KANDUNGAN Wardah sudah menghampiri due datenya. Pasangan suami isteri itu juga kelihatan sudah tidak sabar untuk menunggu kelahiran cahaya mata kedua mereka. Sebulan sebelum hari yang mereka nantikan, Aiden sudah mengambil cuti untuk menjaga isteri dan anaknya. Bimbang sungguh jika ada apa-apa perkara buruk yang menimpa isteri dan anaknya.
Segala keperluan dan kehendak Wardah, Aiden yang sediakan. Mak Timah hanya perlu masak makanan yang berkhasiat untuk isterinya sahaja. Awal-awal lagi dia sudah buat research tentang hal berkaitan ibu mengandung, padahal isteri dia yang mengandung bukannya dia.
Perut yang sudah membesar itu diusap lembut. Sebaik sahaja tangan Wardah melekap diatas perutnya, automatik perutnya terasa sengal sedikit kerana anaknya menendang. Semakin hari anaknya bersama Aiden semakin aktif. Agaknya tidak sabar-sabar mahu melihat dunia.
Kaki, tangan dan pipinya juga semakin berisi. Boleh dikatakan hari-hari jugalah dia merengek kecil tentang berat badannya. Dan Aiden jugalah yang terpaksa memujuk buah hati dia ni.
"Sayang, kenapa ni monyok je muka tu?" Aiden tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.
"Abang..." Ada getaran dalam nada suara Wardah. Matanya sudah berkaca-kaca.
"Kenapa ni? hm?" Dilabuhkan punggungnya bersebelahan dengan isterinya.
Malas mahu menjawab pertanyaan Aiden, Wardah terus berdiri dihadapan cermin. Air matanya tidak usah disebut, memang sudah berlumba-lumba keluar. Entah apa yang nak dinangiskan pun tak tahu.
Aiden yang sepertinya sudah faham segera memeluk pinggang isterinya dari belakang. Ubun-ubun Wardah dikucup penuh kasih sayang. Kemudian, dagunya direhatkan diatas kepala Wardah.
"Jangan menangis, sayangku..ini hanyalah sementara.." Bak kata Ismail Izzani kesayangan Wardah. Rupa tak ada tak apa, janji suara sedap. Itu yang Wardah sering katakan padanya jika dia membandingkan rupanya dengan Ismail Izzani.
Tangan Aiden bergerak untuk menyeka air mata Wardah.
"Don't worry darling, lepasni sayang akan dapat balik badan langsing sayang lepas anak kita keluar. Sayang gemuk ke kurus ke, abang tetap sayangkan sayang seorang je" Seperti biasa, Wardah akan cair selepas itu.
"Ha! berangan apa tu!" Sergah Aiden secara mengejut. Hampir-hampir je tubuh Wardah nak landing atas lantai mall ni kalau Aiden tak tahan tadi.
"Abang ni! Terkejut saya tau! Buatnya saya terberanak dekat sini kang! Abang jugak yang susah!" Aiskrim yang berada ditangan Aiden terus dirampas laju.
Terletus tawa Aiden apabila dibebel begitu.
"Sorry, sorry! Sayang lah! Jauh benar berangan! Kalau barang baby ni kena curi kan naya nanti!"
"Tak ada siapa nak curi barang baby lah bang!" Jawabnya selamba. Aiskrim itu dijilat penuh selera tanpa memperdulikan Aiden disebelah.
"Mana tahu dia orang terdesak. Dah jom lah pergi makan!"
"Kejaplah! orang baru je duduk! Balik nanti abang urutkan eh kaki Wardah, lenguh teruk dah ni"
Aiden akur. Memang tiap-tiap malam pun asyik dia aje yang jadi tukang urut Wardah. Tengoklah nanti bila Wardah dah habis pantang, memang dia suruh Wardah pula yang urut dia. Untung-untung boleh dapat layanan khas atas katil sekali! Ahaks!
"Fikir apa jelah orang tua ni...sengih sampai ketelinga" Gumam Wardah perlahan. Sesekali dia mengerling Aiden disebelah. Lain macam aje sengihan tu cik abang!
—
"SAYANG, kejap eh abang buatkan susu" Selesai sesi mengurut kaki mak buyung, mesti Aiden akan membancuhkan susu untuk Wardah. Sudah banyak kali Mak Timah menawarkan dirinya untuk membantu namun Aiden menegah. Dia mahu membuat sendiri untuk isterinya.
