COV-EID VERSION (P1)

10.7K 305 9
                                    

KEMBANG kempis hidungnya menahan amarah yang bakal meletus. Terjengil matanya melihat Noah yang mengerat Ivyanna menggunakan gergaji mainan. Manakala Iqtidar yang memukul tubuh adik perempuan mereka menggunakan tukul yang berisi span.

Melalak budak itu dikerjakan oleh abang-abangnya. Kecil besar, kecil besar je Wardah tengok wajah tidak bersalah Noah dan Iqtidar.

"Noah, mama suruh kamu jaga twins! Yang kamu pun ikut dera adik kamu tu kenapa?!" Dia mengusap lembut belakang badan Ivyanna yang berada didalam dakapannya.

Tak senang dia mahu mandi apabila terdengar tangisan Ivyanna yang bergema disatu rumah.

"Iq yang ajak, Noah ikut jelah" Jawabnya selamba. Sah, sah ikut perangai Aiden.

"Noah, you're big brother. Takkan benda macam ni pun kamu tak boleh fikir? Tak kesian tengok adik melalak?" Suara Wardah berubah lembut. Baginya, tak guna mahu jerit-jerit. Buat habis tenaga dia tengah-tengah puasa ni.

"Showyy mama, promise tak buat lagi" Noah mencebikkan bibirnya. Wajahnya dibuat-buat meminta simpati. Wardah menyengetkan bibirnya.

Pandai betul berlakon!

"Dah pergi main elok-elok dengan abang okay? Mama penat ni" Pujuknya pada Ivyanna pula.

Sisa air mata dipipi tembam Ivyanna diseka dengan jarinya. "Kiss mama, first" Bibirnya dimuncungkan.

Muah!

Ivyanna tersenyum suka selepas mencium bibir mamanya. "Shayang ma" Ujarnya dengan slang pelat.

Wardah tersengih. Ni jelah satu-satunya anak dara dia dan Aiden. Setakat ni lah, akan datang dia tak pasti.

Ni baru tiga orang. Tidak dapat dia bayangkan kalau ada yang kelima, enam, tujuh...okay stop.

Rumah ni nanti dah tak jadi rumah, jadi kandang lembu terus!

Dia hanya duduk bersila dibawah dan belakang badannya disandar kekaki sofa. Bebola mata bergerak kekiri dan kekanan memerhati anak-anaknya bermain.

Hari ini sudah masuk 5 malam terakhir dalam bulan Ramadan. Aiden juga sibuk bekerja dan tiada tanda-tanda mahu habis kerjanya.

Dia mula terfikir dimana mahu beraya nanti. Memikirkan tentang raya, dia menjadi lebih excited. Sudah tentu dia sudah membayangkan baju raya yang vogue untuk disarung ketubuh badannya.

"Iee tak sabarnya!!" Jeritnya tiba-tiba.

Noah, Ivyanna dan Iqtidar berhenti main dan memandang mama mereka dengan pelik.

"Mama, why you jerit-jerit?" Soal Noah. Dia meletakkan pedang diatas meja lantas menghampiri Wardah.

"Mama excited nak raya, you guys excited tak?"

Serentak tiga orang anaknya menjawab dengan penuh semangat. "Excited, mama!"

"Noah nak baju raya colour apa tahun ni?" Noah menyentuh dagunya, gaya berfikir.

"Gold! Baru banyak ong!" Wardah mencuit perlahan pinggang Noah.

Umur baru empat tahun dah pandai berseloroh. Ikut siapa lah ni?

"Awak chinese ke nak ong-ong bagai ni? Ni raya lah, come on!" Tegur Wardah dengan nada sengaja ditegaskan.

Noah tersengih tidak bersalah. Ivyanna dan Iqtidar tidak menghiraukan mama dan abang mereka yang sibuk bincang tentang tema baju raya tetapi kecoh macam bincang pasal masalah negara.

"Tapi gold cantik jugak. Baru terbeliak biji mata orang tengok kita" Noah menepuk kedua tangannya. "Yes, mama. I agree!"

"Dah lah, mama nak masak untuk berbuka. Jaga twins" Seperti biasa Noah hanya mengikut dengan patuh.

