden mengingatkan Wardah semula.
"Sorry abang, Wardah lupa nak pasang balik lepas mandi tadi" Wardah pun pelik, setiap kali dia lupa pakai subang itu mesti Aiden akan tegur dia dengan tegas. Tapi dia fikir positif. Mungkin kerana suaminya mahu dia menghargai subang itu.
"Nanti pakai balik. Jangan tanggalkan sebab subang tu kan anti karat"
"Tapi Wardah tak selesa nak solat. Tak biasa pakai" Aiden terus menghempas perfume yang disembur tadi dengan kasar. Laju Wardah memandang wajah Aiden. Dah kenapa main hempas-hempas perfume?
Berkerut kening Wardah apabila wajah suaminya tegang seperti marah. Tak kan dia kata macam tu je, Aiden dah marah?
"Abang tak nak dengar alasan. Bila abang kata pakai, jangan buka. Faham tak?" Tajam mata Aiden merenung Wardah.
Ada sebab dia bertegas suruh Wardah pakai subang tu terus jangan buka.
"Baik abang. Lepas ni Wardah tak buka lagi subang tu" Wardah hanya menurut. Dia tidak mahu melawan suaminya. Nanti jangan disebabkan subang, dia digelar isteri derhaka pula.
"Bagus. Macam ni baru abang sayang"
"Amboi, selama ini sayang perempuan lain ke?"
"Haah, sayang Wardah Arinna" Wardah mencebik. Tadi marah...
"Mengada. Dah jaga Noah ni, Wardah nak pakai tudung. Abang jangan usik dia, nanti dia merengek tak cukup tidur baru abang tahu"
"Yelah sayang" Selepas Wardah masuk ke dalam bilik air, Aiden terus menggomol pipi Noah. Apabila Noah merengek sedikit kerana lenanya terganggu, barulah kelam kabut Aiden menepuk punggung Noah supaya terlena kembali.
——
"Ilya Qismina, where the hell are you right now?"
"I dah kata I pergi holiday dengan kawan I kan? Yang you tak faham bahasa ni kenapa?" Ilya melihat kukunya yang baru diwarna dengan warna hitam.
"I tanya dekat mana? Can you please understand my question?"
Dia merengus geram apabila Hariz tidak habis-habis bertanya tentang lokasinya sekarang. "Yang you nak sibuk kenapa? Tak payah kisah pasal I lah Hariz!"
"Ilya! I suami you! Of course i kena ambil kisah pasal you! You–"
Belum sempat Hariz menghabiskan ayatnya, Ilya sudahpun mematikan talian. Telefonnya di silentkan kemudian dibaling ke atas katil.
"Serabut betul. Tak boleh ke bagi aku settlekan plan aku dengan aman?!" Rambutnya yang sudah didandan rapi terus diserabaikan semula.
Dia terus membuka lingerie satinnya lalu diganti dengan jubah berwarna hitam. Kemudiannya, shawl bidang labuh dililit kemas dikepalanya dan disertakan dengan purdah berona hitam.
Dia perlu mengintip Aiden dan perempuan itu kemana sahaja mereka pergi. Dan malam ini, adalah malam yang bermakna buatnya.
Dua chapter lagi lepastu tamat lah okay. Sis malas buat chap banyak-banyak.
❤️
YOU ARE READING
Wardah Arinna ✓
RomansaWardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya tidak pernah pudar walau sedikitpun. Wardah cuba bertahan untuk terus hidup didalam neraka yang di...