5.

32.6K 903 11
                                    

"WARDAH, jom ikut maksu pergi butik" Wardah hanya tersenyum manis kemudian menganggukkan kepalanya. Dia juga sudah bosan memerapkan diri didalam rumah sahaja. Lagipula, dia juga sudah sekian lama tidak menjenguk butik milik maksu.

"Ma, Hasya nak ikut jugak!" Entah datang dari arah mana terus nak ikut budak ini.

"Hasya kan baru sapa pagi tadi, tak letih ko?" Tepat pukul 8 dia dah terpacak depan rumah. Bila ditanya balik dengan siapa, ibu kepada kawannya yang sudi menghantar.

"Dok lah ma, bukei wak gapo pun dekat butik mama"

"Hasya boleh ikut mama but, please behave" Tengku Suraya memandang Hasya dengan tajam. Budak kecik ni kalau datang butik kerja dia mesti nak kacau Kak Dina je.

Dia yang tengok Dina kena kacau pun dah serabut. Dina pula rajin melayan. Nasib semua kerjanya tetap jalan.

"Tengoklah ma, Hasya tak janji" Hasya tergelak kecil, seronok tengok reaction muka mama yang bengang dengan dia.

Antara dia dengan abang dia, perangai dialah yang paling manja, nakal dan menyebalkan dimata Tengku Suraya.

Selepas diarah Tengku Suraya untuk bersiap, Hasya dan Wardah terus lesap ke bilik masing-masing.

Wardah membuka almari kemudian membelek satu persatu baju yang dia ada. Lalu tangannya mencapai seluar jeans berwarna biru, t-shirt putih disertakan dengan kemeja berwarna kuning.

Kemeja kuning itu dikeluarkan dari hanger kemudian dia iron dahulu bagi menghilangkan seribu kedutan yang mencacatkan bajunya.

Melihat parut luka akibat di 'iron' oleh syurga yang dianggap nerakanya itu membuatkan Wardah terkenang kejadian yang menyakitkan itu.

Manakala dibilik Hasya pula,

"Baju kemeja ni dengan seluar palazo okay jugak kan? Halahh! Pergi butik mama je, bukan pergi jumpa Mika" Hasya tersengih malu apabila mulutnya tidak sengaja menyebut nama kekasih hati kesayangannya itu. Eh, tak mampu crush je.

"Shawl ke bawal?"

Shawl kata hatinya.

Bawal kata otaknya.

"Shawl lah, Mika cakap ikut kata hati lebih afdhal" Mika lagi. Tangannya naik menampar lembut mulutnya kerana asyik tersasul tersebut nama si abang crush je.

"Wardah, Hasya cepat sikit!" Laung Tengku Suraya dari tingkat bawah. Jenuh nak tunggu anak dara ni bersiap. Dia pakai simple je, sarung jubah warna grey kemudiannya menutup kepalanya dengan shawl instant jenama keluaran butiknya sendiri.

"Mama!"

"Maksu!"

Serentak Hasya dan Wardah memanggil Tengku Suraya yang sedang melayan instagram. Dia bukanlah kuno sangat kerja nak scroll and like facebook je, instagram pun dia ada memandangkan aplikasi itu juga alternatif lain untuk meluaskan perniagaan butiknya.

"Dah siap? Jom" Tengku Suraya mengerling kearah Wardah sekejap.

Tidak dinafikan puteri bongsu arwah kakak kandungnya sememangnya mempunyai wajah yang cantik. Wajah Wardah juga copypaste arwah kakaknya. Sebijik!

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now