COV-EID VERSION (P2)

8.2K 343 105
                                    

"SAYANG jangan buat abang macam ni please? Jangan tinggalkan abang! Abang sanggup mati kalau sayang tinggalkan abang!"

Tangisan dan rayuannya langsung tidak dihiraukan oleh Wardah. Malah, wanita itu sedaya upaya melepaskan kakinya dari dipeluk Aiden.

"Sayang!" Sekuat mana Aiden peluk, kaki Wardah tetap terlepas dari tangannya.

Aiden hanya mampu menangis kerana tubuhnya seakan terpaku dilantai.

Hanya matanya menghantar bayangan Wardah dan anak-anaknya berlalu pergi meninggalkan dia sendirian.

-

Zzap!

Matanya terbuka luas bersama desahan nafas yang laju. Jantungnya berdetak laju dengan maha hebat sekali.

Mimpi yang dialaminya tadi seperti benar-benar berlaku.

Aiden meraba ditepinya. Kosong!

Dia mulai cemas. Comforter diselak ketepi lantas dia menuju ke bilik air.

"Sayang?"

Meliar matanya memandang ke seluruh bilik air. Namun figura isterinya langsung tidak kelihatan.

Sudah diperiksa merata tempat didalam biliknya. Dibalkoni mahupun walk in closet juga tiada. Aiden berdiri dihadapan meja solek. Pantulan dirinya didalam cermin direnung.

Hampir dia terlupa yang Wardah tidur dibilik anak-anak mereka semalam kerana merajuk tentang hal kecil itu.

"Rileks, den. Wardah takkan tinggalkan kau" Senyuman penuh keyakinan diukirkan.

Jarum panjang berhenti diangka 7 manakala jarum pendek diangka 7.

7. 40 pagi.

Dia terlelap selepas Subuh tadi. Hari ini dia tidak berjemaah dengan Wardah kerana wanita itu langsung tidak memunculkan diri dihadapannya. Hanya ketukan dipintu sebagai peringatan untuk bersahur dan lauk serta nasi yang ditinggalkan buatnya.

"Wardah kan sayang aku, takkan lah dia nak tinggalkan aku kan?" Aiden menggeleng kemudian tertawa kecil.

Betul-betul mogok isterinya itu.

Dia mengusap rambut serta jambangnya lalu berangan seketika dihadapan cermin. Sebelah matanya dikenyitkan bersama sengihan nakal.

"Makin handsome pulak even dah tua-tua ni"

-

DIA mengintai disebalik pintu bilik anak-anaknya. Jam sudah menunjukkan pukul 9 bermakna suaminya sudah gerak ke pejabat. Sengaja dia tinggalkan nasi dan lauk saja diatas meja untuk suaminya itu bersahur. Manakala dia hanya menyisip secawan susu serta 2 biji kurma sebelum mengejutkan Aiden.

Selera makannya turun mendadak setelah melancarkan perang dingin dengan suaminya.

Terus dia berdiri tegak. "Tak reti nak pujuk aku ke?" Dia mendengus geram.

Malas dia mahu berperang dengan hatinya lagi.

Noah yang baru bangun dari tidur diikuti Ivyanna dan Iqtidar dipandang.

1

2

3

"Mama! Shu shu!" Serentak kembarnya menjerit meminta susu.

Noah pula menekup kedua belah telinganya. Dahinya berkerut tidak suka adik kembarnya menjerit dipagi hari.

"Iya, mama nak pergi buat lah ni" Kemudian mereka terdiam semula.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now