Noah dan Aiden tidak banyak beza. Sifat tanggungjawab mereka terlalu kuat mengalir didalam badan. Tidak lupa juga dengan sifat over-protective.

Lantas dia berlalu ke dapur untuk memasak. Sejak Mak Timah sudah berhenti kerja kerana mahu berehat dikampung halaman, semua kerja didalam rumah ini sudah menjadi tugas Wardah.

Tapi dia tidak kisah kerana memang tanggungjawabnya. Lagipun lebih elok jika dia saja yang menguruskan Aiden dan anak-anak mereka.

Peti ais dibuka dan matanya sibuk memilih lauk yang hendak dimasak.

Brokoli dan cendawan butang dicapai. Dia menutup pintu peti ais bahagian sayur lalu membuka peti ais dibahagian bahan mentah pula. Sekali lagi dia buntu mahu memasak apa.

"Brokoli dengan cendawan butang goreng and ayam masak thai!"

-

"SAYANG, urut bahu abang kejap" Bahunya ditumbuk-tumbuk bagi menghilangkan rasa sengal.

"Dinda menurut perintah, kanda!" Telekungnya dibuka dan disangkut ketempat yang sepatutnya. Rambut yang agak berserabai diikat semula supaya kemas.

Kemudian dia naik keatas katil dan duduk disisi Aiden yang sedang meniarap.

"Abang bukaklah baju dulu, sayang nak letak minyak angin ni" Aiden menurut.

"Sayang jangan nak perkosa abang pulak eh! Ingat sikit ni bulan puasa" Usik Aiden sambil menayangkan riak nakalnya.

"Kesitu pulak dia fikir!" Belakang badan Aiden yang terdedah ditampar lembut.

Tangannya beralih mengurut bahu yang tegang itu.

"Abang ni bawak-bawaklah berehat sikit. Tak lari mana kerja tu. Tengok bahu ni dah tegang dah!" Bentak Wardah dengan nada tidak puas hati.

"Mana boleh sayang, abang kan workholic"

Wardah menggeleng. Setiap kali berdebat dengan Aiden, dia pasti kalah.

"Tahun ni kita nak raya dekat mana?"

Aiden belum menjawab, dia sudah menyambung.

"Rumah maksu?" Laju Aiden menggeleng.

"Abang cuti 2 hari je" Wardah mengetap bibirnya geram. Belakang badan Aiden ditepuk kuat.

Ni yang dia nak naik hantu ni.

"Abang boss kan?! Kenapa 2 hari je?! Wardah tak kira! Abang amik cuti seminggu!" Dia memasamkan muka lalu berpeluk tubuh.

Aiden meringis kesakitan. Dia mengubah posisi meniarapnya ke posisi baring terlentang. Muncung sedepa Wardah diajuk.

"Abang cuti ke tak, raya tetap raya kan?"

Dia bangkit dari baringan lalu mengambil kesempatan untuk mencium bibir Wardah sekilas.

"Abang ni amik kesempatan!" Pipi Aiden ditolak ketepi. Malas dia mahu melihat wajah yang menyakitkan hati itu.

"Abang lupa ke tahun lepas pun macam ni. Tu saya boleh sabar lagi, tapi tahun ni pun sama?! Melampau betul!"

Sudah, diungkit pula kisah tahun lepas. Aiden menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Takkan lah pasal tu pun sayang nak marah-marah macam ni?"

"Ye saya marah sebab abang tu sekarang langsung tak ada masa untuk saya dengan anak-anak! Entah sibuk kerja ke sibuk cari madu untuk saya!"

Wardah terus berlalu keluar sebelum sempat Aiden membalas. Dia tidak mahu tidur bersama Aiden malam ini!

Jika Aiden tetap dengan keputusannya, Wardah akan melancarkan mogok sehingga Aiden mengalah.

Bilik Noah, Ivyanna dan Iqtidar dituju. Lebih baik dia tidur bersama anak-anak kesayangannya lagi bagus.

Sejuk sikit hatinya melihat wajah-wajah kesayangannya itu.

"Mama tak kira, kalau babah tak nak raya dekat rumah neksu. Mama sendiri akan cari alternatif lain supaya kita boleh beraya dekat sana!"





So korang rasa apa "alternatif" Wardah tu?




Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now