"YOU, jom teman I pergi shopping!"
"Sorry honey, I tak ada dekat Kuala Lumpur"
"Laaa..you pergi mana? Why tak ajak I?"
Aiden menggigit bibir bawahnya. "I outstation. Lagipun malam tadi baru I dapat email dari PA I. So I rushing sikit pagi ni"
"You outstation dekat mana? I datang"
Senyap. Dia buntu nak tipu Ilya yang dia outstation dekat mana. Hakikatnya, dia dalam perjalanan ke Kelantan untuk memburu isterinya tidak diiktirafnya.
"Dekat dalam hati you, bye dear! I love you!" Laju Aiden memutuskan talian.
Dia menghembus nafas lega. Beberapa saat kemudian, telefonnya bergetar menandakan mesej masuk. Aiden mengerling sekilas sebelum kembali fokus ke arah jalan raya.
Merajuk pula dah? Tak apalah, nanti-nanti jelah dia pujuk. Bukan susah pun nak pujuk Ilya, tayang kad kredit sikit dah melebar senyum dia.
—
"KAK, Hasya nak tanya sikit boleh?" Hasya bersuara setelah mereka membisu beberapa minit kerana mahu menikmati udara segar dikawasan sawah padi itu.
Wardah berdehem perlahan sebelum menjawab. "Hm, tanya jelah Sya..."
"Akak dengan abang Aiden dah kahwin hampir 2 tahun kan?" Soalan yang dilontarkan oleh Hasya membuatkan dadanya berdebar. Namun dia masih mengekalkan riak tenangnya.
"Iya, kenapa?" Wardah menguntumkan senyum nipis kepada Hasya sebelum pandangannya dialihkan kearah sawah padi yang terbentang luas dihadapannya ini. Petang-petang ni, angin pun sepoi-sepoi bahasa.
Sungguh menyamankan. Dia bagai dipukau dengan permandangan dan suasana ketika berada disawah padi ini.
"Bila nak bagi Hasya anak buah?"
Bukan dia yang tidak mahu mengandung. Aiden yang melarang sekeras-kerasnya hal itu berlaku. Katanya, perempuan jijik seperti dia tidak layak melahirkan zuriat keturunannya.
Tetapi Wardah tetap Wardah. Pil perancang yang diberi oleh Aiden tidak ditelan selalu kerana dia bimbang akan kesan sampingannya.
Jika benar dia mengandung, risikonya dia akan tanggung sendiri.
"Belum ada rezeki," Jawapan mudah yang diberikan oleh Wardah.
Hasya memerhati Wardah yang duduk bersebelahan dengannya. Berdasarkan pandangan mata kasar dia, Wardah nampak macam berisi sikit. Oleh sebab itu dia saja mengutarakan soalan itu.
"Sorry kak, kalau soalan Sya buat akak tak selesa. Sya bukan apa, Sya dan gian nak main dengan baby" Jelas Hasya.
"Tak lah, akak okay je" Sejujurnya dia sedikit terasa namun dia diamkan sahaja.
"Ni Sya, akak nak pesan. Kalau nak cari calon suami tu pilih yang baik-baik. Kalau perangai pun macam iblis macam mana dia nak bimbing future wife and anak-anak dia nanti masuk syurga kan?"
Hasya hanya tersenyum kemudian mengangguk setuju dengan pesanan Kakak saudaranya itu. Disebalik pesanan Wardah, terdapat maksud yang tersirat disitu.
Dia sudah melalui semua itu dan dia tahu hakikat itu perit untuk ditelan. Tapi dia percaya, tak mustahil ada hikmah disebalik semua yang terjadi ini.
Sedang mereka sibuk melayan perasaan sendiri, telefon Hasya yang berada didalam poket seluar tracknya menjerit minta diangkat.
"Assalamualaikum sayang..." Hasya menjeling Wardah yang berada disebelahnya sambil tersengih itu.
YOU ARE READING
Wardah Arinna ✓
RomanceWardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya tidak pernah pudar walau sedikitpun. Wardah cuba bertahan untuk terus hidup didalam neraka yang di...