"Don't you dare to move your ass selagi abang tak muncul depan sayang" Tudia, selama 9 bulan Wardah berbadan dua ini, telinga dia dah jemu dengar ayat berbaur amaran itu.
Tidak sampai 5 minit Aiden keluar dari biliknya, perut Wardah sudah memulas. Setiap kali keadaan ini berlaku, Wardah pasti cemas. Takut anak dia nak keluar. Tapi kali ini perutnya memulas lebih kuat lagi. Kain batik yang disarung tadi juga sudah basah dengan air ketuban.
Peluh yang mengalir didahi segera dikesat. Dengan sekuat hati dia menjerit memanggil suaminya yang berada dibawah.
"Abang!!!!!!"
Aiden yang sedang membancuh susu dibawah terkejut apabila terdengar Wardah menjerit. Mak Timah yang didalam bilik pun keluar tergesa-gesa. Riak wajahnya juga cemas.
"Kenapa Wardah tu?! Pergilah tengok Tuan!! Entah dia nak terberanak ke apa tu!!" Aiden segera menapak naik keatas. Pintu bilik yang tertutup tidak rapat sedikit dirempuh kasar.
"Ya Allah sayang! Kenapa ni? Nak terberak ke?!" Wardah sudah menggelengkan kepala sambil mengetap giginya.
"Contraction!!" Nafasnya tersekat-sekat kerana menahan sakit.
Terbuntang besar mata Aiden sebelum dia lekas mendukung Wardah.
"Abang!! Tudung saya!!" Aiden tidak menghiraukan Wardah, dia terus melangkah kearah keretanya.
"Allah! kejap sayang, tahan jap! Abang pergi ambil kunci kereta!" Kelam kabut dia masuk dalam rumah semula.
Aiden memang sudah menyediakan tudung spare buat Wardah didalam keretanya untuk kecemasan.
—
SELESAI mengazankan serta mengiqamatkan bayi lelaki yang lahir pada 1.35 pagi tadi, Aiden meletakkan bayi mereka berhati-hati didalam babycot. Dilabuhkan satu kucupan diubun-ubun isterinya.
"Terima kasih sayang, abang gembira sangat hari ini" Pipi gebu anaknya dielus lembut sambil matanya tidak lepas menilik wajah anaknya dari dahi sehingga kedagu.
"Muka dia copypaste abang, cuma bibir je ikut sayang. Anak babah betul" Wardah bersetuju dengan kata-kata suaminya. Bakal pengganti babah bila babah sudah tiada nanti.
"Sayang dah ada nama untuk anak kita?" Isterinya mengangguk lemah.
"Noah sempena nama Nabi Nuh" Aiden menggigit bibir bawahnya berfikir sebentar lalu dia tersenyum.
"Tengku Noah Alfian? What do you think?"
"Wardah tak kisah asalkan maksudnya sedap" Mereka berdua berpandangan bersama senyuman lebar yang terlakar dibibir masing-masing.
Aiden merapatkan bibirnya ditelinga anaknya kemudian berbisik lembut "Tengku Noah Alfian, putera babah dan mama. Selamat datang, sayang. Semoga menjadi anak yang soleh pada mama dan babah . Jadi abang yang baik pada adik-adik"
Seperti tahu-tahu bahawa suara itu, suara babahnya, bayi yang baru sahaja lahir ke dunia itu terus mencelikkan matanya seketika sebelum menyambung lenanya.
Wardah hanya tersenyum nipis melihat adengan babah dan anaknya yang baru lahir. Tenaganya juga sudah habis digunakan untuk meneran. Matanya semakin kuyu dan akhirnya dia terlelap disisi suami dan bayi yang baru dilahirkan.
Disaat mereka sedang meniti bahagia, ada hati yang sedang terluka.
Dia yang melihat sinar kebahagiaan yang terpancar diwajah Aiden segera mengetap bibirnya.
"Arghhh!! sepatutnya aku yang duduk atas katil tu!!! Tu sepatutnya anak aku dengan Aiden!! Kau tunggu nasib kau nanti perempuan!! Aku takkan berdiam diri lagi lepas ni!"
YOU ARE READING
Wardah Arinna ✓
RomanceWardah Arinna : Kerana dendam, jiwa dan raganya disiksa Dilayan seperti pelacur sungguh meretakkan jiwanya. Namun perasaan cintanya terhadap suaminya tidak pernah pudar walau sedikitpun. Wardah cuba bertahan untuk terus hidup didalam neraka yang di...