"SAYANG, don't talk nonsenses lah. It's not funny, mana ada orang dah mati hidup balik" Americano yang dipesan tadi terus disisip sedikit. Aiden rasa sedikit ragu-ragu. Wajahnya kekal tenang seperti tidak terganggu dengan bicara isterinya.
Wardah mencebikkan bibirnya. Tapi mimpi itu sepertinya betul-betul berlaku pagi tadi. Sedar-sedar je dari lena dia terus mengurut dadanya kerana mimpi itu sangat mengerikan.
Lepas Aiden pergi kerja dia terus terlelap atas sofa. Tapi itulah, macam ada benda yang tak kena.
Betul ke dia terlelap?
"Nampak macam real sangat bang. Lepas itu Wardah terus pengsan dah tak nampak apa-apa" Aiden ketawa kecil.
Macam-macam lah bini dia ni.
"Dahlah sayang tak yah fikir sangat. Mainan mimpi je tu" Tak mungkin kakak dia masih hidup.
Jika benar Aideena masih hidup, jadi kubur tu kubur siapa?
Bukankah pihak hospital yang menguruskan urusan postmortem Aideena telah mengesahkan abu mayat itu milik Aideena?
Urusan pengebumian yang diuruskan oleh mereka juga dilakukan dihadapan matanya.
Yeke, Aiden?
Ke kau pun nak sedapkan hati kau je?
"Abang, cuba tengok lelaki yang meja hujung sana tu" Bola mata Aiden bergerak kearah yang ditujukan oleh Wardah.
Screw it!
Carutnya didalam hati.
"Dia asyik pandang meja kita je dari tadi. Seram lah Wardah" Apabila lelaki itu mahu membalas renungannya, Aiden segera berkalih kearah lain.
Ni lagi satu bala.
Dia dah keluar penjara.
"Abang kenal ke?" Wajah Aiden yang kelihatan resah itu dipandang.
Apahal semacam je laki aku ni?
Dia kerling semula lelaki yang tengah usya meja dia.
Apa masalah mamat ni nak tenung-tenung orang?
Wardah sudah tak tahan, dia mahu lakukan kerja gila.
Apa salahnya sekali sekala.
Dia tersengih penuh makna.
Wardah memandang lelaki itu. Apabila pandangan mereka berdua bertaut, laju Wardah mengelipkan sebelah matanya. Terus lelaki itu memandang telefonnya.
Wardah ketawa kecil. Tahu pun kau nak menggelabah.
"Kenapa sayang ketawa? Ada benda lawak ke?" Soalan Aiden dibalas dengan gelengan.
"Jomlah, orang pun dah tak ramai ni" Langkah mereka diatur masuk kedalam tempat rehat yang disediakan.
Aiden terus menyuruh salah seorang pekerja yang lalu disitu memanggil kesemua pekerja kafe shift pagi ini dengan cepat. Sekejap saja sesi perkenalan ini. Lagipun lepas ini dia ada meeting.
Selepas semua dah ada dekat situ, Aiden terus berdiri diikuti dengan Wardah. Semua pekerja disitu bertukar senyuman dengan Wardah. Bagi mereka isteri boss mereka ini muda. Mungkin juga ada yang sebaya dengan mereka.
"Baiklah semua dah ada kan?"
"Ada, boss" semua menjawab serentak.
"Starting from today, my wife yang ambil alih tugas saya. Dia akan pantau korang untuk saya. If I hear something bad, you all know what I can do right?"
Dia masih mengekalkan riak tenang namun nada suaranya kedengaran tegas.
"So korang kenal-kenal lah dulu dengan wife saya, i have to go"
Seperti biasa, nada suaranya yang cukup tegas membuatkan pekerja-pekerjanya gerun.
"Bye sayang, malam nanti eh" Ni bukan nada tegas tapi nada miang. Wardah mencubit lembut pinggang suaminya. Nasib hanya mereka berdua yang mendengar.
"Yelah, dah pergi sana" Wardah menyalam tangan suaminya. Aiden pula mengambil kesempatan mencium pipi belah kanan Wardah dihadapan para pekerjanya.
Belum sempat Wardah nak cakap, Aiden dah hilang.
Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. "Ada-ada je boss awak semua tu" Pekerja-pekerja disitu hanya tersengih.
"Mesti awak semua tertanya-tanyakan nama saya dengan umur saya berapa?" Semua yang ada disitu mengangguk.
"Nama saya Wardah Arinna, boleh panggil Wardah and im 21. So ada yang sebaya tak?"
"Saya Rizdhiatul, Puan boleh panggil Riz. Saya sebaya dengan Puan" Salah seorang pekerja disitu memperkenalkan dirinya dengan peramah.
"Tak payah panggil Puan lah, panggil Wardah sudahlah. Lagipun kita sebaya"
"Puan.." Belum sempat pekerja tersebut menghabiskan ayatnya, Wardah dah menyampuk.
"No more Puan, saya nak awak semua panggil saya Wardah. Yang muda lagi boleh panggil akak Wardah. Puan tu macam formal sangat, tak sesuai dengan jiwa muda macam saya" Wardah ketawa kecil.
Mereka semua senyum seraya itu mengangguk. Sporting, tak adalah sombong macam yang dorang fikirkan sebelum ni.
"Wardah, nama akak Fiz. Tua 3 tahun dari Wardah"
"Kak Wardah, saya Yus. Yang ni Hadif dan yang ni Fad. Kami bertiga je pekerja shift pagi yang lepasan spm" Yus memeluk bahu kedua rakannya. Mereka bertiga berbalas senyuman dengan Wardah.
"Selamat datang kak" Hadif tersenyum lebar sampai lesung pipit dipipi kanannya terserlah. Ya Allah, ni lelaki ke perempuan? Lawa sangat.
"Hai kak, saya Fad. Bukan Fad bocey ya tapi Fadhwa" Seloroh Fad kemudiannya dia membuat wink kepada Wardah.
"Kami pulak Hannah, Azrel, Jessica and Girl. Hannah dengan Azrel sebaya akak. Saya dengan Girl 19 tahun. Muda setahun" Wardah hanya mengangguk.
Dia tersenyum puas kerana semua anak buahnya tidak kekok apabila berkenalan dengan dia. Semuanya ramah dan tidak berat mulut. Tapi dia tidak pasti pekerja shift petang bagaimana pula. Harapnya semua boleh menerima kehadirannya disini.
"Jadi bila pekerja shift petang akan masuk?"
"Pukul 2 nanti, kak" Rizdhiatul menjawab bagi pihak semua.
"Owh, em boleh saya tahu tugas masing-masing?"
"Aunty Sally, Kak Fiz, Hannah dengan Azrel tukang masak dan tukang buat air. Yang lain ada yang jaga kaunter and melayan pelanggan"
Wardah mula menghafal nama-nama yang bertugas dibahagian masing-masing di shift pagi ini.
"Dah nak dekat pukul 2 ni so sesiapa yang nak balik, boleh balik dulu. Terima kasih atas kerjasama anda dan kalau boleh sila beri tunjuk ajar"
Mereka berpandangan sesama sendiri kemudian mengangguk serentak.
Jadi bermulalah sesi bersalam-salaman antara perempuan dan perempuan dan yang lelaki hanya mengucapkan terima kasih dengan senyuman.
Setelah semuanya sudah pulang dan pekerja shift petang juga hampir kesemuanya sudah datang.
Maka bermulalah lagi sesi berkenal-kenalan bersama Puan baru mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
Wardah Arinna ✓
RomanceWardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya tidak pernah pudar walau sedikitpun. Wardah cuba bertahan untuk terus hidup didalam neraka yang di...