30.

20.1K 509 2
                                    

"OKAY fine, lunch ni kita jumpa dekat kafe"

Puas dia cuba membuat Wardah untuk bercakap dengan dia dan kali ini, dia terpaksa pancing perhatian Wardah dengan cara itu.

"Betul ke ni?" Terus sahaja Aiden tersenyum senget. Guna cara ni baru berkesan.

"Eh taklah, abang gurau je" Perut Aiden terus dicubit Wardah. Bukan manja-manja begitu tapi kasar!

"Aduhh! sakitlah sayang!" Aiden mengadu kesakitan. Tangannya mengusap bahagian perut yang dicubit Wardah.

"Alahh sayang ni, abang saja je. Nanti lunch kita jumpa. Dah, abang nak pergi kerja" Tangannya dihulur dihadapan Wardah kemudian laju sahaja Wardah mencium tangan Aiden. Dahi Wardah dikucup sekilas sebelum dia pergi.

"Bye sayang! I love you!" Sempat lagi Aiden melaung dari jauh tatkala mengundurkan keretanya keluar dari garaj kereta. Wardah pula melayan sahaja kerenah Aiden dengan membuat flying kiss kemudian dia tergelak kecil.

Alangkah bahagianya jika mereka mempunyai anak sekarang ini. Tetapi dia juga tidak boleh berbuat apa kerana takdir tuhan yang tidak mengizinkan dia untuk mengandung lagi.

Selang berberapa jam selepas pemergian Aiden, sebuah kereta masuk diperkarangan rumah agam itu. Seperti biasa, Aideena akan datang kerumah mereka tepat selepas Aiden bergerak ke officenya. Tetapi kali ini, dia tidak keseorangan.

Pintu bahagian belakang dibuka kemudian terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang dalam anggaran usia 5 tahun keluar dari situ.

Dia kelihatan sedikit tergamam melihat rumah agam 4 tingkat ini.

"Ibu, rumah siapa ni?" Sungguh petah anak kecil itu bertanya. Wajahnya sungguh kacak dan comel. Pipi yang putih kemerah-merahan itu agak berisi sedikit. Dia memandang wajah ibunya.

"Rumah paksu, Iran" Setelah mendapat jawapan yang dia mahukan, barulah dia kembali memerhati sekeliling.

"Assalamualaikum, Wardah!"

"Waalaikumussalam, eh kak Dee. Masuklah"

"Ni ke anak-anak akak?" Aideena menganggukkan kepalanya. Tangannya sibuk mengusap kepala anak bongsunya yang sedang menyusu botol. Anak sulungnya pula sibuk berjalan kesini sana memerhati sekeliling ruang tamu ini.

"Iran, duduk diam-diam sini" Teguran daripada sang ibu memberhentikan langkah kaki kecilnya. Wajah sang ibu dipandang kosong.

"Kejaplah ibu, yan nak tengok gambar ni" kaki kecilnya kembali melangkah. Tangannya langsung tidak menyentuh apa-apa kerana dia takut jika ada sebarang kaca yang mungkin pecah.

"Biar jelah kak, nanti dia penat. Dia duduk lah tu"

Dia faham dengan jiwa kanak-kanak yang mahu membesar itu. Mereka selalu mahu menerokai sesuatu yang baru.

"Wardah, akak datang ni sebab nak berdepan dengan Aiden. Akak dah ready" Senang hati Wardah apabila Aideena, kakak iparnya sudah bersedia mahu berdepan dengan Aiden.

Senyuman nipis diukirkan buat Aideena.

"Akak rasa, akak dah sedia nak explain semua benda dekat Aiden" Tapi dia tak yakin yang Aiden boleh terima penjelasan dia.

"Tapi akak takut Aiden tak boleh terima akak semula lepas apa yang jadi"

"Akak jangan risau, ni semuakan helah suami akak. Bukannya seratus peratus salah akak pun" Kata-kata Wardah memberikan sedikit ketenangan didalam hatinya tetapi kegusaran itu tetap ada kerana dia amat mengenali adiknya itu.

"Siapa nama yang comel ni?"

"Tengku Darlily Hasna"

"Yang sulung tu?"

"Tengku Dhiran Jauhar"

"Sedap-sedap nama. Eh lupa pulak nak hidang air dekat akak. Kejap eh" Wardah menepuk dahinya sekaligus tersenyum malu. "Tak payah susah-susah Wardah"

Wardah senyum. "Apa yang susahnya, tetamu kenalah layan dengan baik" Dan dia terus menapak kedapur.

