"HASYA! Tolong ma bersihkan sumo pinggan, mangkuk nga cawan kaco perhiasan ma dale almari sana tu!"
Seperti wanita lain, Tengku Suraya turut gemar mengumpul barangan hiasan daripada pinggan, mangkuk dan cawan kaca. Sudah menjadi hobinya sejak berduit ini.
"Mentar ma!"
"Tak dok mentar-mentar. Mari sini, cepat habis cepatlah mu buleh main hok talipon mu tu" Hasya mendengus kasar lalu telefonnya dihempas dengan kasar diatas sofa.
"Pinggan mangkuk sumo tu punyolah banyok, tapi nok jugok jadikan perhiasan. Pahtu doh berhabuk royak ore tolong lapkan" Bebel Hasya dalam nada yang perlahan.
Sebal dengan hobi yang digemari oleh mamanya.
Prangg!
Hasya tersentak. Dia membuka langkah seribu untuk kedapur.
Tengku Suraya memegang dadanya, tiba-tiba sahaja cawan yang dipegangnya jatuh kelantai. Hatinya mula berasa tidak enak.
Fikirannya mula teringatkan Wardah.
Ada sesuatu yang buruk berlaku dekat dia ke?
Atau ini cuma perasaan dia je?
"Ma!" Terhinjut sedikit bahunya apabila mendengar jeritan Hasya.
"Bakpo ni? Guano buleh pecah?" Hasya memandang wajah Tengku Suraya dengan cemas.
"Takdok gapo lah Hasya, tangan mama ni licin" Hasya mengambil nafas yang hampir hilang itu semula.
Ingatkan apalah tadi.
Haihh mama mama, cuai.
"Mu sambung lap, mama nok call abang Aiden mu" Hasya hanya menurut.
Dia perasan mood Tengku Suraya sudah berubah.
Tengku Suraya mencapai telefonnya yang berada diatas meja ruang tamu kemudian dia mencari nombor Aiden lalu menghubungi lelaki itu.
"Assalamualaikum Aiden"
"Waalaikumussalam, ye maksu? Ada apa?"
Tengku Suraya menggigit bibir bawahnya.
"Wardah okay?"
"Okay je maksu, kenapa ni? Kalau rindu call je dia"
"Takdok gapo lah. Saja tanya, yelah nanti maksu call dio. Assalamualaikum, jago diri molek deh"
"Waalaikumussalam, okay maksu"
Tengku Suraya menghela nafas lega, Alhamdulillah lah kalau Wardah baik-baik sahaja.
Tapi betul ke keadaan Wardah baik-baik sahaja?
––
AIDEN meletakkan semula telefonnya dengan berhati-hati diatas meja.
Dia memandang wajah Wardah lama. Dari pagi tadi lagi dia tak sedarkan diri.
Yang paling tak disangkakan, tadi maksu call dia untuk bertanyakan tentang keadaan Wardah. Terpaksalah dia berbohong. Tapi nasib baik maksu percaya.
"Sayang, abang nak balik rumah kejap. Nanti dalam satu jam lagi abang datang balik" Dia melabuhkan sebuah kucupan penuh kasih sayang didahi Wardah sebelum keluar.
Wajah kedua pengawal peribadinya dipandang tajam.
"Jaga bini aku, jangan bagi sesiapa masuk" Arah Aiden dengan nada tegas.
"Boss nak pergi mana?" Aiden tidak menjawab malah terus menyambung langkahnya.
Mereka berdua hanya akur. Kali ini mereka tidak akan memusnahkan kepercayaan Aiden terhadap mereka.
"Zul, aku nak pergi tandas kejap. Kau tunggu sini, apa-apa roger" Yusuf memandang sekelilingnya dahulu sebelum berlalu pergi.
Dia risau juga nak tinggalkan si Zul jaga Wardah sorang-sorang. Namun terpaksalah kerana pundi kencingnya sudah tidak tahan. Sudahlah laluan ini sunyi semacam je.
Zul kembali menyambung main game Mobile Legend dia dengan dahi berkerut-kerut.
