SEMINGGU sudah berlalu namun Wardah masih lagi terbaring kaku seperti mayat hidup diatas katil wad itu. Tiada lagi tanda-tanda Wardah mahu sedarkan diri.
Sudah menjadi rutin harian Aiden selama seminggu ini berulang-alik dari pejabat ke hospital demi menjaga isterinya. Meskipun bukan giliran dia untuk menjaga Wardah, Aiden tetap singgah sebentar dihospital untuk menatap wajah isteri tercintanya.
Rindu dihati semakin menebal. Pun begitu rasa bersalahnya turut mencengkam tangkai hatinya.
Maksu dan anak-anaknya serta Uwais pun masih lagi disini. Mereka menetap dirumah Aiden buat sementara waktu dan bergilir-gilir menjaga Wardah.
"Dok ingat maksu nok tanyo Aiden haritu, pasal kes langgar lari tu Aiden doh report polis ke?" Sambil menyoal, tangannya ligat mengupas kulit epal.
"Dah maksu. Aiden tak kan lepaskan dia orang" Aiden yang sedang mengenggam tangan Wardah terus mengetap kuat rahangnya.
"Sabar Aiden, kita pun dok tahu sebab dio main langgar je pahtu terus gi kei? Fikir hok molek jah " Tengku Suraya mengusap perlahan belakang badan Aiden dengan tujuan untuk melegakan api kemarahan Aiden.
"Maksu, Uwais rasa macam tak sedap hati lah pasal kes langgar lari ni. Macam ada yang tak kena je" Uwais bersuara pula.
Aiden dan maksu segera memandang Uwais dengan pandangan yang penuh tanda tanya.
Dahi Aiden berkerut-kerut memikirkan siapa dalang disebalik semua ni.
Nama seseorang terlintas difikirannya. Kata-kata yang berbaur ugutan yang terbit dari mulut Ilya dimalam kejadian itu cukup kukuh untuk membuktikan bahawa pelakunya adalah Ilya.
"Owh, buang masa. It's okay I faham tapi you kena ingat eh, I sanggup buat apa saja untuk hancurkan kebahagiaan you termasuk membunuh..." Ilya berdiri kemudian berjalan dan akhirnya dia berdiri betul-betul dibelakang Aiden.
Bibirnya didekatkan ditepi telinga Aiden.
"Kalau you nak I bunuh wife you pun, I okay je" Terbit satu senyuman sinis dibibirnya. Bahu Aiden ditepuk berberapa kali sebelum dia berlalu pergi.
Matanya dipejamkan menahan bengang dihati. Dia harus segera menelefon Jimmy untuk siasat segalanya.
Tidak lama kemudian, Hasya dan Raul menapak masuk kedalam wad Wardah.
"Abang Aiden, ada orang nak jumpa dekat luar sana" Raul bersuara perlahan. Hasya disebelahnya turut menundukkan kepalanya apabila Aiden memandangnya.
"Siapa?"
"Tak tahu" Aiden mengerutkan keningnya.
Dia bangkit dari duduk lalu melangkah keluar dari wad Wardah. Tiba sahaja dihadapan wanita tersebut, Aiden terus berpeluk tubuh sambil menayangkan muka tidak berperasaannya.
Khabar tentang Wardah dilanggar lari cepat saja tersebar dengan meluas. Aiden terasa panas apabila privasinya seperti tidak dijaga dengan baik.
"Takziah atas kehilangan baby you" Ilya membuat muka simpati.
Setelah seminggu barulah dia mengambil kesempatan untuk melawat kerana bimbang Aiden curiga. Lelaki licik itu sekelip mata sahaja boleh mendapatkan maklumat tentang kejadian malam itu.
"I don't need your sympathy Ilya. Stop doing that annoying face" Aiden menjeling Ilya sambil menayangkan riak menyampahnya.
"Baby, tak baik cakap macam tu tau. I betul-betul kesian kat you, sayang" Ilya cuba meraih tangan Aiden namun Aiden segera mencipta jarak antara mereka.
YOU ARE READING
Wardah Arinna ✓
RomanceWardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya tidak pernah pudar walau sedikitpun. Wardah cuba bertahan untuk terus hidup didalam neraka yang di...