56 [LAST]

27.7K 501 15
                                    

"Wardah, wardah okay?" Wardah menghadiahkan senyuman buat Aunty Sally yang prihatin terhadapnya. Hari ini genap sebulan Aiden pergi tinggalkan dia dan anak mereka.

Dia terlalu rindukan Aiden sehingga mahu makan pun tidak lalu. Sejak kebelakangan ini juga, dia kerap muntah-muntah dan badannya menjadi letih. Mungkin kerana perut dia masuk angin kot.

"Wardah nampak letih sangat ni. Wardah rehat lah dulu. Biar saya suruh Girl jaga kaunter ni" Wardah mengangguk . Baru sahaja dia berura-ura mahu berehat didalam bilik rehat, telinganya menangkap suara kekecohan. Matanya melihat beberapa orang lelaki memegang senjata, memakai serba hitam serta topeng hitam tersarung diwajahnya.

"Tunduk semua! Ini satu rompakan!" Membulat terus mata Wardah yang dah kuyu tadi.

Ya Allah, macam mana dia nak handle ni? Takkan nak serahkan je semua duit cafe ni? Abang, tolong Wardah bang.

Wardah mahu melarikan diri untuk meminta pertolongan, namun suara perompak itu menghentikan niatnya.

"Kau nak lari mana perempuan? Tangkap perempuan tu cepat!" Wardah menggeleng. Air matanya sudah bertakung ditubir mata apabila dua orang perompak menghampirinya.

Aunty Sally yang berada dibelakang Wardah sudah tersenyum kecil. Pandai betul mereka semua ini berlakon.

"Lepaskan aku lah! Kau nak duit, amik jelah! Tak payah nak culik aku!" Raungan Wardah tidak dihiraukan mereka semua. Malah, tubuh Wardah diangkat seperti guni dan mereka semua berlalu keluar dari cafe itu.

"Lepaslah bodoh! Kau nak apa dari aku?!" Tubuh Wardah terus disumbat kedalam sebuah van. Kaki dan tangannya terus diikat dengan tali, mata dan mulutnya diikat dengan kain hitam.

Kenapa perompak ini culik dia? Mereka mahu apa dari dia?

--

"Tolonglah lepaskan aku, aku akan bagi apa saja yang kau orang nak" Bicara Wardah selepas kain dimulutnya dilepaskan.

Dia rasa sekarang ini punggungnya sudah dilabuhkan diatas sebuah kerusi.

Tiba-tiba ikatan kain dimatanya dibuka dari belakang. Tidak berkelip matanya melihat ruang tamu yang jauh lebih luas dari rumah agam Aiden. Rekaan dalamannya sungguh cantik.

Selepas itu, dia ternampak seseorang yang berpakaian serba putih dan wajahnya terlindung disebalik topeng putih pula melangkah ke arahnya sambil membawa belon yang bertulis huruf H.

Setelah mengikat belon itu dikerusi yang sedang diduduknya, orang itu terus berlalu pergi. Kemudian, muncul lagi seorang yang berpakaian serba putih bersama topeng menuju ke arahnya juga dengan membawa belon bertulis huruf B.

Bergilir-gilir mereka muncul dengan membawa belon yang hanya bertulis huruf lalu mengikatnya dikerusi Wardah. Apabila Wardah mencantumkan ke semua huruf itu, barulah Wardah tahu apa yang sedang berlaku.

H-B-W-A-R-D-A-H

Dia sendiri pun tak ingat hari ini hari jadi dia kerana sibuk menguruskan cafe.

"Surprise!" Terhinjut bahu Wardah apabila terdengar banyak suara menyebut surprise dengan serentak.

Semuanya berpakaian serba putih namun kali ini tiada topeng yang tersarung diwajah mereka.

Wardah memandang satu persatu wajah dihadapannya kemudian matanya meliar kesana ke sini mencari seseorang.

"Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Wardah,
Happy birthday to you!"

Serentak mereka mengalunkan lagu happy birthday Wardah bersama.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now