Tidak lama selepas itu dia dengar derapan tapak kaki seseorang sedang menuju kearahnya. Dia dah cuak, takut je 'benda' tu atau musuh Aiden yang datang.
Dia pura-pura belagak tenang dan teruskan bermain game, muka dikawal agar tidak kelihatan cuak. Tetapi tiba-tiba sahaja dia merasakan kepalanya seperti dipukul dengan objek keras. Darah sudah mengalir didahinya.
Dia sempat mengerling kearah 'benda' itu tetapi kelihatan kabur dan pandangannya terus gelap. Zul rebah diatas kerusi tersebut. Telefonnya pula dipijak kasar oleh 'benda' tersebut. Habis berkecai telefon yang baru dibeli seminggu yang lepas.
"Satu dah tumbang" Boy senyum sinis untuk seketika.
Dia menepis hidungnya perlahan menggunakan ibu jari. Jaketnya dibetulkan lalu dengan senang hati dia melangkah masuk kedalam wad Wardah.
Kali ini, tiada siapa yang mampu menghalang rancangannya untuk menghapuskan Wardah sekaligus melunaskan dendamnya.
"Cantik jugak kau ni, patutlah jantan keparat itu tergila-gilakan kau" Bibir bawahnya dijilat. Matanya pula ligat menjamah tubuh Wardah dari atas sehingga kebawah.
Nafsu dia mula menggila, dalam fikirannya sedang membayangkan tubuh Wardah tanpa seutas benang.
Ingin sahaja dia menyentuh Wardah tetapi dia harus bersabar. "Shit!" Dia mencarut perlahan kerana tidak tahan melihat tubuh Wardah yang mengiurkan itu.
Tujuan dia datang sini hanya mahu menyuntik Wardah mengguna cecair yang dia pun tidak pasti apa benda itu. Tetapi, yang pastinya selepas dia suntik je perlahan-lahan jantung Wardah mula lemah dan terus berhenti mengepam darah.
Mati.
Tanpa dia sedar, seseorang sedang menyelinap masuk dengan pantas kedalam wad Wardah. Belum sempat dia berbuat apa-apa, Yusuf sudah menahan tangan dia dari belakang.
"Lepas lah sial!" Yusuf tersenyum sinis. "Kau ingat kau bijak sangat? Tu, lokap tu je tempat sesuai untuk orang hati busuk macam kau ni. Goodluck"
Boy tidak mampu melawan kerana tenaga Yusuf lagi kuat daripada dia. Belakang lutut Boy disepak kuat oleh Yusuf dan sepakan itu berjaya membuatkan dia terus melutut dilantai.
Siren polis mula kedengaran, sekejap sahaja berberapa orang polis sudah mengepung Boy lalu salah seorang daripadanya terus menggari tangan Boy.
Boy dibawa keluar dari hospital tersebut oleh pegawai polis. Semasa di hadapan pintu masuk hospital, Aiden terus meluru kearah Boy lalu melepaskan tumbukan padu dipipi kanan Boy.
"Berani kau nak apa-apakan bini aku! Kau cakap! Siapa upah kau?!" Kolar baju Boy direntap kasar.
"Cakap lah sial!!" Herdikannya tepat dihadapan wajah Boy.
"Ilya..." Aiden melepaskan kolar baju Boy dan dia mengisyaratkan salah seorang anggota polis itu untuk membawa Boy masuk kedalam kereta.
"Apa lagi kau tak puas hati dengan aku ni Ilya.." Dia menggumam perlahan dalam nada pasrah.
Ini semua berpunca dari dia. Jika dia tidak mulakan semua ini, tak adalah keadaan jadi huru-hara begini.
Dengan langkah yang longlai, dia terus menuju ke wad Wardah ditingkat 4.
"Maafkan abang, sayang. Semua ini salah abang...."
YOU ARE READING
Wardah Arinna ✓
RomanceWardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya tidak pernah pudar walau sedikitpun. Wardah cuba bertahan untuk terus hidup didalam neraka yang di...