Hai sayang!
Meet me at swimming pool.
Ayat itu dibaca berulang kali oleh Wardah. Dia tahu sangat sticky note itu dari siapa.
Dia berkira-kira sama ada mahu pergi ataupun tidak. Bunga diatas katil itu dicapai kemudian dihidu bau harumnya. Mawar merah, bunga kegemarannya.
"Ni mesti nak pujuk aku" Gumamnya perlahan. Separuh hatinya seperti sudah lembut namun separuh lagi masih keras.
"Nak marah orang tak agak-agak. Tengoklah dulu sekeliling tu, ni tak buat malu aku je dok tengking-tengking dekat situ" Geram Wardah dibuatnya.
Nasib tiada yang merakam kejadian memalukan itu. Jika tidak dimana harus dia letakkan wajah yang cantik ini?
"Apa ingat aku ni tak ada perasaan ke?" Bebelnya sendiri. Tercebik-cebik bibirnya menahan geram.
"Sekarang ni apa jadi? Kan dah rindu aku" Bebelnya lagi.
Disentuh perutnya yang berkeroncong hebat. Masa-masa inilah perut dia nak buat hal.
"Kesiannya anak mama ni. Lapar ya?" Nak tak nak terpaksa juga lah dia turun kebawah untuk mencari makanan.
Untung-untung dapat chicken chop ke spaghetti carbonara ke, memang dia tengah mengidam makanan tu pun sekarang ni.
Sebelum itu, dia harus membersihkan diri dahulu. Mestilah kena sentiasa kelihatan kemas dan wangi. Nanti suami lari!
Turun sahaja dari anak tangga yang terakhir, hidung Wardah automatik terhidu aroma yang sedap dari arah swimming pool. Langkah kakinya diatur menuju kesana dengan bibir bawahnya yang digigit lembut.
"Ha sayang! Lama tau abang tunggu! Nasib baik abang tak makan dulu tadi. Perut abang dah buat konsert tau, lapar sangat!" Adu Aiden dengan manja.
Lengan isterinya ditarik lembut lalu kerusi ditarik dan dijemput isterinya duduk. Aiden mengambil tempat dihadapan Wardah.
Dia mengukirkan senyuman lebar dan manis dihadapan isterinya. Wajah yang sedikit pucat itu direnung penuh kasih sayang.
Ya Allah, indahnya wajah isteriku ini.
Persis bidadari yang turun dari syurga.
Asyik sungguh dia meneliti wajah isterinya dari mata sehingga kebibir.
"Sayang...sayang nak tahu satu fakta tak?" Aiden merapatkan wajahnya dengan wajah Wardah namun Wardah segera menjauhkan wajahnya kemudian berpaling kearah swimming pool.
Aiden hanya berdehem kecil melihat Wardah yang masih merajuk dengan dia. Sedaya upaya dia menahan perasaan yang hampir-hampir je nak meletup tu demi Wardah.
"Sayang cantik sangat. Datanglah seribu wanita pun yang serupa dengan Wardah, abang tetap akan pilih sayang sebab hati abang dah tercatat nama Wardah je. So sayang, janganlah merajuk lama-lama..."
"Sayang tak kesian ke dekat abang? Abang makan sorang-sorang je. Lepastu abang rindu gila dengan sayang tau.."
Aiden masih tidak mahu mengalah.

YOU ARE READING
Wardah Arinna ✓
RomanceWardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya tidak pernah pudar walau sedikitpun. Wardah cuba bertahan untuk terus hidup didalam neraka yang di...