"Iran, meh sini" Panggil Aideena lembut. Anak lelakinya ini memang tidak reti duduk diam sikit. Aktif selalu melainkan sewaktu tidak sihat. Wajah Iran mirip suaminya yang berketurunan Arab.

Kali ini dia tidak melawan, mungkin sudah penat bertawaf disekeliling ruang tamu yang besar ini. Ibu dan adik perempuannya dihampiri.

"Ibu, mana paksu?" Soal Iran dengan kaki kecilnya yang tidak jejak lantai itu berayun perlahan kerana sofa itu sedikit tinggi. Matanya tak lepas memandang sekeliling. Teruja sangat nampaknya.

"Paksu kerja sayang, nanti dia balik baru kita dapat jumpa dia" Jawab si ibu dengan lembut. Rambut lebat si kecil yang sedang lena dipangkuannya dibelai perlahan. Baru gunting hari itu dah lebat balik.

"Tadi tu maksu ke?" Soalnya sekali lagi. Wajah ibunya dipandang sekilas sebelum matanya kembali memerhati. Entah apa yang dia teruja sangat tu, Aideena pun tak tahu.

"Haah, tu maksu Iran"

"Kenapa dia nampak muda? Cantik pulak tu. Nanti dah besar, Iran nak cari isteri cantik-cantik macam maksu. Bolehkan ibu?" Aideena membulatkan matanya tanda tidak percaya yang anak dia baru berumur 6 tahun dah pandai cakap macam ini. Manalah dia belajar ni, aduhai anak.

"Amboi Iran, pandai eh puji maksu diam-diam" Wardah yang berada dibelakang baru tadi tergelak mendengar celoteh anak buahnya. Ada-ada jelah budak ni. Kembang kempis hidung dia bila kena puji.

"Betul lah, maksu cantik sangat macam puteri kayangan" Lagi bertambah kuat ketawa Wardah sampai air mata pun keluar. Aideena hanya senyum sambil menggelengkan kepala. Pandai betul anak dia puji orang.

"Ada-ada je Iran ni, maksu memanglah cantik tapi tak adalah sampai sama dengan puteri kayangan. Jauh beza tu, ibu Iran ni lagi lawa tau" Jujur dia katakan, Aideena lagi cantik dari dia. Lihat sahajalah suaminya yang kacak itu.

Si kecil yang berada dipangkuan Aideena merengek kecil akibat lenanya terganggu kerana gelak tawa Wardah.

"Opss, sorry kak. Tak boleh cover" Mulutnya terus ditekup dengan kedua tangannya.

Behave lah sikit depan kakak ipar ni, Wardah.

"Tak apa, biasalah budak kecil" Punggung si kecil ditepuk perlahan supaya lenanya kembali.

––

SEDAR tak sedar sudah hampir 3 jam lebih Aideena dirumah agam itu sambil berbual kosong dengan Wardah. Wardah meminta diri untuk bersiap-siap sebentar kerana mereka akan pergi ke kafe untuk lunch bersama Aiden.

Dia fikir, alang-alang mereka mahu lunch bersama di kafe, tidak salah rasanya mahu membawa Aideena sekali.

Aideena disebelahnya sedang memandu manakala si kecil yang sudah bangun dari lenanya terletak elok diatas riba Wardah. Si kecil turut menyukai maksunya. Langsung tidak kekok Wardah melayan si kecil yang berceloteh kecil.

"Buu.." Jari telunjuk kecilnya dihala kearah ibunya yang sedang fokus memandu. Wardah mencubit pipi gebu si kecil kemudian dia mengangguk sambil tersengih.

"Iyee, ibu.."

"Suami akak nanti lunch macam mana? Tadi akak kata dia biasanya balik makan dekat rumah kan?"

"Tu tak payah risau, akak dah share location cafe tu dekat dia. Nanti kita terus jumpa dia dekat sana je" Jawapan Aideena dibalas dengan anggukan.

Harap semuanya berjalan dengan lancar. Doanya didalam hati.





Okay triple update. Tetiba rajin and sementara tengah free ni so sis update triple sekaligus. Lepas ni dah tak ada sbb tahun ni nak berehat dari menulis novel.

Sekian,terima kasih untuk yang setia menunggu sis update.

Vote✔
comment ✔





Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now