12.

30.4K 835 16
                                    

"WARDAH, ikatkan tie aku ni jap" Selamba dia mengarah Wardah yang sedang menikmati sarapan pagi dengan penuh selera itu.

Maklumlah, bawak dua nyawa ni selalu sangat lapar. Kuat betul nafsu makan dia semenjak mengandung.

"Kejap eh, bagi saya habiskan nasi goreng ni dulu" Wardah tersengih dihadapan Aiden lalu menarik lengan suaminya duduk disebelahnya.

Aiden hanya menurut. Wajah Wardah ditenung dari sisi.

"Awak nak makan apa-apa tak? Saya boleh ambilkan?" Jarang-jarang Aiden mahu temankan dia sarapan bersama.

Betul-betul drastik perubahan suaminya itu!

"No need,"

"Aku share dengan kau je. Suapkan" Ujarnya dengan nada mendatar namun kedengaran lembut sahaja.

Sudu yang berisi nasi goreng itu terhenti dihadapan bibirnya. Wajah Aiden dipandang pelik.

"Tak jijik ke share dengan perempuan macam saya ni, Tuan Aiden?" Tuturnya dengan lembut tetapi kedengaran sinis ditelinga Aiden. Berubah terus wajahnya.

Bukan bermaksud mahu kurang ajar, tetapi itu yang Aiden selalu katakan padanya.

Aiden memalingkan wajahnya kearah lain. Dia tahu memang salahnya.

Tak apalah, Aiden. Dia masih marah dengan kau.

Soalan Wardah dibiar sepi. "Aku pergi kerja dulu" Dia terus berdiri.

Tiba-tiba Wardah terasa isi didalam perutnya melonjak keatas dan hampir sahaja keluar. Tak tunggu lama, Wardah terus ke bilik air yang berdekatan dengan dapur. Aiden juga turut berlari anak mendapatkan isterinya di bilik air.

"Kau kenapa ni?" Terasa jari jemari Aiden mengusap lembut dibelakang badannya. Selesai memuntahkan kesemua isi didalam perutnya, Wardah berkumur untuk membersihkan sisa muntah didalam mulut.

Selepas itu, dia memusingkan tubuhnya menghadap Aiden. Jelas wajah lelaki itu mempamerkan riak bimbangnya.

"Tak ada apalah. Morning sickness" Dia memegang lengan Aiden sambil menayangkan senyum lemah.

"Harini kau rehat je dekat rumah. Tak payah pergi cafe. Kang jadi apa-apa menyusahkan aku pulak" Wardah menjatuhkan pandangannya kelantai.

Menyusahkan.

Aku menyusahkan dia.

Senyuman hambar diukir sesaat.

Aiden terus mendukung tubuh Wardah dan menuju kedalam lift. Dia sendiri tergamam dengan tindakan spontannya itu. Wardah apatah lagi.

Aneh betul peel suaminya sejak semalam.

Agenda dia je tu. Syaitan mula berbisik kejam.

"Aku pergi dulu. Kau jangan memandai nak buat itu ini. Anything call je Mak Timah" Pesan Aiden kepada isterinya setelah tubuh Wardah selamat mendarat diatas katil.

"Tapi ni bilik awak?" Sekali lagi dia pelik apabila Aiden membenarkan dia berehat diatas katil biliknya.

Wardah memandang sekeliling bilik Aiden. Bayangan-bayangan buruk mula menerjah dimindanya.

"Mulai hari ni kau tempat kau kat sini"

Wardah menggeleng laju. "Tapi–"

"Enough! Aku tak tanya kau pun" Dan dia terus berlalu keluar. Pintu bilik ditutup rapat meninggalkan Wardah yang tercengang dengan keputusannya.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now