36

17K 437 12
                                    

Reedit.

Saya ada tambah scene Wardah jumpa Riana, kawan dia semula.

——

"SAYANG..." Aiden cuba untuk mencapai lengan isterinya namun Wardah laju sahaja mengelak.

Niat asal mereka mahu membeli barang untuk pergi honeymoon , namun sudah masuk kali ke 4 mereka tawaf satu shopping mall ini tetapi hanya dua beg plastik sahaja yang mereka jinjit.

Semua ini gara-gara Wardah yang merajuk dengan Aiden. Habis mood shopping dia hilang macam tu je kerana Aiden asyik menolak pendapatnya tentang baju yang dipilih oleh Wardah.

Itu, ini semua tak kena! Last-last Wardah pun putus asa, tidak sanggup lagi menadah telinga mendengar bebelan Aiden.

"Yang, awak nak beli apa-apa lagi tak?" Wardah hanya membisu dan terus melangkah.

"Yang, awak dengar ke tak ni?" Aiden bersuara sedikit tegas.

Rileks Aiden, kau yang salah.

"Saya nak makan" Aiden menayang muka 'biar betul?'.

Baru sahaja tadi mereka menikmati aiskrim di Baskin Robin dan sekarang isterinya cakap nak makan sekali lagi?

Nak tak nak, terpaksa Aiden mengangguk. Kalau bukan sebab Wardah mengandung, memang tak lah dia turutkan. Memang dia heret Wardah keluar dari shopping mall terus.

Berani ke kau? Sembang je lebih.

Kutuk hatinya sendiri.

Tiba sahaja dihadapan restoran, tak tunggu lama Wardah terus mengambil tempat kosong diatas buaian.

Langkah kanan, datang-datang je terus ada tempat kosong. Dekat buai pula tu.

Apabila seorang pelayan lelaki menghampiri meja mereka berdua, laju sahaja Wardah memesan makanan manakala Aiden hanya memesan minuman sahaja.

Pelayan tersebut tersenyum manis kemudian menghadiahkan Wardah wink.

Wardah mengetap bibirnya lantas mengalihkan pandangannya kearah Aiden. Kelihatan berkepul-kepul asap keluar dari telinga suaminya itu.

"Kau ada masalah mata ke?" Soal Aiden dengan nada suara yang tertahan-tahan.

Sikit saja lagi mahu meletup.

"Aku wink je pun. Salah?" Jawab pelayan lelaki itu dengan berani.

"Jangan sampai wink kau tu buatkan kerja kau hilang" Sinis sungguh nada yang dikeluarkan oleh Aiden.

Wardah dah usap perlahan lengan suaminya. "Abang dah lah.."

"Kau siapa nak cakap macam tu dekat aku?" Terus Aiden berdiri tegak. Mata-mata didalam restoran itu sudah tertumpu kearah mereka bertiga.

"Aku, Tengku Aiden William. CEO of William Holdings. Any problem with that?" Pelayan lelaki itu sudah tergamam.

Macam manalah dia boleh tak perasan yang lelaki dihadapannya ini merupakan lelaki bangsawan. Lengannya dibawa kebelakang, menggaru lehernya.

"Sorry Tengku, saya bergurau je"

Aiden sudah tersenyum kemenangan lalu duduk ditempatnya semula. Baru aku sebut nama sikit, dah cuak.

Rambutnya diraup kebelakang.

"Tak baik tau abang buat budak tu macam tu" Aiden tercengang.

Budak tu nak try bini dia kot, tak kan dia nak duduk berdiam diri macam orang bodoh?

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now