31.

17.1K 504 0
                                    

"RIZ, aku gerak dulu. Jangan lupa lepas ni kita ada meeting dengan client from US" Telefonnya dicapai lalu dimasukkan kedalam poket seluarnya.

Meja yang bersepah dengan fail dipandang sekilas. Keluhan berat terlepas dibibirnya. Sumpah, bulan ni memang dia sibuk gila dengan projek baru ni. Sudahlah dia terpaksa deal dengan klien yang cerewet.

Itu tak kena, ini tak kena. Ada saja yang salah dimatanya. Kalau tak difikirkan projek itu bernilai 5 juta, memang dah teruk klien itu dimakinya.

Bukan tidak kenal baran insan bernama Aiden ni bagaimana.

"Dahlah, tak payah fikir sangat. Lagi cepat kita settle projek ni, lagi cepat kita habis deal dengan dia" Hariz pun tidak suka juga dengan orang tua cerewet tu.

Tak habis-habis dia juga yang kena tadah telinga dengar Aiden membebel pasal orang tua tu.

"Okaylah. Gerak lu" Bahu Hariz ditepuk sekali dan dia terus berlalu keluar.

Keretanya dipandu laju membelah jalan raya yang sesak kerana sudah masuk waktu makan tengah hari.

Setibanya di kafe, meja yang biasa dihuninya terus dituju.

"Tuan, nak order apa?"

"Macam biasa" Pelayan itu mengangguk faham kemudian berlalu pergi.

Telefonnya dikeluarkan dari poket dan diletakkan diatas meja. Sambil menunggu Wardah dan makanannya sampai, dia meliarkan mata ke luar kafe. Tingkap kafe itu mula dibasahi oleh hujan yang renyai-renyai.

Fikirannya mula terbayang plan yang dirancang 3 hari yang lalu. Memandangkan projek dengan klien cerewet tu hampir selesai jadi dia dah booking awal-awal resort untuk bulan madu dia dengan Wardah. Awal-awal lagi dia sudah memberitahu Amy untuk mengosongkan jadual dia selama seminggu.

Tempat itu biarlah menjadi rahsia...

"Abang..." Bahunya disentuh dari belakang. Tangan Wardah dicapai dan dikucup lembut.

"Sorang je ke?"

"Taklah, ada lagi 4 orang" Luaran memang dia sudah tersenyum tenang tetapi dalam hati dia sudah gusar tidak tentu arah melihatkan perubahan wajah suaminya. Tegang semacam je.

"Kenapa serius sangat ni?" Dagu suaminya dicuit manja.

"Baru nak dating dengan sayang, siapa 4 orang tu?" Semakin lebar senyuman Wardah sehingga menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun rata.

Baru sahaja Wardah mahu membuka mulut untuk menjawab soalan Aiden, 4 orang yang dikatakan oleh Wardah tadi sudah berdiri dihadapan mereka. Aiden mendongakkan sedikit kepalanya untuk melihat wajah 4 orang tersebut. Serta merta senyumannya mati.

"Jemput duduk kakak, abang"

"Aiden, ni akak..." Aideena cuba untuk menyentuh tangan Aiden tetapi Aiden segera menarik tangannya menjauhi Aideena.

Dia menjeling Aideena dengan tajam kemudian mengalihkan pandangan keluar tingkap.

Tak mungkin, kakak aku dah mati!

Tengku Aideena Willy, kakak kandungnya sendiri sudah lama meninggal dunia. Orang yang sudah mati tidak mungkin hidup kembali kecuali dengan izin Allah.

"Who the hell are you?"

––

TIBA sahaja dirumah, singki didapur menjadi tujuannya. Isi perut yang sudah sampai dihujung tekak dimuntahkan terus kedalam singki. Air mata yang sudah kering tadi kembali mengalir dipipinya. Hidung serta tekaknya terasa sungguh perit.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now