Terkebil-kebil mata Aiden melihat siling bilik resort bulan madu mereka. Perjalanan yang diambil oleh mereka tidaklah lama mana. Tiba sahaja di resort yang ditempah khas oleh Aiden untuk mereka berdua, Wardah terus terlentang diatas katil dan selepas itu terus tidak sedarkan diri.
Manakala Aiden, dia langsung tidak boleh melelapkan matanya. Fikirannya sibuk menerawang tentang soalan yang ditanya oleh Wardah didalam flight tadi.
"Kematian mama dengan papa—"
"Berpunca dari abang ke?"
Sejujurnya dia tak tahu nak jawab apa sebab memang semua tu rancangan dia pun. Untung saja Wardah tidak banyak soal apabila terpandangkan perubahan ada wajahnya.
Beruntung dia mempunyai isteri seperti Wardah.
"I'm so sorry sayang. Memang abang pembunuh mama dan papa sayang. Abang tak sengaja.." gumamnya sendiri.
Rambut Wardah dibelai lembut kemudian dia melabuhkan bibirnya didahi Wardah.
Tangan kasarnya dibawa masuk kedalam baju Wardah seraya itu perut Wardah disentuh. Benihnya sedang bercambah didalam perut isterinya. Senyumannya dilebarkan lagi.
"Terima kasih sayang, thank you for everything. Abang tak tahulah macam mana hidup abang kalau sayang tinggalkan abang nanti" Keluhan dilepaskan.
——
"Abang!!" Wardah meliarkan pandangannya kesekeliling resort tempat penginapan mereka ini. Telefon bimbitnya dibuka kemudian nombor Aiden didail.
Telinganya menangkap bunyi seperti telefon berdering. Kemudiannya, pandangannya tertancap pada telefon Aiden yang terletak diatas meja solek.
"Ya Allah! Orang tua ni tak bawa phone rupanya!"
"Pergi mana jelah laki aku ni!" Bebelnya perlahan sambil cuba mencari dimana keberadaan suaminya.
Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari resort tersebut, pemandangan laut di Pulau Mabul terus menjadi tatapannya. Matahari yang hampir terbenam itu menarik perhatiannya.
Tanpa sedar, kakinya sudah menapak menuju kekawasan pasir pantai. Lama betul dia terlena sampai tak sedar dah petang, dah nak dekat maghrib pun. Kena qada' solat yang tertinggal lah jawabnya nanti.
Lagi satu mana pula lah suami dia pergi nak dekat maghrib tak balik-balik ni? Kena sorok hantu air ke apa? Pinggangnya dicekak sambil berdiri ditepi pokok kelapa.
"Boo!"
"Oh mak kau hantu air!" Wardah mengurut dadanya perlahan. Pandangannya terarah ke seorang lelaki yang sedang berdekah-dekah ketawa.
Telinga lelaki itu ditarik kuat. Apa lagi, menjerit-jerit kesakitanlah si Aiden tu.
Ha rasakan!
"Abang pergi mana hah maghrib-maghrib tak balik lagi lepastu terkejutkan orang, ingat lawak ke?!" Dalam satu nafas Wardah menyoal Aiden.
"Lepaskan dulu telinga abang, sayang! Promise tak buat lagi!" Wardah melepaskan telinga Aiden dengan kasar. Aiden menggosok perlahan telinganya yang ditarik Wardah tadi.
Confirm merah!
"Kita balik resort dulu ya? Tak elok maghrib-maghrib ni duduk luar" Wardah akur. Dia membontoti Aiden dari belakang. Apabila Aiden mahu menyaingi langkahnya, cepat-cepat Wardah mengelak.
Dia masih merajuk dengan Aiden okay?
Masuk sahaja kedalam resort, tempat penginapan bulan madu mereka, Wardah terus meluru kedalam bilik tanpa berkata apa-apa.
YOU ARE READING
Wardah Arinna ✓
RomanceWardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya tidak pernah pudar walau sedikitpun. Wardah cuba bertahan untuk terus hidup didalam neraka yang di...